Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila menyambut kelahiran bayi mereka di dalam kereta ketika menuju ke Hospital Seberang Jaya kerana pada awalnya, mereka diminta untuk pulang ke rumah walaupun sudah ada tanda-tanda untuk bersalin.
Menerusi laman sosial Facebook PenangKu Viral, ibu tersebut mahu mendaftar masuk ke wad bersalin namun diarahkan pulang berikutan dijangka tempoh melahirkan masih lambat. Ibu tersebut membuat rayuan untuk terus berada di hospital berikutan mereka tinggal di Bayan Lepas dan perjalanan untuk ke hospital tersebut memakan masa.
Walau bagaimanapun, rayuan tersebut ditolak dan pasangan suami isteri tersebut akur lalu pulang ke rumah mereka yang mengambil masa hampir satu jam kerana keadaan trafik yang sesak. Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya turut berkongsi rasa kasihan dan sebak melihat keadaan ibu yang bertarung nyawa melahirkan anaknya dengan bantuan suami di dalam kereta. Rata-ratanya menitipkan doa dan kata-kata semangat buat ibu dan anak yang baru dilahirkan berada dalam keadaan selamat dan sihat. Sumber: GEMPAK
|
dua_chzy replied at 31-12-2021 12:35 PM
2cm tu, kecik saja.
Tapi hairan juga kenapa ko disuruh balik. Hospital penuh ka nok?
ADVERTISEMENT