CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kurang Ajar Punya Botak,"- Talha Harith Dihempuk Dengan Beg Tangan Oleh Makcik

31-12-2021 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4289| Komen: 21

Imej berbeza menerusi drama berjudul I Promise, Janji Anaqi membuatkan penonton beranggapan pelakon Talha Harith merupakan pendatang baharu dalam industri seni.


Tampil dengan imej botak dan badan sedikit berisi, Talha berkata perubahan itu dilakukan demi menjayakan watak sebagai Zafran.

Malah, Talha atau nama sebenarnya Talha Amir Harith berjaya menaikkan berat badan sebanyak empat kilogram dalam masa seminggu.

Foto: IG

"Saya masih ada dalam industri... cuma sibuk dengan penggambaran. Mungkin ini kali pertama saya botak dan naikkan berat baik, jadi orang kurang perasan.


"Tapi saya bersyukur dapat lakukan perubahan daripada segi bentuk badan. Sebab kalau kurus macam sebelum ini, tak sesuai pula dengan karakter Zafran.

"Berat badan saya naik daripada 64 ke 68 kilogram dalam masa seminggu. Sekejap sahaja naikkan sebab badan senang naik, senang turun.

"Sebelum ini saya muncul dalam drama Curi-Curi Cinta, watak lain dan kali ini saya nak buat perubahan 360 darjah kelainan," katanya.



Selain Talha, drama yang mula ditayangkan sejak 6 Disember lalu itu turut dibintangi teraju utama iaitu Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong.

Dalam pada itu, pelakon berusia 32 tahun ini juga memberitahu dia sememangnya sudah bersiap sedia menerima kecaman disebabkan watak Zafran yang merupakan seorang antagonis.


"Ikutkan memang ada penonton yang dah kecam saya sebab watak Zafran ini. Tak fasal-fasal saya kena marah dikatakan 'kurang ajar punyai botak'.

"Tapi untuk drama sebelum ini pun saya pernah kena marah dengan penonton. Malah, saya pernah kena hempuk dengan beg tangan yang berat oleh seorang makcik," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 31-12-2021 11:23 AM
Talha atau nama sebenarnya Talha Amir Harith berjaya menaikkan berat badan sebanyak empat kilogram dalam masa seminggu.
Quote KamikuP 31-12-2021 11:24 AM
Dah naik berat badan muka pun dah lain
Quote Shazid 31-12-2021 11:26 AM
semoga menajdi pelakon yg hebat tapi x poyo
Quote September14 31-12-2021 11:47 AM
Aku ingtkan pelawak botak mulut hangsuang tu kena hempok mmg selayaknya lah
Quote slyfynx 31-12-2021 11:58 AM
Ye ye je kisah kene hempuk ngn handbag tu.
Quote krustykrab 31-12-2021 12:21 PM
Kno aku x prnh tau keeujudan dia ni tp watak dia dln drama ni mcm gangster ala ala lembam pun ada gak..
Quote sukacactus 31-12-2021 02:26 PM
Mmg lain betul
Aku xtgk drama dia yg ni, last tgk masa jd abg zahirah tu, mmg dia kurus sgt mcm berpenyakit, rupa xsihat
Quote newyork 31-12-2021 02:41 PM
Dah mcm arwah Benji lak bila dah gumukss dgn botaknya.
Quote lemak_masin 31-12-2021 03:37 PM
Suka gak mamat ni belakun.. takde ler kayu macam bapak timah, lakinye si faz..
Quote missbigrockstar 31-12-2021 03:43 PM
Berbakat dia ni. Dalam Curi curi cinta, sedih berbekas watak dia.
Quote mizruncing 31-12-2021 04:11 PM
dlu syok gak tgk dia ni berlakon. lagi hensem klu kurus n ada rambut. maybe ni sebab watak kann. nampak kepam sikit
Quote doubleharmonic 31-12-2021 04:16 PM
dah ropa ceknon jah yang sebelah heshe tu?
Quote enot_sibudak 31-12-2021 04:40 PM
talhah dh kawen ker.. buncit semacam jer.. dulu2 slim awet muda jugak..
Quote shiraloveyou 31-12-2021 05:00 PM
Sekali imbas ingatkan boy iman dah..dulu zaman menjinak ombak dgn setia hujung nyawa hensem
Quote haruslah 31-12-2021 05:54 PM
Budak2 juvana jarang mengecewakan
Mmg pelakon x kayu
Quote dejure 31-12-2021 06:00 PM
Aku lg suka imej dia botak dan gendut ni..nmpk nakal klu kurus mcm penagih
Quote annabellaruz2 7-1-2022 03:46 PM
Meols mula2 pun tak perasan dia ni Talha sbb meols punya bayangan masih lagi rupa dia dalam drama Teduhan Kasih..

Quote Suchi 7-1-2022 04:43 PM
Tp iols lagi suka dia masa kurus dan berambut tu.
Muka dia mmg sesuai pegang watak antagonis. Dia bukanlah huduh tp muka dia sesuai. Jenis muka yg ko rasa 50-50 je nak percaya dia ni baik ke jahat.

Mcm sis ketuk tu hah kalau berlakon baik susah nk jangka, mcm willem dafoe jd baik dlm Aquaman tetap diragui hahha
Quote Reira77 7-1-2022 05:57 PM
Sejak bila dia ni pendatang baru. Lama dah la dia berlakon

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050586 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top