Petaling Jaya: Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dikecam warganet kerana “berlakon” menyodok lumpur, selepas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun dikritik “berposing” untuk jurugambar ketika membersihkan kesan najis unggas dan cicak di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS).
Dalam satu hantaran oleh @sofeahjoned hari ini, klip video 12 saat itu memaparkan Ismail memegang penyodok lalu mengaut sedikit lumpur sambil dikelilingi sekumpulan jurugambar yang disertakan catatan berbunyi: “Seronok kan PM main-main sodok. Only in Malaysia.” Ismail dalam video itu dilihat hanya berganjak sedikit dari kedudukan sebelah kanannya dan menyodok lumpur sekali sahaja, lalu dibuang ke depan sambil berlatar belakangkan suara seperti “kagum” dengan tindakannya. Hantaran itu mendapat sindiran sinis, dengan @kelasrorosie menulis: “Waaaaaaaaaaa, pandainya dia ‘posing’ untuk ‘camera’.” @FauziFadzil22 pula berkata: “Apa bendalah…saya dah tau nak kata apa dah…buatlah apa kau nak buat.” @kimiensem menulis: “Kau saja nak suruh aku tambah dosa.” @LuqalLFS berkata: “Kenyataan JPM esok…” Akan tetapi, ada pengguna Twitter yang tidak menyalahkan Ismail dengan berkata:” Sebenarnya, pihak media yang paling bangsat selepas PM. Dia yang beria suruh orang buat tu lah, buat ni lah semata-mata nak dapat gambar.” Pada 24 Dis, penyelaras PPS yang juga Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SJKT Ladang Emerald, Thayalan Krisnasamy dilaporkan berkata, ramai menteri dan ahli politik melawat PPS itu dengan “tangan kosong”. Katanya, ada juga wakil Jabatan Perdana Menteri datang ke PPS berkenaan, namun bantuan tidak diterima. “Ramai datang sini, angkat poster, tangkap gambar…lepas itu sudah tak ada (khabar berita). Agensi dan ahli politik ramai datang sini, bukan tak ada, tapi sekejap saja. Lima hingga 10 minit mereka baliklah. Mereka beri satu dua ‘peti’ air mineral, tangkap gambar, lepas itu mereka kata mereka sudah buat kerja,” katanya. -CARI Sumber: Free Malaysia Today
|
pasa replied at 29-12-2021 10:40 AM
ni lagi satu haram jadah
dah kutip duit beratus ribu pergi la sewa backhoe, machine yg sesuai
bakingsoda replied at 29-12-2021 10:50 AM
ratus ribu? 2 juta++ dah last time aku tgk. boleh la bagi nickname sedsodok
pasa replied at 29-12-2021 10:40 AM
ni lagi satu haram jadah
dah kutip duit beratus ribu pergi la sewa backhoe, machine yg sesuai
copy_paste replied at 29-12-2021 11:08 AM
buat penat je kan,
ape salahnya sewa backhoe sekali tolak je kot kalau lumpur mcm tu
pasa replied at 29-12-2021 11:15 AM
kutip derma berjuta.
mungkin dia nak dapat award best male actres for monsoon cup barang kali.
bakingsoda replied at 29-12-2021 10:50 AM
ratus ribu? 2 juta++ dah last time aku tgk. boleh la bagi nickname sedsodok
copy_paste replied at 29-12-2021 11:22 AM
buat malu je,kalau kaut lumpur dlm rumah tu faham la xleh pakai jentera,
ada cara mudah dan cpt ta ...
pasa replied at 29-12-2021 10:40 AM
ni lagi satu haram jadah
dah kutip duit beratus ribu pergi la sewa backhoe, machine yg sesuai
alesandra replied at 29-12-2021 11:23 AM
Dah 2juta dah?ank vincent tan ,sm topup kaa?
ADVERTISEMENT