Sabtu lalu, negara digemparkan dengan musibah banjir berlaku di Lembah Klang dan beberapa negeri sehingga ramai mangsa terjejas kehilangan tempat tinggal dan harta benda rosak teruk.
Bagaimanapun, di sebalik musibah berlaku beberapa netizen berkongsikan mengenai kehebatan bekas Tupperware mereka apabila makanan di dalamnya tetap elok meskipun bekas berkenaan dihanyutkan banjir. Lebih mengagumkan, ada yang menyimpan keropok ikan di dalam bekas Tupperware namun tidak langsung terjejas dan masih boleh dimakan.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang ternyata mengagumi kehebatan bekas berkenaan yang tidak dimasuki air. Tidak kurang juga ada yang mengatakan bekas tersebut terlalu ‘hebat’ sehinggakan jika ianya hilang pasti isteri akan ‘mengamuk’. Dalam pada itu, ada segelintir lelaki berharap isteri mereka tidak melihat perkongsian tersebut kerana bimbang pasti akan meminta untuk mendapatkannya juga. Sementara itu, ramai mengakui bekas Tupperware sememangnya berkualiti dan ada yang sudah menggunakannya bertahun lamanya serta masih lagi bertahan. -CARI Sumber: Gulapop.com
|
bakingsoda replied at 29-12-2021 12:19 PM
kot ye pon basuh bersih la dulu luaran tu, bekas kena banjir kot. ni tak pasal2 tercemar mknn.
umbut: Ntahlah.. aku pulak x suka tup ...
salimrock replied at 29-12-2021 12:18 PM
teringat party tupperware dulu....
ADVERTISEMENT