CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalian Sakit Otak,"-Suami Nora Danish Bengang Nama Rina Harun Disunting Lucah

29-12-2021 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5272| Komen: 31

Ramai dalam kalangan netizen melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun disebabkan tindakannya yang didakwa ‘berlakon’ mencuci simen bersih di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) menggunakan alat penyembur air.


Tidak sahaja menjadi bahan jenaka dan dipersendakan ramai, kebencian melampau netizen terhadap Rina membawa kepada perbuatan tidak bertanggungjawab netizen mengubah kandungan profil Rina menggunakan perkataan lucah, sebagaimana yang tertera dalam laman ensiklopedia Wikipedia.


Foto: IG

Bagaimanapun, niat tidak menghalalkan. Tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, suami kepada selebriti sensasi Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz tampil bersuara menegur tingkah laku segelintir netizen yang tergamak menyunting laman Wikipedia menteri berkenaan dengan perkataan tidak senonoh.


Nedim atau nama sebenarnya, Nedim Sujak Nazri Aziz menerusi Twitter berkata, menyunting laman Wikipedia Ahli Parlimen Titiwangsa itu dengan menokok tambah perkataan disifatkan lucah bukanlah sesuatu yang kelakar.



“Pergi ke Wiki-nya dan menyunting benda mengarut seperti dipaparkan tidak kelakar wahai kalian semua.

“Jangan buat perkara seperti itu. Kalau sampai tahap begini kalian bertindak dengan menyunting Wikipedianya, kalian memang ada masalah otak,” getusnya menerusi satu ciapan Twitter.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter, meminta netizen yang bertindak menyunting atau mengubah kandungan Wikipedia menteri berkenaan agar berhenti daripada melakukan perkara demikian.



Hal ini kerana, apa yang dilakukan itu boleh disabitkan atau disifatkan sebagai gangguan seksual.

“Ini (apa yang kalian lakukan) boleh disifatkan sebagai gangguan seksual. Tolong hentikan,” ciapnya.




Terdahulu, Rina menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan agensi di bawah kementeriannya iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjelaskan, tindakanya menggunakan alat penyembur air bagi misi bantuan banjir adalah untuk membersihkan kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan sukar dicuci sebelum ini.

Rina turut menjadi mangsa ‘troll’ media sosial apabila ramai golongan celik platform digital tersebut mengesan dan membongkar ciapan-ciapan lamanya dalam Twitter sewaktu sebelum aktif berkecimpung dalam dunia politik. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 29-12-2021 10:18 AM
Asssudalaaa.. ko pun ada kes dulu puii
Quote che-cikL 29-12-2021 10:42 AM
Nedim bercakap pasal Rina Harun masuk thread ni?
Thread ni?
Quote fadz84 29-12-2021 10:45 AM
Laki retis pun ada thread sendiri dlm board gosipretis.. huhuhu
Quote TeropongThaico 29-12-2021 10:53 AM
Apa2 je la labu
Lain kali sebelum buat fikir dulu
Quote chandrahusin 29-12-2021 10:54 AM
dah takde lagi ke cerita artis
smpai laki artis adik beradik artis
anak2 buah artis yg masuk dlm bod gossip artis
Quote cloudnine 29-12-2021 10:57 AM
Yang komen atas² ni tak faham konteks ke macamana? Sexual harassment is fine ke kalau dibuat ke certain orang yang uol tak suka?
Quote tasha 29-12-2021 11:11 AM
Bewok ni artis ke???
Quote Mamason 29-12-2021 11:34 AM
jadi doktor pulak nora danish... pandai dia ckp org sakit otak ye....
Quote ezacbee 29-12-2021 11:38 AM
Tulis pe tu? Xsempat tengok
Quote slyfynx 29-12-2021 11:40 AM
So, die ni retis ke?
Rina Harun tu retis ke?
Jadah masuk thread gosip retis?
Quote doubleharmonic 29-12-2021 11:47 AM
ezacbee replied at 29-12-2021 03:38 AM
Tulis pe tu? Xsempat tengok


Quote ezacbee 29-12-2021 11:50 AM

Patutla aku bukak wiki tadi xde ni. Mmg sakit otak orang yg tulis ni. Biadap.
Quote kucingitam 29-12-2021 12:12 PM
nedim tu ckp benda betul je.. sangat2 tak ok ye benda2 melucah ni.. lawak lucah ni, jgn nak menormalisasikan sangat lah.
Quote xtravaganza 29-12-2021 12:27 PM
Ok..aku pon mmg xsuka diorg yg ajet2 ni tp tulis kat wiki mcmni bg aku melampau..
Quote julia5094 29-12-2021 12:39 PM

Satu je na cakap...apa la punya perangai orang yang tulis benda mengarut macam ni..Nak troll pun...jangan sampai level melucah macam ni..

Quote ReginaGeorge 29-12-2021 12:53 PM
Tak boleh kesan ke pengedit tu. Melampau gila la.. Melucah sampai tahap mcm tu memang sakit otak l
Quote cheezel 29-12-2021 12:57 PM
Eh mmg terukla. Igtkn edit biasa2. Bingai betul
Quote Minami2013 29-12-2021 01:29 PM
Disgusting pemikiran org2 yg asyik ingat seks dan melucah

Rina Harun ni kalau menang lagi next election tak tau la ape dia sumbat kat pengundi2 dia. Dengar nama dia pun meluat.
Quote krustykrab 29-12-2021 01:38 PM
doubleharmonic replied at 29-12-2021 11:47 AM

Ni gambo sblm ke slps buang usus..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.131800 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top