CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Beranak Tinggal Di Bilik Berdinding Papan Lapis, Tak Ada Tandas

31-12-2021 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3508| Komen: 40

Nilai: Dua beranak di Kampung Bukit Kadir, di sini, hanya mampu berteduh di sebuah bilik kecil berdindingkan papan lapis sejak tiga bulan lalu selepas tidak mampu untuk membayar sewa rumah.


Mohamad Zahim Zamzuri, 29, tinggal di bilik yang dibina sendiri tanpa kemudahan asas termasuk tandas itu bersama anak sulungnya Muhammad Zuhairie Mohamad Zahim, tujuh tahun.

Lebih menyedihkan lagi dua beranak berkenaan terpaksa menadah air menggunakan bekas plastik jika hari hujan kerana terdapat beberapa kebocoran pada atap bilik berkenaan.

Foto: Harian Metro

Menceritakan kehidupannya, Mohamad Zahim berkata, sebelum ini dia bekerja sebagai pengawal keselamatan dan menyewa sebuah rumah di Mantin, di sini, sebelum berhenti kerana tidak dapat bekerja lagi ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


"Ketika PKP saya tidak dapat bekerja dan majikan tidak membayar gaji. Selepas beberapa bulan saya tidak mampu lagi untuk membayar sewa rumah dan terpaksa membina bilik kecil ini menggunakan wang yang dikeluarkan menerusi i-Sinar.

"Dengan bantuan sepupu, saya membina bilik daripada papan lapis di atas tanah milik ibu. Saya terpaksa menumpang tandas di rumah ibu, malah bekalan elektrik juga terpaksa disambungkan dari rumahnya.

"Bukannya saya tidak mahu menumpang di rumah ibu, namun dia juga mempunyai empat anak yang perlu ditanggung dan saya sendiri sudah dewasa untuk menumpangnya," katanya ketika ditemui.

Mohamad Zahim berkata, berbekalkan gaji RM50 sehari dengan mengambil upah mengangkat stok tong gas, dia menyara kehidupannya dengan anak yang bakal bersekolah di darjah dua tahun hadapan.

"Kebiasaannya saya tinggalkan anak sendirian di bilik ini ketika keluar bekerja, namun dipantau ibu dan sepupu. Saya akan balik pada waktu tengah hari dan membeli makanan bungkus untuk dimakan bersama anak, manakala untuk makan malam saya akan masak.

"Saya juga mempunyai seorang lagi anak berusia tiga tahun yang dijaga isteri yang kini berada di rumah mentua di Pahang. Dengan wang yang ada saya hantar belanja untuk beli lampin dan susu.

"Saya hanya mempunyai kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan tidak dapat cari kerja yang lebih stabil. Biasanya selang dua ke tiga hari bekerja saya akan cuti kerana terpaksa angkat 160 tong gas sehari amat memenatkan," katanya.

Menurutnya, dia berharap jika ada pihak yang dapat memberikannya kerja dengan gaji yang lebih stabil atau tetap bagi membesarkan dua anaknya itu atau mungkin dapat menambah baik bilik yang didiami.

"Saya juga memohon sekiranya ada agensi kerajaan yang dapat membantu saya untuk membina rumah yang lebih selesa lengkap dengan kemudahan asas di tapak bilik ini.

"Buat masa ini saya belum menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Baitulmal kerana tidak tahu cara untuk memohon," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 31-12-2021 03:40 PM
Baru je tgk kt fb td tp i x berani komen jujur sana
So kt sini i komen pendapat i yg terdetik jujur

TAKTIK NAK DAPAT RUMAH FREE
sebab selalu sangat jupa kes cmni
Tanah makpak ada umah makpak pun ada sebelah je tapi gigih bina pondok kecik buat kesian pastu tanpa segan silu minta org binakan rumah free (dalam artikel ada permintaan dia) , padahal boleh je dok umah mak tu ataupun dok umah mentua dgn bini dia
Tapi satu nak puji la dia pandai la jugak bina bilik camtu
Bantu bagi kerja okla
Kalau bertuah mmg dapatla umah free
Ramai dh berjaya guna taktik ni
So good luck je lah
Quote laksmanabentan 31-12-2021 04:36 PM
clarizsa replied at 31-12-2021 03:40 PM
Baru je tgk kt fb td tp i x berani komen jujur sana
So kt sini i komen pendapat i yg terdetik jujur
...

untung sabut timbul uoolllsss..
terus dermawan sedekahkan material buat bina rumah...
alhamdulillahh...

lai.... laii.... semua up story sedih2 nih...
test keberuntungan kalian.....
Quote puan_rohayu 31-12-2021 04:55 PM
Umur masih muda,usaha keraslah dgn tulang 4 kerat tu dulu bg sis.. bdk2 melayu yg berhenti sekolah kt kg2 xsempat ambil SPM pun, end up akan kerja beginilah xsampai 30an lebih badan dhmula sakit2 kerja berat pun dah xmampu buat.Sis xkesian org mcm ni tp lbh kesian kan masa depan anak.Tolong stop beranak dan cari kerja yg lebih baik, insyaAllah ada rezeki lebih asalkan mau berusaha.Jangan asyik guna jln pintas nksenang minta bantuan.. bantuan B40 dhtentu dpt bersyukur lah dgn yg tu.
Quote harkktuih 31-12-2021 05:06 PM
"Saya juga memohon sekiranya ada agensi kerajaan yang dapat membantu saya untuk membina rumah yang lebih selesa lengkap dengan kemudahan asas di tapak bilik ini.

"Buat masa ini saya belum menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Baitulmal kerana tidak tahu cara untuk memohon," katanya.



dikk..felda2, industri pertanian byk jer komplen tak cukup tenaga kerja..ada gak kompen sediakan tmpt tinggal..ko ada usaha cari tak?atau semua nak org tolong letak depan muka?
Quote umbut 31-12-2021 05:23 PM
Kesian kat anak2.  Fokus pelajaran anak2. Tolong stop beranak.. kasi stabil dulu kehidupan
Quote makadek 31-12-2021 05:32 PM
Tmpt aku ni bersepah rumah zakat dn mesra rakyat .mmg pn diorg buat rumah buruk2
Nanti diorg akan bising2 kt ketua kg
Kalau tk layan diorg viralkan..
Sebenarnya diorg ada je duit
Tmpt aku ni ramai propa
Quote glump 31-12-2021 05:43 PM
Senang je hidup meminta2 ..tuan badan suku sakat Tak malu pun .ada tu ada suku sakat/anak2 yang viralkan untuk meminta..bangga viral bantuan datang Dan kalau Tak bantuan Tak datang semua salah orang Tak mau membantu. Adoi.
Quote Zack8hunter 31-12-2021 11:04 PM
umur tak sampai 30 lagi, takde sakit apa2.. hmmm
Quote riena3321 31-12-2021 11:24 PM
dia buat bilik tambah jer tu. selalu org melayu ni syg ke anak jantan.
Quote emera 1-1-2022 12:07 AM
Kawan aku nak bukak restoran fast food, bising dia susah carik pekerja. Panggil interview, tak datang. Delay bukak sbb tak de pekerja nak kerja. Gaji starting RM1500 byk benefits, OT.
Quote hareeeesah 1-1-2022 12:27 AM
Bebudk zaman skrg memilih kerja nak gaji tinggi terus. Kawan iolls pun dok ada interview org kerja siap online je tak perlu dtg tempt kerja dulu pun payah. Kerja pun tak la berat, dlm aircond, cuma shift la, itupun dia tgk demand gaji.. pada aku 1.2k stay dgn parents, nak ada qualification spm je pun takkan ko nak gaji exec pulak
Quote anony-mous 2-1-2022 01:06 AM
Baru nk kesian ingatkan x libatkan kes2 beranak ramai tp x mampu, rupanya mmg benar!!! Mak nya dah tua2 ada lg ank2 kecik 4 org??? Lepas tu kenapa pjj dgn bini tu?? Sometimes i wonder, kilang2 or kelaa sawit mmg x nak terus ke org mcm ni???
Quote anony-mous 2-1-2022 01:08 AM
makadek: Tmpt aku ni bersepah rumah zak ...


Celaka nya perangai. Miskin hina. I terfikir td ada tanah mak dia. Kalau dah x mampu sgt, jual la tanah tu. Kira x ada la betul2 x ada tandas, tandas rumah mak dia ada. Org lain yg kerja non stop ni, tanah pusaka pon x ada!!!
Quote anony-mous 2-1-2022 01:11 AM
Zack8hunter: umur tak sampai 30 lagi, takde ...


Sorry kalau i ckp direct, dah tau miskin , bodoh pulak tu, x ada pelajaran tggi, tp umur 21 gatal nk kahwin??? Belum 30 ank dah 2 org??? Eh rasa nak lempang!! Ni bukan mcm 70an yg public transport internet x ada utk cari keje. Tanah ada tp x buat cucuk tanam ke?? Sblm kahwin x fikir ke nk bg ank bini makan apa??? Mula2 kesian, dah baca komen 1st baru tau ada jugak taktik mcm ni ye
Quote sarahmirza 2-1-2022 09:09 AM
Cerita2 mcm ni i biasa buat contoh kat anak2 if dia org malas belajar....
Orang kata pengajaran,  bagi depa pandang depan jauh lagi apa kesan kalau malas belajar dan takde kelulusan...
Setakat ni terkesan juga depa...
Quote acikhan 2-1-2022 10:51 AM
hareeeesah replied at 1-1-2022 12:27 AM
Bebudk zaman skrg memilih kerja nak gaji tinggi terus. Kawan iolls pun dok ada interview org kerja s ...

area Mana keje tu chuolz? nk try jugak la keje
Quote acikhan 2-1-2022 10:51 AM
emera replied at 1-1-2022 12:07 AM
Kawan aku nak bukak restoran fast food, bising dia susah carik pekerja. Panggil interview, tak datan ...

kat Mana kwn uuu nk bukak kedai? kot boleh try keje?
Quote sarahmirza 2-1-2022 10:55 AM
kat FB banyak juga komen murni..
Siap berdoa dia dapat rumah bantuan.
Seronok hidup atas tiket meraih simpati dan subsidi..
Murah harga diri,  murah dibeli dimusim pilihanraya...
Org lain ada yg bertungkus lumus,   kerja siang malam & ikat perut nak kumpul duit deposit beli rumah kecik 799sqft.
Quote Decaffeinated 2-1-2022 11:13 AM
aku rasa dia ni bodoh. bodoh like in real bodoh lah.

skill pun yg basic2 ja. mencrettt doesn't count ya.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.043750 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top