Betul ke penyampai radio ERA dan pengacara popular, Radin terlalu memilih tawaran seperti dakwaan segelintir pihak baru-baru ini?
Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 31, bagaimanapun menafikan dakwaan itu sebaliknya menjelaskan dia tidak pernah memilih setiap tawaran yang diberikan. Jelas jejaka dari Perak ini, dia mementingkan soal kesesuaian masa dan jadual hariannya sebelum menerima sesuatu tawaran. Pendedahan tersebut sekali gus turut menjauhkan tafsiran bahawa Radin merupakan seorang yang tamak akan peluang diterima.
Dalam pada itu, Radin sentiasa bersedia untuk menerima cabaran menerusi tawaran sama ada sebagai pengacara atau pelakon namun masih berpendirian untuk tidak semborono menerimanya. Malah, dia turut menyimpan hasrat untuk menjadi pengacara program yang lebih besar termasuk di acara berprestij. Dalam perkembangan lain, Radin yang dikenali ramai dengan sikap peramahnya juga dalam perancangan untuk menamatkan zaman solo dan akan berkongsi mengenainya pada umum apabila sudah bersedia serta pada masa sesuai.
|
Shazid replied at 30-12-2021 03:06 PM
Dah lama x dengar era sb byk iklan...hot fm pun baru je aku banned sb dok pusing lagu yg sama setiap ...
ADVERTISEMENT