Ernie Zakri yang kini sarat hamil tujuh bulan belum terfikir mengenai penyanyi gantian jika lagu Boneka atau Good Bye Hello duet bersama Syamel layak ke Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL 36).
Ernie, 29, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, dia mahu fokus terhadap dua lagu itu dahulu pada Separuh Akhir Muzik Muzik 36, Jumaat ini. "Perkara ini pernah juga saya borakkan dengan Syamel. Kalau masuk AJL macam mana? Sekarang ini tak nak pening kepada dan fikir ke situ dulu. Saya nak fokus separuh akhir dulu sebab ada dua lagu. "Insya-Allah saya cuba untuk buat yang terbaik. Kalau boleh nak nyanyikan dua lagu itu pada hari sama supaya tak penat badan. Jadi nak fokus itu dulu, tapi kalau dapat nanti, baru kita pening lepas ni," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Ernie, dia juga tidak mahu sekadar memilih siapa pengganti selain berharap penyanyi itu adalah pilihan terbaik.
|
KamikuP replied at 30-12-2021 11:11 AM
Mohon susruh mak sedara ganti tempat
AcikBuncit replied at 30-12-2021 02:53 PM
Vanessa pn sedap suara.. Ambik dia jela. Aina acik xtahan asyik jerit bingit telinga tua acik ni dgr ...
debab_78 replied at 30-12-2021 03:55 PM
why not guna penyanyi baru yg tiada nama tapi berbakat besar. Meols cadangkan Eylia Guntabid. Suara ...
miss_strangers replied at 30-12-2021 03:57 PM
Takut stage fright pulak. Bagi yg dah biasa Kat pentas la.
ADVERTISEMENT