CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anzalna Sebak Masa Shooting Sampai Anak Siti Sarah Berair Mata

30-12-2021 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2953| Komen: 3

Teka-teki siapakah wanita misteri yang menggantikan legasi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai wajah kepada koleksi terbaharu jenama tudungnya terjawab apabila pelakon, Anzalna menjadi pilihan. 


Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Anzalna di Instagram. 


Kredit foto: IG Anzalna

Menerusi video yang dimuat naik, Anzalna dilihat gagal menahan air mata apabila dikatakan begitu sebak ketika sesi penggambaran berlangsung sehingga ibu tiri Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi dan anak perempuan Allahyarham, Talita turut mengalirkan air mata. 

Sebelum ini, satu video yang di muat naik di Instagram Siti Sarah meluahkan rasa syukur apabila mereka menemui figura yang sesuai menggantikan tempat Allahyarham seperti yang diimpikannya sebelum ini.


Kredit foto: IG Sarah/Anzalna

Rata-rata pengikut dilihat berjaya meneka nama Anzalna selain beberapa selebriti lain yang turut menjadi sebutan seperti Nabila Razali, Sari Yanti dan Puteri Sarah Liyana dan ramai lagi. 



Anzalna berkata, ketika ditawarkan untuk bekerjasama dengan jenama tudung itu, dia mengakui sukar untuk membuat keputusan.

"Ketika mereka menghantar mesej dan bertanya untuk kerjasama ini saya macam berbelah bahagi sebab jenama tudung itu memang dah sinonim dengan nama arwah Siti Sarah. Banyak kali Anzalna tanya pendapat Hanif (suami).

"Sesi penggambaran yang dijalankan sangat menyentuh hati. Minta maaf sekiranya saya tidak dapat memberikan yang terbaik sepanjang penggambaran disebabkan terlalu emosi. Saya sangat rindukan arwah. Al- fatihah buat arwah Siti Sarah," katanya.



Menurut Anzalna, sejak dirinya mengambil keputusan untuk berhijab September lalu, dia mengaku dihujani pelbagai tawaran daripada jenama tudung terkemuka dari dalam dan luar negara.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 30-12-2021 02:59 PM
gitttchewww... masih lagi menjual kesayuan dan kesedihan... tak tenang arwah SS nak bersemadi...btw, bukan impian Shuib ke minat kat Anzalna dulu-dulu khensss... hehehehehe
Quote nakkomenjugak 30-12-2021 06:20 PM
bersayu laa dalam diam...
Quote missbigrockstar 30-12-2021 06:24 PM
Gambar first tu dah rupa pokok krismas dah.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.029747 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top