CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Masih Di Tadika, Suami Dah Jadi Pegawai Polis

31-12-2021 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4513| Komen: 20

Jakarta– Sepasang suami isteri menjadi tular di media sosial Indonesia selepas berkongsi kisah mereka yang mempunyai jarak usia yang amat ketara, lapor laman berita Suara.com semalam.


Perkongsian itu dikongsikan oleh akaun TikTok milik @jennypuspita_11.

Menerusi perkongsian tersebut, si isteri mendedahkan bahawa dia dan suaminya mempunyai jurang usia yang amat jauh, iaitu ketika suaminya sudah bergelar pegawai polis, dia baru memasuki prasekolah.

Foto: Tiktok

“Tahun 2004 saya masih bersekolah di tadika, tetapi dia (suami) pula seorang anggota polis.

“Pada 2018 pula, kami menjadi suami isteri,” demikian kongsi wanita itu pada ruangan kapsyen.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan usia sebenar mereka berdua.

Dalam video yang sama, wanita berkenaan turut berkongsi bahawa suaminya merupakan seorang duda.

Dia turut mengakui pernah disakiti oleh lelaki muda, yang menyebabkannya memilih lelaki lebih berusia sebagai suami.

Netizen yang menonton klip video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Entah-entah jodoh saya masih di dalam kandungan,” komen seorang netizen.

“Daripada sini kita dapat belajar bahawa bukan Tuhan tidak mahu memberikan kita jodoh, sebaliknya Tuhan menyuruh kita bersabar kerana jodohnya masih di sekolah tadika,” komen seorang netizen lain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 31-12-2021 11:38 AM
Dalam video yang sama, wanita berkenaan turut berkongsi bahawa suaminya merupakan seorang duda.

masa penyanyi tersohor di tadika pulak?

btw tajuk sengaja nak menipu ka?
Quote mamajawie 31-12-2021 12:09 PM
tapi muka dia masa tadika kiut..
Quote Atata 31-12-2021 12:12 PM
mamajawie replied at 31-12-2021 12:09 PM
tapi muka dia masa tadika kiut..

Mcm Lara Alana
Quote hareeeesah 31-12-2021 12:48 PM
Ingat lara jugak tadi.. eh tapi 2004 lara pun takde lagi hahah
Quote kechikchomel 31-12-2021 12:52 PM
Takde gambar dorang masa zaman sekarang ke?
Quote kemaruk 31-12-2021 12:57 PM
apa salahnya

bukan bawah umur pon
Quote Normabaru 31-12-2021 02:21 PM
Masa tgk gambar xnmpk tajuk lg ingtkn Lara Alana ank si scha..br nk ckp ape dia bt kat sini hehehe
Quote Shazid 31-12-2021 02:54 PM
Dah jodoh kan...byk je yg mcm ni
Quote matchstick 31-12-2021 03:24 PM
Bende mcm ni pun viral..
Trivia - bini tok Jamal belum lahir masa tok jamal belakon pilem kekasih awal dan akhir
Quote cyber_mania 31-12-2021 03:31 PM
Ni yang kadang2 ada kawan2 duk buat lawak bila sembang pasal calon isteri, diorang cakap jodoh diorang ada kat nursery lagi. Iols ewww kan aje, borderline pedophile cakap camtu.
Quote Plain-tif 31-12-2021 04:13 PM
Ingatkan Lara Alana tadi ishh
Quote Adrif 31-12-2021 11:41 PM
macam nenek2 kat kampung, asal nampak je laki bujang melawat orang tua kat kampung, laju je nak kenenkan dengan budak perempuan habis sekolah

masa umo 28 dulu, ada makcik ni nak kenenkan dengan anak jiran dia. tapi umo 18
"Ala rilek je la. Mak Yah dengan abang (laki dia) beza 10 tahun jugak. Ok je. Kalau kamu ok, minggu depan Mak Yah bawak jumpa kamu ye."

itulah kali terakhir aku melawat Mak Yah di kampung
Quote b_n_c 1-1-2022 07:56 AM
jap jap..

umo pra sekolah dah pilih suami berusia sebab pernah disakiti lelaki muda...

pra sekolah diorang umo brp agaknya?
Quote slyfynx 1-1-2022 08:10 AM
La, mende biase je.
Ape yang isu semasa nye?

Dah la kisah seberang. Lg la aku x paham ape tujuan bukak thread ni.
Dah 2022 ni, cukup2 la bukak thread seberang yang bukan current issue pun.
Makan gaji buta je wartawan cari ni
Quote DARSITA 1-1-2022 10:19 AM


Macam Cik Ta dgn Zain saidin kot.
Quote ~boolean 1-1-2022 10:29 AM
slyfynx replied at 1-1-2022 08:10 AM
La, mende biase je.
Ape yang isu semasa nye?

dari tahun lepas makin menjadi2 kebengapan editor cari..

kisah tiktok masuk isu semasa, habis tu apa guna bod kongsi viral.

Quote tipah89 3-1-2022 12:06 PM
muka sebijik lara alana so nusantara
Quote Friska 3-1-2022 12:30 PM
Beda usia saya sama suami, 19 tahun, beda usia saya sama madu, 23 tahun. Madu saya lebih tua dan beda 4 tahun dari suami
Quote Makcik.Kiah 3-1-2022 04:10 PM
menyampah indon ni

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.086053 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top