CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepala Tersepit Ketika Naik Eskalator

30-12-2021 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1752| Komen: 7

Description: Jakarta – Satu video yang menunjukkan kepala seorang lelaki tersepit pada eskalator menjadi tular di media sosia Indonesia baru-baru ini, lapor laman berita Suara.com.
Jakarta – Satu video yang menunjukkan kepala seorang lelaki tersepit pada eskalator menjadi tular di media sosia Indonesia baru-baru ini, lapor laman berita Suara.com.


Video tersebut dimuat naik menerusi aplikasi TikTok @anggasschr, sekali gus membuatkan netizen tertanya-tanya bagaimana perkara tersebut boleh berlaku. 

“Kepala tersepit ketika menaiki eskalator,” demikian kenyataan dimuat naik bersama video tersebut.


Foto: Tiktok

Peristiwa itu dikatakan berlaku di pusat beli belah Mangga Dua, Jakarta Tengah.


Beberapa orang pengunjung dilihat turut membantu mengeluarkan kepala lelaki yang tersepit itu sehingga ia berjaya dikeluarkan.

Netizen yang menonton video itu kemudiannya meninggalkan pelbagai komen dengan rata-ratanya berasa hairan tentang bagaimana insiden itu boleh berlaku.

“Adakah dia (mangsa) menaiki eskalator sambil menunduk? Bagaimana kepalanya boleh tersepit begitu?” kata seorang pengguna.

“Nampaknya, mungkin dia menaiki eskalator sambil melihat ke bawah dan tidak sedar ada tembok di bahagian atas,” komen seorang netizen lain.  – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Abahmung 30-12-2021 12:22 PM
nasib baik x putus
Quote imransulaiman 30-12-2021 12:22 PM
Aduuuuuh! Nasib baik tak putus kepala! [em:8:]
Quote airfilterkotor 30-12-2021 12:28 PM
Hulur kepala keluar dari susur tangan ler tu.
Quote Artemesiaa 30-12-2021 12:35 PM
Sebab tu sesetengah mall mereka pasang siap2 safety device kat dinding lantai atas untuk elak kes macam ni terjadi.  Sesetengah orang telalu leka sampai tak perasan kepala dah nak tersepit ke dinding.
Quote umbut 30-12-2021 03:37 PM
Tgh tgk bawah ler tu.. Sedar2 dah langgar tembok.. Kena hati2
Quote Shazid 30-12-2021 03:40 PM
Allah! kesian!!!
Quote Jitu 30-12-2021 03:46 PM
tengok apa tu smpi tersepit kepala

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.412137 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top