CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bil Hospital RM2.3 Juta Sebab Lahir Bayi Pramatang

30-12-2021 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2121| Komen: 2

Miami: Seorang wanita Florida terkejut apabila menerima bil hospital AS$550,000 (kira-kira RM2.3 juta) selepas melahirkan bayi lelakinya yang pramatang.

Independent UK melaporkan, Bisi Bennett, 38, yang bekerja di syarikat insurans melahirkan bayi lelaki diberi nama Dorian pada 12 November 2020di dalam kereta, sewaktu suami membawanya ke hospital.

Dorian dilahirkan dalam keadaan songsang. namun dia pada mulanya tidak menangis.


Foto: Independent UK

"Badannya masih bersambung dengan tali pusat ketika kami berdua dibawa hospital.


"Mereka kemudian memotongnya (tali pusat) dan perkara terakhir yang saya dengar ialah 'dia mempunyai nadi' sebelum mereka membawa saya," katanya ketika berkongsi kisah itu, baru-baru ini.

Dorian terpaksa ditahan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) selama hampir dua bulan sehingga 7 Januari lalu.

Sebagai kakitangan syarikat insurans, Bennett tidak bimbang kerana dia sudah memilih Hospital AdventHealth Orlando, hospital kerana berdekatan dengan rumahnya dan menjadi panel syarikat insuransnya, United Healthcare.

Bagaimanapun, lain yang terjadi apabila pihak hospital memberikannya bil perubatan tinggi semasa dia bersiap sedia untuk keluar dari wad dan pulang ke rumah

"Saya sangat kecewa apabila melihat bil setengah juta dolar kerana sudah melakukan segala-galanya untuk mengelakkan dikenakan caj tinggi," katanya kepada CBS Mornings.

Walaupun Bennett dilindungi oleh insurans, bilnya tinggi disebabkan oleh fakta bahawa kanak-kanak itu dilahirkan pada 2020 dan memerlukan penjagaan hospital sehingga 2021.

Di samping itu, majikannya menukar panel penjagaan kesihatan kepada UMR pada 2021 yang menyebabkan berlaku masalah.

Hospital mengebil kepada kedua-dua pihak UMR dan United Healthcare untuk kedua-dua tahun, dan bukannya United Healthcare untuk 2020 dan UMR untuk 2021.

Bennett dikenakan bayaran sedemikian apabila kedua-dua syarikat tidak bersetuju untuk menampung bil berkenaan kerana kesilapan pentadbiran.

"Saya menghubungi hospital beberapa kali hanya untuk memberitahu mereka, 'Hei, kamu semua mengumpulkan bil, kamu perlu membahagikannya'," katanya

Di sebalik panggilannya, bil yang sama dihantar kepadanya berulang kali dan dia diberi pelan pembayaran bulanan hampir AS$ 46,000 (kira-kira RM192,689)

Isu mengenai bil itu diselesaikan pada Oktober lalu selepas portal berita kesihatan dan sains, Kaiser Health News menghubungi syarikat insurans yang kemudian merujuk pihak hospital.

Bennett berkata, dia terpanggil untuk berkongsi kisah itu kepada umum.

"Kesihatan bukan hanya ketika anda berada di hospital, ia juga meliputi layanan apabila seseorang didiscaj dari hospital," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 30-12-2021 10:31 AM
mak aih. mahalnya. tapi dia pun keje syarikat insurans mesti la ada insurans... xkan la keje insurans, insurans pun tak ada
Quote pekanwoohoo 30-12-2021 10:36 AM
Ada ke takaful yang cover bil untuk perempuan bersalin dekat Malaysia ni? Serius nak tahu sebab kebanyakannya tak cover kan?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.029393 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top