CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ahya Rosli Menitis Air Mata Tengok Isteri Meneran, Teruja Dapat Potong Tali Pusat

30-12-2021 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5943| Komen: 28

Pelakon dan model Ahya Rosli berkongsi berita gembira apabila isterinya iaitu Shahirah Sanusi selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Menurut Ahya atau nama sebenar Ahya Ulumuddin Rosli, 34, bayi lelaki seberat 3.33 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di ibu negara pada pukul 5.05 petang, Selasa.

Foto: IG


"Alhamdulillah selepas dua tahun akhirnya kami dikurniakan cahaya mata... sepatutnya baby lahir awal Januari depan tapi dia nak keluar awal pula.

"Isteri masuk bilik bersalin selepas Zohor, tanpa sebarang bius atau bantuan ubatan dia berjaya melahirkan anak kami secara normal.


"Isteri saya memang kuat. Alhamdulillah kedua-duanya berada dalam keadaan baik dan sihat. Bayi sempurna sifatnya, wajah pun sama macam saya," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.



Berkongsi pengalaman pertama menyaksikan isteri melalui proses bersalin, Ahya berkata ia satu momen yang tidak mungkin dilupakan dalam hidup.

"Pengalaman paling menyentuh hati saya apabila melihat isteri meneran nak bersalin... semasa itu saya berada di sebelah dia, saya selawat di tepi telinga dia sambil kipaskan dia sampai keluar air mata melihat kesukaran itu.

"Memang kasihan sangat tengok isteri berpeluh-peluh walaupun dalam bilik bersalin itu sejuk. Mungkin sebab dia terlalu penat kerana menahan kesakitan.



"Saya diberi peluang memotong tali pusat bayi... memang takut sangat masa itu tapi Alhamdulillah semuanya selesai dengan begitu baik. Saya juga dapat azankan bayi, masa pegang baby itu memang rasa happy sangat.

"Selepas tujuh hari InsyaAllah kita rancang nak buat sedikit kenduri aqiqah dan cukur jambul untuk anak kami ini," ujarnya.



Ahya yang juga merupakan anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri ini berkahwin dengan Shahirah di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur pada 29 Mac 2019.

Sebelum ini, kakak kepada Ahya iaitu Liana Rosli atau Kak KM selamat melahirkan bayi keempat pada 23 Disember lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 30-12-2021 09:32 AM
Daie la sangat.
Nak anak soleh, Hafiz,
Tp....

Xpe la.
Malas cakap mende x elok.
So tahniah la ye
Quote krustykrab 30-12-2021 09:34 AM
Skrg ni trend ek citer pasal bini.meneran kat 1 dunia...rasa geli pulak bila terbygkan..mmg la proses nk lahirkn anak tu kna meneran tp bila suami citer kat public
Quote innocent_me 30-12-2021 09:36 AM
Kau sendiri nya bila nak jadi anak soleh,Daie nya ahya????
Quote ketambangkang 30-12-2021 10:36 AM
hahaha kau kawin pon panggil pondan berjoget
Quote nazriatie 30-12-2021 10:41 AM
I pernah tgk dia berlakon cite hantu..ingatkan dia ada 6th sense sbb blh nmpk hantu, rupanya dia sendiri dh mati n jd hantu..tp lakonan sgt kayu ye. I komen (baca kutuk) kat ig dia psl lakonan dia, dia gelak2 baca komen i..siap cakap dia baru nk bljr blakon
Quote Reira77 30-12-2021 11:56 AM
nazriatie replied at 30-12-2021 10:41 AM
I pernah tgk dia berlakon cite hantu..ingatkan dia ada 6th sense sbb blh nmpk hantu, rupanya dia sen ...

Hahahah jenis tak koyak. Sepesen dgn kakak dia kot. Orang cerca la mcm mana pun. Rilek je
Quote mummydarling 30-12-2021 12:39 PM
kalau doa kemahenn tapi mcm kurious mummy laki bini ni. umah die tak pernah adik badik si ahya dtg... aku syak bini nye rimas perangai kampung belah ahya ni kot..
Quote makton 30-12-2021 01:45 PM
nazriatie replied at 30-12-2021 10:41 AM
I pernah tgk dia berlakon cite hantu..ingatkan dia ada 6th sense sbb blh nmpk hantu, rupanya dia sen ...

gigih i search cerita tu.. tajuk harmonika kan?
mmg kayu cengal ye lakonan heshe.. drama tahun bila tu?
Quote makton 30-12-2021 01:46 PM
mummydarling replied at 30-12-2021 12:39 PM
kalau doa kemahenn tapi mcm kurious mummy laki bini ni. umah die tak pernah adik badik si ahya dtg.. ...

bini nya pun sama annoying sis.. ada je video dia pakai km ikat siap menonggeng2 dgn kakak ipar dia buat tutorial bengkong tu
Quote mummydarling 30-12-2021 02:26 PM
makton replied at 30-12-2021 01:46 PM
bini nya pun sama annoying sis.. ada je video dia pakai km ikat siap menonggeng2 dgn kakak ipar di ...

ya la bile balik umah mentua or g umah kak km. tapi tak pernah nengok adik beradik ahya dtg umah ahya ni. kan ade kolam renang sure la anak2 buah depa ngan mak buah batak nak g umah ahya kan... sebab tau family depa ni mcm mane..
Quote rbmy 30-12-2021 02:46 PM
wife jahit tak? kalau kak km dia tak jahit... dia kuat
Quote hotmak 30-12-2021 02:52 PM
bersalin mmg lah sakit bertarung nyawa kot, tahniah dah dpt anak, mak normah dpt 2 cucu tahun ni
Quote Adrif 30-12-2021 03:03 PM
who???  
Quote doubleharmonic 30-12-2021 03:22 PM
Reira77 replied at 30-12-2021 03:56 AM
Hahahah jenis tak koyak. Sepesen dgn kakak dia kot. Orang cerca la mcm mana pun. Rilek je

kakak dia tu koyak yachh. doktor amalina advice pasal produk timbang kilo dia pulak sentap nak sound orang balik. noreen sangat perangai

[youtube]igB5VpA12r0[/youtube]
Quote nazriatie 30-12-2021 04:08 PM
makton replied at 30-12-2021 01:45 PM
gigih i search cerita tu.. tajuk harmonika kan?
mmg kayu cengal ye lakonan heshe.. drama tahun bil ...

Ye kot tajuk tu..cite 3@4 tahun lps
Quote nakkomenjugak 30-12-2021 06:34 PM
erkkkk perluuu kee nak gitau
bukan minik alien beranak method lain keluar lobang lain
ayat klise sangat yachhh anak soleh
moga masin laa mulut ko yahh oii
moga anak heol bersuara lantang bila tengok aunty nyaa buat perangai gelenyar macam fonen baru dapat fooki.
Quote hyie 30-12-2021 06:41 PM
muka heols ni adalah kak km versi lelaki...macam sajat dengan adik pompuan dialah. Memasing fotostat gitu.

namun, meols teringat nama restoran heshe dedulu yakni K*len*it apa entah...choi sangat. Adakah nama anak pon nanti pesen2 gini juga? yaampunnnn nokkk
Quote Afifi82 30-12-2021 07:05 PM
Ya ampun.. berita dia.. k.
Quote Suchi 30-12-2021 08:23 PM
Lebih kurang je umur sepupu ni,yela masa tau pregnant pun sama je kan ngn kak KM.
Sorang gegel sorang boboy.
Tahniah acik normah dapat 2 cucu penutup 2021 nih.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.037779 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top