CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bagus Derma Tapi Kenapa Bagi Boxer Berlubang, pakaian Seksi & Baju Renang Jarang?

30-12-2021 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2520| Komen: 9

Pada ketika pelbagai bantuan termasuk dalam bentuk pakaian terpakai diderma bagi meringankan beban mangsa banjir, kemunculan benda yang “tidak kena” pula membingungkan orang ramai.


China Press melaporkan, antara barang yang tidak kena itu termasuk boxer lelaki yang berlubang, pakaian tidur dan seluar dalam seksi serta baju renang berkain jarang.


Boxer koyak antara barangan yang disumbangkan untuk mangsa banjir.

Seorang lelaki menggunakan TikTok untuk berterima kasih atas sumbangan pakaian terpakai yang boleh dihantar kepada mangsa banjir, tetapi dia kemudian menunjukkan sehelai boxer lelaki yang berlubang di belakang.


Lelaki itu seterusnya meminta orang ramai tidak menjadikan kawasan bencana sebagai tempat pembuangan sampah.

Dalam Facebook, netizen juga berkongsi baju terpakai yang tidak kena seperti seluar dalam seksi berwarna merah jambu, baju renang dedah belakang dan juga pakaian tidur dengan corak kulit harimau bintang.

Warganet secara berseloroh berkata, penderma mungkin ingat mangsa banjir juga menggemari pakaian seksi seperti mereka.Walaupun begitu, masih ada yang berpendapat mungkin pakaian seksi itu boleh digunakan oleh mangsa bukan Islam.  


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 30-12-2021 12:00 PM
Ok, first of all euwwww derma pakaian dalam terpakai.  Dah berlubang humban je la dalam tong sampah.  Iols derma kain2 batik pun baru ok beli kat harisons.
Quote Artemesiaa 30-12-2021 01:13 PM
Dari dulu sama je mentaliti mereka bukan semua ikhlas nak membantu tapi ramai jugak yang jadikan usaha derma pakaian terpakai ini untuk buang baju2 lama mereka.  Kalau nak derma pakaian tanya diri dulu kalau sendiri pun tak lalu nak pakai lagi pasti orang lain pun tak sanggup memakainya juga.  
Quote clarizsa 30-12-2021 01:44 PM
I pernah tgk ada org buat live kt shopee jual pakaian dalam ppuan terpakai cam boxer tu , eeuuww
Pastu marah2 bila org komen tak hygenic
Jijik tul

Yg bab derma ni plak , mmg serius otak penderma tu lembab kurang fungsi ke apa tu , pakaian2 buruk tu buang je lah , gigihla simpan pastu p bagi kt orang , nk buat kain buruk pun rasa jijik tau tak
Quote johan-adx 30-12-2021 01:57 PM
ingt kt msia ni kena ada jgk la tong sampah utk pakaian2 yg tak terpakai dibuang. mungkin org taktau nk buang kt mana utk lupus2 baju
Quote stingergodiva 30-12-2021 02:07 PM
TUHAN tidak melihat apa yg kita sumbang tapi niat kita yg ikhlas utk menyumbang...kerana setiap perbuatan berpaksikheun niat...nawaitu...

Spongebob,
Bukit Mertajam
Quote Doflaminggow 30-12-2021 02:44 PM
bab tolong org dlm misi kemanusiaan Orang Malaysia mmg

Tapi mesti ada dua tiga musibat yg jenis cmni.. bg spende lubang.. bra tali nk putus..

kalau amik pegi santau tahulah dia langit tgi ke rendah..
Quote Decaffeinated 30-12-2021 03:32 PM
corak pun nak komplen?

Quote Shazid 30-12-2021 03:49 PM
Sesetengah Rakyat dan pemimpin punya mentaliti yg sama....bodoh!!!
Quote saviour_09 30-12-2021 04:50 PM
maybe boleh pakai masa main air banjir?

tp yg derma pun tak beragak sgt

apooo underwear pun adooo

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.035759 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top