CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tolak Tajaan Cuti Ke Langkawi, Anak Yatim Menyantuni Mangsa Banjir

31-12-2021 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2010| Komen: 2

Bencana banjir yang melanda beberapa negeri minggu lalu menyaksikan permuafakan dan sikap sebenar rakyat negara kita yang tak lokek menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terkesan.


Selain badan bukan kerajaan (NGO), ada juga kumpulan serta individu persendirian yang mengambil inisiatif menjadi sukarelawan dengan menyertai misi bantuan.


Kredit foto: FB

Sekumpulan anak yatim Rumah Jariah Qaseh dari Kedah ini turut tidak ketinggalan menyantuni mangsa banjir di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.

Menurut aktivis kebajikan, Natipah Abu yang mengendalikan Rumah Qaseh Jariah, dia berasa terpanggil untuk membawa anak-anak yatim berkenaan turun padang bukan sahaja bagi menyantuni mangsa banjir malah mahu memberi pendedahan pengalaman kepada mereka.


"Sebenarnya ada sahabat saya hendak menaja percutian anak-anak yatim Jariah Qaseh ni ke Langkawi tapi saya minta ditukarkan ke Kuala Lumpur. Saya nak serahkan sumbangan kelengkapan solat yang kita akad dalam Sedekah Jumaat berupa telekung, sejadah dan pelikat.

"Alang-alang saya bawa sekali anak-anak ini untuk sama-sama menyertai dan menyantuni mangsa banjir.

"Harapannya agar ianya akan memberi pendedahan kepada mereka tentang apa yang berlaku di luar sana. Mengambil iktibar dan belajar berkongsi duka dengan mereka yang diuji.

"Mereka seronok kerana dapat turut serta bersama mangsa banjir. Sebelum ini mereka lihat di televisyen saja. Bila tengok depan mata, baru tahu macam mana kesusahan mangsa banjir. Yang hilang tempat tinggal, sehelai sepinggang," ujarnya.


Kredit foto: FB

Dalam misi tersebut, Natipah bersama penghuni Rumah Qaseh Jariah seramai sembilan orang mengedarkan 100 set kelengkapan solat ke rumah penduduk kampung Batu 17 Hulu Langat.

"Alhamdulillah kedatangan kami sangatlah dialu-alukan walaupun kami bukanlah orang pertama yang menyumbang kelengkapan solat. Tapi bagi saya, sebuah rumah patut ada dua atau tiga helai. Tak salah kalau bagi lebih.

"Selain itu kami lebih kepada moral support kepada mangsa banjir, dan jadi orang ketiga untuk salurkan bantuan kepada mereka," ujar aktivis ini lagi.

Tambahnya, kelengkapan solat tersebut adalah hasil sumbangan orang ramai menerusi inisiatif 'Sedekah Jumaat' yang digerakkannya.



"Tahun ini dah masuk tahun ketiga Sedekah Jumaat diwujudkan. Dengan Sedekah Jumaat, macam-macam kes kita dah cuba bantu. Contohnya baiki rumah, tolong belikan kelengkapan atau barangan untuk mereka yang memerlukan dan sebagainya.

"Saya sering kongsikan di Facebook setiap bantuan hasil Sedekah Jumaat sebagaimana yang boleh dilihat di wall FB saya," katanya lagi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nikola.tesla 2-1-2022 07:38 PM
belajar berkongsi suka duka?tak cukup ka duka anak2 yatim skarang?
Quote kelapaparut 2-1-2022 09:12 PM
budak2 anak yatim ni kne pakse ke dgn rumah anak yatim..mcm ye, nmpk sgt nak pergunakan anak yatim, pastu rumah anak yatim dpt nama. Ni tanggungjawab kjaan nak menyantuni mangse banjir, knp la nak kerah anak yatim, xphm dgn penunggang2 agama ni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.096023 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top