CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Orang Malaysia Travel Oversea Sekejap Je Dah Berlagak Nak M*mpus, Excuse Me, Tolonglah," - Chef Wan

30-12-2021 01:49 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 19871| Komen: 146


Kredit foto : Instagram Chef Wan



Chef selebriti popular Malaysia, Chef Wan atau nama sebenarnya Profesor Adjung Chef Datuk Redzuawan Ismail, 63, kini sedang menikmati percutiannya di Hawaii, Amerika Syarikat.

Di Instagramnya, Chef Wan turut berkongsi gambar dan video tempat-tempat menarik di Hawaii yang dikunjunginya untuk tatapan peminat.


Dalam satu hantaran, Chef Wan berkongsi kisah dengan peminatnya mengenai pengalaman pernah bertugas sebagai cef peribadi Kiana dan mendiang suaminya, pemaju hartanah popular, Thomas Gentry selain menggalas tanggungjawab sebagai ketua tukang masak di restoran milik mereka, iaitu Angelica. 


"Kembali ke kenangan lalu ketika saya bergelar cef peribadi Encik dan Puan Gentry, selain menggalas jawatan sebagai Ketua Cef di restoran mereka, Agelina.

"Selain mempunyai lebih 3 ribu hartanah di Hawaii dan California, dia juga membina enjin jet, turbin dan bot. Dia juga merupakan pemaju rumah, pusat beli-belah dan bangunan pejabat ternama di Hawaii dan California.

"Tom juga pernah memecahkan rekod dunia yang dipegang pada waktu itu oleh Sir Richard Brandson dengan menyeberangi Selat Inggeris" tulisnya.

Chef Wan juga turut menegur segelintir rakyat Malaysia yang berlagak dan sering menunjuk-nunjuk kemewahan.


"Saya memulakan kehidupan penuh glamor dengan Gentry sekitar 30 tahun lalu. Itu sebab bila orang Malaysia travel sedikit atau duduk oversea setahun jagung ini, tetapi berlagak nak mampus. Selalu reaksi saya adalah "Excuse me, tolonglah, don"t". tulisnya lagi.

Jadi, kepada semua kalau baru acah-acah nak kaya tu tak perlulah berlagak nak menunjuk-nunjuk sebab kalau kita rasa dah kaya, ramai lagi orang kaya tapi "low profile" je...ini baru betul-betul kaya!. Tak gitu? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brown_pupil 30-12-2021 02:06 PM
So dia nak cakap sekolahkan siapa sekarang ni? Diri sendiri?
Quote immaryjane 30-12-2021 02:13 PM
Tokri igs yg berjela ke tuuuuuu
Quote pencintaABC 30-12-2021 02:22 PM
immaryjane replied at 30-12-2021 02:13 PM
Tokri igs yg berjela ke tuuuuuu

Tokri kan terpaling chef ade cooking show sendiri okeyh
Quote berusjamban 30-12-2021 02:26 PM
Untung jd anak ikan chef wan
Quote mummydarling 30-12-2021 02:27 PM
jadi cepwan nak marah sape sebenarnye?
Quote 234126 30-12-2021 02:38 PM
Betul la apa dia cakap tu. Biasanya new money yang jenis peghak menayang bersungguh [em:14:] old money jenis diam je pakai brand pun halusssssss jah logonya. Kohkohkoh. Tapi bila dia tunjuk bitter dia in public macam ni, kurang la class dia.
Kalau dia biar je buat bodo kan lebih elok. Manusia kan macam-macam. Lantokkan depa la socmed memasing. Kohkohkoh
Quote yusuke22 30-12-2021 02:41 PM
Aku tringat retis pegi london mkn sandwich sedap tu
Quote yussya 30-12-2021 02:45 PM
macik yg cepone pegi umahnya di hawaii tu nape masa muda kelihatan minah salleh, dah tua seperti ahso cina?mcm org yg berbeza
Quote ayukpingu 30-12-2021 02:47 PM
ke dia sindir macik si hidong mickael jeksen tu?
Quote epal_putih 30-12-2021 02:48 PM
cep tegur sapo tuh hahaaha
Quote prince_marhaen 30-12-2021 02:50 PM
....tokwan pun kalau merempan terus level makcik kampung jugak mulut dia...tak tunjuk mewah tapi asyik berlagak  je ulang alik oversea duduk sana tiap-tiap bulan menceceh kat orang life dia before this yada yada...sama jugak kan? yihhhhh... btw coverina jumpa majikan lama sambil selam selam anak hekan luar negara ke tewwww
Quote KamikuP 30-12-2021 02:56 PM
Halah halah halah cepone ni.. ko tuju kat sapa tu? Tapi betui le masa muda pompuan tu milf ni dah tua mcm makcik Shang-Chi
Quote Shazid 30-12-2021 02:58 PM
Bestnya klu dh berjaya n byk duit boleh pi melancong sana sini wpun tgh covid melanda....
Quote nini_azmi 30-12-2021 02:59 PM
yussya replied at 30-12-2021 02:45 PM
macik yg cepone pegi umahnya di hawaii tu nape masa muda kelihatan minah salleh, dah tua seperti ahs ...

Haha...itulah. ingatkan i sorang yg konpius. Muda cantik gojes, dah tua jd rupa cina pulak sampai i confuse tu kiana atau anak si kiana tu
Quote royaldanish 30-12-2021 03:00 PM
Untung la anak ikan
Quote laksmanabentan 30-12-2021 03:09 PM
mummydarling replied at 30-12-2021 02:27 PM
jadi cepwan nak marah sape sebenarnye?

mewahhh kannnn....
Quote lesprincesse 30-12-2021 03:13 PM
Dia cakap tu benda yang betul. Tapi dengan cara penyampaian yang hauk, last2 rasa mcam dia pun 2 x 5.
Quote rastaf 30-12-2021 03:17 PM
dekat belah2 europe sana memang tak pakai mask ke? seronok dorang. malaysia ni macam tak ada guideline lgsg je bila dibolehkan tak pakai mask. tak kan forever nak pakai mask walaupun kes bawah 500
Quote kucingitam 30-12-2021 04:08 PM
betullah tu yg new money mmg selalu peghak semacam...mcm dia je terpaling kayo..

Lihat semua komen(146)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.041177 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top