CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Vida Tawar Diri Jadi Penasihat Media Sosial Rina Harun

30-12-2021 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3925| Komen: 33

Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida menyangkal dakwaan kononnya dia sengaja menumpang publisiti atas apa sahaja isu tular yang menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.


Vida, 50, menafikan mengenai perkara itu selepas foto bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang dimuat naik di laman Instagram miliknya menerima kecaman netizen.

Bukan berniat mengambil kesempatan, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata sebagai personaliti media sosial dia harus mengetahui perkembangan terkini yang sedang berlaku di dalam negara.


Foto: IG

"Saya selebriti kontroversi, isu viral sentiasa ada kaitan dengan saya... macam isu siakap kebetulan saya ada di Langkawi, dah alang-alang saya post la. Bukan saya sengaja terbang ke sana untuk dapatkan publisiti.

"Macam isu Yang Berhormat (YB) Rina Harun pula, kami memang kenal antara satu sama lain. Dah kebetulan bergambar bersama jadi saya post saja la, bukan nak ambil kesempatan.

"Sejujurnya saya ni begitu dekat dengan media sosial, jadi apa sahaja isu saya kena tahu... di sinilah tempat seseorang itu jatuh atau naik," katanya kepada mStar.



Sebelum itu menerusi Instagram Vida memuat naik foto bersama Rina dan menulis kapsyen meminta netizen tidak menulis komen negatif terhadap ahli politik itu.

"Tak baik dok kutuk-kutuk YB. No sindir-sindir please," tulisnya.

Gara-gara perkongsian itu, netizen berpendapat Vida seolah-olah sengaja mencelah dalam isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Sebelum ini, video Rina mencuci kawasan longkang dan koridor yang dilihat bersih di sebuah sekolah menjadi tular kerana dianggap sekadar berlakon untuk tujuan bergambar.



Bagaimanapun, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah memberikan penjelasan berhubung video berkenaan memaklumkan Rina mencuci kesan najis unggas dan cicak.

Dalam pada itu, Vida turut menawarkan diri untuk menjadi penasihat media sosial kepada Ahli Parlimen Titiwangsa itu.


"Bukan nak ambil kesempatan nak minta projek ke atau sengaja nak bodek. Jujur saya cakap dia sangat baik, memang banyak perancangan nak bantu ibu tunggal dan wanita tapi apabila timbul isu macam ni sedikit sebanyak boleh menjatuhkan dia.

"Bukan saya nak back up dia tapi itu la hakikatnya... mungkin dia tak ada penasihat media sosial jadi bagi saya la jadi penasihat dia," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 30-12-2021 09:36 AM
Sesuai la korg berdua jd bff..muka pun sepesen, badan pun sepesen..
Quote cikgojesss 30-12-2021 09:37 AM
bu,ghit


Quote Zezo 30-12-2021 09:49 AM
Another badut nk mencapub dlm politik. Eeee.. [em:7:] ramai badut la kt Mesia ni. Meluat.
Quote tintin22 30-12-2021 09:54 AM
hahahahahaha
Quote white01whale 30-12-2021 09:54 AM
Mampos.... .
Quote slyfynx 30-12-2021 10:07 AM
Leh gi mam
Quote AshkieLa 30-12-2021 10:10 AM
sesuai laa dua2 kalau bff...
boleh ke lautan hindi bersama sama...
yihhhhhh
Quote mizruncing 30-12-2021 10:14 AM
kahkah hope ade perubahan
Quote dudaberhias 30-12-2021 10:17 AM
Scammer perasan lawa bergabung confirm meletop
Quote kucing_gebu 30-12-2021 10:18 AM
Lingkup negara bila badut2 mula campur tgn.
Quote kechikchomel 30-12-2021 10:23 AM
ada terbaca orang komen. muka iman troye cam vida. skrg klu iolss tgk vida, mesti 'ternampak' iman troye. klu tgk iman mesti terbayang vida
Quote mizzmimi 30-12-2021 10:27 AM
Engkau pun hauk.. Nak jadik penasihat kunun.. Ehh jadik le punahsihat muntrik bodo ne pastu mohon tenggelam tak timbul2 dedua ekor lepas kalah next pru..
Quote shark_eow7 30-12-2021 10:52 AM
gabungan yg tak bawa ke mana. silap haribulan menteri tu kena berjoget jugak utk content.. hurmmm
Quote Zaien 30-12-2021 10:59 AM
kiranya riha harun versi cantik la sikit kan kan kan..
aku xley imagine vida jdi PA rina harunn
haukkkkk weyyyyy bygkan tgh bentang mensyuarat.. gelak VIDA je dh mcm hape
hahahahahahahahha
Quote Zaien 30-12-2021 11:00 AM
kechikchomel replied at 30-12-2021 10:23 AM
ada terbaca orang komen. muka iman troye cam vida. skrg klu iolss tgk vida, mesti 'ternampak' iman t ...

versi muda kann hahaahahaha
Quote prince_marhaen 30-12-2021 11:14 AM
baguslah bergabung bibir burit dua ekor ni...dua-dua kaki pusing anak didik jijan semang king kong tu kan... esok2 bibir selipar ni buat potong usus dah boleh jadi kembar Rinamon Haruan ni..
Quote doubleharmonic 30-12-2021 11:15 AM
noreen sama noreen bergabung
Quote Tutul 30-12-2021 11:45 AM
Xh blah komen mn
Quote hareeeesah 30-12-2021 12:35 PM
Banyak pulak masa menteri jumpa bidah ni..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.271250 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top