CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gigit Tukang Cuci, Harimau Malaya Ditembak Mati

31-12-2021 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3721| Komen: 30

Miami: Seekor Harimau Malaya ditembak mati di Zoo Florida selepas menggigit lengan seorang tukang cuci yang meletakkan lengannya di pagar kandang haiwan tersebut, menurut penguatkuasa undang-undang dan media tempatan.


Tukang cuci di Zoo Naples itu dikatakan "sama ada membelai atau memberi makan" harimau jantan berusia lapan tahun bernama Eko itu yang mana ia adalah tidak dibenarkan dan berbahaya," kata Pejabat Sheriff Collier County dalam satu kenyataan di Facebook lewat Rabu.

Eko, Foto: AFP

"Laporan awal menunjukkan bahawa harimau itu menangkap lengan lelaki itu dan menariknya ke dalam kandang.

"Lelaki itu didakwa melintasi penghadang pagar dan memasukkan tangannya melalui pagar kandang harimau itu.


"Pegawai pertama yang tiba di tempat kejadian menendang kandang dan cuba memujuk harimau itu melepaskan lengan lelaki terbabit namun ia enggan dan menyebabkan dia terpaksa menembak Eko," katanya.

Menurut kenyataan sheriff selepas harimau itu ditembak, harimau itu undur ke belakang dan tidak bergerak lagi.

Media Amerika Syarikat kemudian melaporkan dengan memetik pegawai zoo, bahawa Eko telah dibunuh.

Kenyataan di laman web zoo pada Khamis berkata ia ditutup untuk siasatan "dan untuk membolehkan kakitangan kami memproses apa yang telah berlaku dan untuk memulakan proses penyembuhan yang menyakitkan.

"Pihaknya juga berkata kaunselor sedang disediakan bagi merawat kesedihan. Tukang cuci, yang berusia dalam lingkungan 20-an cedera parah dan dibawa ke hospital, kata kenyataan sheriff.

Eko telah tiba di Zoo Naples sekitar dua tahun lalu, menurut laman webnya.

Harimau Malaya diklasifikasikan sebagai sangat terancam di bawah "Senarai Merah" spesies terancam Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi.

Siaran berita itu mencetuskan berpuluh-puluh komen, beberapa daripada pengguna menggesa zoo ditutup dan ramai yang mengkritik tukang cuci itu atas tindakannya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sagun36 31-12-2021 11:29 AM
Patut tembak tukang cuci tu,,dia yang patut pupus.
Quote ais_kosong 31-12-2021 11:33 AM
Bongok punya tukang cuci..
Quote airfilterkotor 31-12-2021 11:34 AM
Kurang dah seekor rimau malaya.

-panda sewa tersenyum sinis.
Quote ellejo 31-12-2021 11:38 AM
20an??? ai yakin dia sedang buat content socmed
Quote Decaffeinated 31-12-2021 11:45 AM
Siaran berita itu mencetuskan berpuluh-puluh komen, beberapa daripada pengguna menggesa zoo ditutup dan ramai yang mengkritik tukang cuci itu atas tindakannya.
kita serah pada netizen dunia cukup untuk melahar apa yang patut.

Quote doubleharmonic 31-12-2021 11:47 AM
noreen sangat perangai. eh noreen ko hengat bagi makan rimau tu macam ko bagi makan noreen2 dalam kandang ke hah noreen?
Quote AbukRokok 31-12-2021 11:53 AM
nyawa tukang cuci lebih berharga dari harimau picisan
Quote airfilterkotor 31-12-2021 11:58 AM
Tukang cuci di Zoo Naples itu dikatakan "sama ada membelai atau memberi makan" harimau jantan berusia lapan tahun bernama Eko itu yang mana ia adalah tidak dibenarkan dan berbahaya," kata Pejabat Sheriff Collier County dalam satu kenyataan di Facebook lewat Rabu.


Secebis konten sesuap like ke acaner...
Quote helicornia 31-12-2021 12:01 PM
Mmg harimau tu spesis harimau Malaya ke?
Quote NBM 31-12-2021 12:04 PM
binatang tu mmg nature dia ganas, tukang cuci tu la bodoh pegi hulur2 tangan ingat kucing ke tu
Quote mamajawie 31-12-2021 12:10 PM
bodoh gi tembak sampai mati rimau tu da kenapa?mana PETA kat US takkan wat dek je?lahanjeng
Quote ChildrenOfBodom 31-12-2021 12:27 PM
patutnya bagi ebit lew kat harimau tu
Quote tripleid 31-12-2021 12:44 PM
To be honest...harimau malaya  yg hampir pupus are 1billion times more value compare dgn manusia yg membiak cam arnab
Quote clarizsa 31-12-2021 12:45 PM
Aduii , manusia tu yg salah , dah kenapa harimau yg ditembak pulak
Quote MissVixen 31-12-2021 12:47 PM
Patut bagi je cleaner tu mati. Manusia dah banyak sangat macam kanser.
Quote Moyangkucing 31-12-2021 12:50 PM
Nape tak tembak pelali saja...
Quote syamzana 31-12-2021 12:53 PM
dah nape pegi belai2 rimau tu. ummah terpaling pun bodo tatau ke rimau tu binatang ganas wpun dlm keluarga kucen
Quote Artemesiaa 31-12-2021 01:14 PM
Sendiri yang mengundang tak pasal2 nyawa harimau yang melayang
Quote 3chanceno 31-12-2021 01:22 PM
Kenapa pegawai tu tak de bulet pelali eh?  Mungkin semua dah panik & terus tembak rimau tu.

Kalau pencuci tu mati, kira 2 nyawa korban sebab kebodohan manusia

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.078644 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top