CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi Duit RM25 Juta, Pegawai SPRM Ditahan

29-12-2021 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2404| Komen: 13

Petaling Jaya: Seorang daripada tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan kehilangan duit RM25 juta yang disita badan itu sedang ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor mengikut Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).


Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, pegawai berusia 40 tahun itu menjalani hukuman dua tahun disebabkan terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Siasatan dilakukan mengikut Akta LLPK dan pegawai berke­naan sedang menjalani hukuman atas kesalahan berkaitan dadah,” kata beliau ringkas.

Gambar Hiasan

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Ja­lil Hassan berkata, siasatan salah guna kuasa dan penyelewe­ngan barang kes melibatkan tiga kakitangan SPRM tersebut hampir selesai.


Menurut beliau, kertas siasatan telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.

“Kita masih menunggu maklum balas pihak DPP berhubung siasatan berkenaan,” jelasnya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia mendedahkan, seorang daripada tiga kakitangan SPRM tersebut disiasat kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah selepas memperoleh kete­rangan beberapa orang saksi.

Siasatan lanjut kemudian dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman bagi mengenal pasti punca bekalan dadah berkenaan diperoleh.

Siasatan awal polis mendapati, pegawai SPRM terlibat disyaki berperanan sebagai tokan namun rangkaiannya tidak terlalu besar.

Sebelum pembongkaran itu, pegawai kanan SPRM gered 44 itu dan dua lagi kakitangan lain ditahan berhubung kehilangan duit barang kes bernilai RM25 juta milik bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Ujian air kencing mendapati pegawai terbabit turut positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzo. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 29-12-2021 12:24 PM
"Harapkan pegar .... "

pepatah itu hanya orang malayu sahaja yang ada...  
Quote zehra2 29-12-2021 12:26 PM
gred 44 je.. tokan dadah. songlap $25 juta.
mesti duit gaji tk usik kan.
gred 44 yg lain mcm nak mati hidup dgn sisa2 gaji lps tolak pptpn
Quote rikiruj 29-12-2021 12:29 PM
Kalau rembat 10k dari 25mil tu takde orang perasan kot. Tapi nak buat caner, sifat tamak manusia..
Quote KamikuP 29-12-2021 12:30 PM
Selain anak polis, anak pegawai sprm pun ramai yg x menjadi
Quote Lagubestbest 29-12-2021 12:42 PM
KamikuP replied at 29-12-2021 12:30 PM
Selain anak polis, anak pegawai sprm pun ramai yg x menjadi

Ramai pegawai kena paksa amek rasuah kalau nak selamat. kalau tak caya, g tengok citer dua musim "Budak Tebing" kat iFlix.
Quote kotakominami 29-12-2021 01:05 PM
Jabatan mana je tak pm tepi....cer bgtau
Quote l0g0ut 29-12-2021 01:36 PM
Lagubestbest replied at 29-12-2021 12:42 PM
Ramai pegawai kena paksa amek rasuah kalau nak selamat. kalau tak caya, g tengok citer dua musim " ...

bukan dlm cerita je. ni bukti. cerita 2013

Timbalan Ketua Pengarah Kastam ditembak mati | Astro Awani
Quote innocent_me 29-12-2021 01:37 PM
amboiii tamaknya. kalau hang kerit skit2 ambil la 20k sorang pun tak perasan.
Quote Artemesiaa 29-12-2021 01:59 PM
Manusia bila sampai bab duit ramai yang gelap mata
Quote tripleid 29-12-2021 01:59 PM
What do u espek?dah bos sprm sendiri pun kaki rasuah.anak buah lagi lah

Only in malaysia.
Quote helicornia 29-12-2021 03:23 PM
Jual dadah tk cukup kaya ke sampai kena mencuri pulak
Quote kasibiman 29-12-2021 03:52 PM
Si hasanah Tu Ada dua-puluh Lima jotaaaaa???!!!

Wat.
De.
Effing.
Shit.
Quote Shazid 29-12-2021 04:12 PM
Gelap mata tgk dut banyak

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.056445 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top