CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Firaun Amenhotep I Didapati Berkhatan Dan Mempunyai Gigi Yang Baik

30-12-2021 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3405| Komen: 21

Kaherah: Seorang pakar radiologi, Sahar Saleem mendedahkan mayat mumia Firaun Amenhotep I iaitu pemerintah kedua Dinasti ke-18 di Mesir memiliki dagu yang sempit, hidung kecil dan rambut kerinting, mempunyai gigi yang sangat baik dan secara fizikal menyerupai bapanya.


Salem iaitu profesor di Fakulti Perubatan, Universiti Kaherah berkata, beliau merupakan sebahagian daripada pasukan yang telah berjaya membongkar Amenhotep I bukan secara fizikal tetapi secara digital.

Beliau menggunakan teknologi pengimbasan tomografi berkomputer (CT) 3 Demensi yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Foto: Sinar Harian

Ia menunjukkan bahawa Amenhotep I berumur kira-kira 35 tahun ketika meninggal dunia, kata Saleem.


Firaun itu juga mempunyai ketinggian kira-kira 169 sentimeter, berkhatan dan terdapat 30 azimat dalam balutannya serta mempunyai lilitan ikat pinggang emas unik dengan manik emas.

Ia mungkin mengejutkan untuk seseorang yang hidup kira-kira 3,500 tahun dahulu kerana Amenhotep I mempunyai gigi yang sangat baik.

Amenhotep I dipercayai telah meninggal dunia sekitar antara 1506 dan 1504 Sebelum Masihi. -CARI

Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 30-12-2021 12:36 PM
iols baru tahu dalam piramid sejuk yach... tanpa aircond..... i wonder how... i wonder why....
Quote mrsamz 30-12-2021 12:49 PM
Mudanya umur 35 dah mati..pasai paa??kene bunuh?atau sbb sakit apa2?
Quote Abahmung 30-12-2021 01:08 PM
pendek je rupanya org-org zaman dulu
Quote Samerosie 30-12-2021 01:36 PM
Narrow chin= dagu yg sempit?? Anyway, Camne tau dia berkhatan tu yg curious.
Quote Adrif 30-12-2021 02:01 PM
mrsamz replied at 30-12-2021 12:49 PM
Mudanya umur 35 dah mati..pasai paa??kene bunuh?atau sbb sakit apa2?
Death from natural causes

Saleem continued: “We couldn’t find any wounds or disfigurement due to disease to justify the cause of death, except numerous mutilations post mortem, presumably by grave robbers after his first burial. His entrails had been removed by the first mummifiers, but not his brain or heart.”

https://blog.frontiersin.org/202 ... igitally-unwrapped/


katanya zaman dulu sebelum teknologi dan kepakaran perubatan berkembang, jangka hayat manusia memang pendek

ubat tak cam sekarang ni. bergantung pada apa yang terdapat pada alam sekitar sekeliling. bahan semula jadi. jadi terhad
nak dapat ubat dari tempat jauh, kena travel bertahun pulak. barang dari tanah lain sangatlah rare.
HAACHUM! kena selsema? haa 3 Jumaat mati, gitu la kekdahnya. simple flu sekarang maybe macam covid fatality dia.
ada luka? haa bacterial infection, daging membusuk, mati. tetanus ke.
yang ni dari segi medication.

kekurangan nutrisi dan vitamin ke. atau sebab faktor perang ke. tapi zaman dulu memang hidup tak lama.
yang sampai umo 40 pun dah kira tua sangat. sebab tu umo 13-14 tahun pun dah kawen, beranak pinak.
Quote nw111 30-12-2021 02:44 PM
Abahmung replied at 30-12-2021 01:08 PM
pendek je rupanya org-org zaman dulu

Stended jantan melayu je tu
Quote nw111 30-12-2021 02:45 PM
Samerosie replied at 30-12-2021 01:36 PM
Narrow chin= dagu yg sempit?? Anyway, Camne tau dia berkhatan tu yg curious.

Cik nek dia kan ada lg...mumia kena preserved elok lah tu
Quote KIM.K 30-12-2021 02:47 PM
Professional dental work thats all
Quote Samerosie 30-12-2021 02:48 PM
nw111 replied at 30-12-2021 02:45 PM
Cik nek dia kan ada lg...mumia kena preserved elok lah tu

Hahahahaha tak boleh imagine..
Quote ChildrenOfBodom 30-12-2021 02:52 PM
Rajin sangat pi kelebek habis kotey firaun. Tapi apa nak pelik, dah memang asai usul berkhatan ni pon dari Mesir Kuno. Kalau dari sudut agama samawi, perintah untuk memotong kulup ni pon datang dari perjanjian antara Tuhan dan Nabi Ibrahim
Quote Decaffeinated 30-12-2021 02:59 PM
Gigihnya la doktor ni pi belek kat situ

Quote Shazid 30-12-2021 04:08 PM
Interesting!! betul2 dikaji
Quote haznor 30-12-2021 04:12 PM
Adrif replied at 30-12-2021 02:01 PM
katanya zaman dulu sebelum teknologi dan kepakaran perubatan berkembang, jangka hayat manusia me ...

untungnya kita hidup di zaman ni. syukur alhamdulillah.
Quote becir 30-12-2021 04:49 PM
Imagine ye dah mati beribu tahun datang orang lain sibuk selongkar kubut kelebet fizikal sampai kat tut pun dia tengok..no peace. Seriously I don't condone this.
Quote Samerosie 30-12-2021 05:06 PM
Firaun2 ni kan dia kawin akak dia abang dia adik dia kadang2 mak dia pun dia kawin semata untuk keep the crown in the family.  Tapi keturunan teruk la.
Quote ketupatnasi 30-12-2021 05:09 PM
berkhatan dan bersugi amalan mulia
Quote Artemesiaa 30-12-2021 05:16 PM
Banyak penemuan baru jadi banyak benda baru yang mereka pelajari
Quote Lagubestbest 30-12-2021 05:22 PM
becir replied at 30-12-2021 04:49 PM
Imagine ye dah mati beribu tahun datang orang lain sibuk selongkar kubut kelebet fizikal sampai kat  ...

bila masa ada peace nye. Firaun2 ni gah glamour atas dunia kejap je. Sebaik saja mati, takde rest langsung setiap pagi setiap petang dok melalak kena lunyai dek malaikat penjaga neraka.
Quote epal_putih 30-12-2021 05:26 PM
wahhhhhhhhh kecik molek jer orang nya

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.101010 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top