CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lepas Bertunang Usop Jadi Panas Baran, Cepat Naik Angin

29-12-2021 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4722| Komen: 33

Kira-kira dua bulan menjelang hari bahagia pada Februari depan, penyanyi Usop yang terkenal sebagai seorang yang kelakar mula berubah sikap menjadi pemarah.

Akui bimbang dengan hal itu, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Nor, 24, berkata perubahan itu mula dirasai sejak bertunang dengan Nur Fatihah Md Hashim pada 4 November lalu.


Foto: IG

"Dulu saya ni bukan seorang yang panas baran, tetapi apabila sudah bertunang ni tak tahu kenapa selalu panas hati.

"Tetapi kena kawal la sebab bagi pendapat saya... apabila kita nak menghalalkan hubungan dengan seseorang, waktu itu la banyak dugaan datang.


"Kita sebagai pasangan kena banyak bersabar dan bertolak ansur. Sebab nak berkahwin ni bukan untuk sehari dua tetapi selama-lamanya," katanya kepada mStar.

Usop ditemui selepas konsert minggu keenam Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam Ahad.



Dalam pada itu, Usop memberitahu kehadiran Fatihah dalam hidupnya banyak memberi perubahan daripada segi penampilan dan pembawakkan diri.

Ujar Usop, tunangnya banyak mengajar untuk memperbaiki diri lebih-lebih lagi apabila menjadi seorang selebriti.



"Fatihah banyak menegur saya, dulu penampilan saya selekeh berbanding sekarang. Dia kata saya kena menjaga penampilan sebagai seorang artis dan saya pun mula berubah sikit-sikit.

"Lepas tu kadang-kadang saya ni jenis blur. Jadi apabila saya ada slow je Fatihah akan tegur cakap tak boleh macam itu dan ini, dia banyak mengajar saya juga," katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Selamanya ini bersyukur segala persiapan sebelum bergelar raja sehari telahpun dilaksanakan dengan sempurna.



"Alhamdulillah, persiapan sudah siap 85 peratus. Semuanya hampir selesai termasuk urusan dengan pejabat agama dan ujian HIV... jadi bab itu saya dah lega.

"Tinggal sikit je lagi benda nak kena buat. Orang kata tinggal menunggu hari ijab kabul sahaja," ujarnya.




Setelah dua tahun menjalinkan hubungan persahabatan, pasangan ini mengadakan majlis pertunangan secara tertutup di sebuah dewan berdekatan kediaman keluarga Fatihah terletak di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang pada 4 November lalu.

Usop dan Fatihah bakal mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2022. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketupatnasi 29-12-2021 09:40 AM
statement macam blanket excuse je neh.... ada cerita naik kaki tangan bakalan menyusul kah?
Quote beta_carotene 29-12-2021 09:46 AM
sbb tu sunnah kena cari yg sekufu
supaya sebelah pihak xrasa insecure sgt, baik belah pompuan atau belah lelaki

benda ni common sense, cinta tu kena dtg seiring dgn compatibility dari pelbagai sudut

gitteww pondan berceramah pagi2 ni

semoga dipermudahkan urusan usop dgn teha
Quote missyL 29-12-2021 09:54 AM
Bese la dugaan tunang.
Fiance plk lawa.
Cpt la nikah
Quote mamajawie 29-12-2021 10:00 AM
beta_carotene replied at 29-12-2021 09:46 AM
sbb tu sunnah kena cari yg sekufu
supaya sebelah pihak xrasa insecure sgt, baik belah pompuan atau b ...

terpaksa setuju dengan ayat2 ko nokss..sebab teha ni muka lain maciam kira lawa la walaupunnn terasa muka iras bamjat tapi cam x kena dengan si ucop ni..sama la cam yonniboy dengan bini dia ex imran aqil tu..ahhh malas nk cakap..

Quote KamikuP 29-12-2021 10:19 AM
Jadi kami kene buat apa ni skrg?
Quote buragazz 29-12-2021 10:20 AM
Tunan mohon terasa.. usop cakap ko punca dia panas baran...
Quote Mamason 29-12-2021 10:28 AM
Ni pun nak masuk media??? Sungguh laa??
Quote debab_78 29-12-2021 10:32 AM
KamikuP replied at 29-12-2021 10:19 AM
Jadi kami kene buat apa ni skrg?

cuba tanya kiah mai pulak... dia rajin respon bab ni...
Quote Gianna111 29-12-2021 11:04 AM
beta_carotene replied at 29-12-2021 09:46 AM
sbb tu sunnah kena cari yg sekufu
supaya sebelah pihak xrasa insecure sgt, baik belah pompuan atau b ...


i must concur with your sentiments.......
alasan je tu nak bagi kaki tangan naik kat badan tunang.
Quote TeropongThaico 29-12-2021 11:05 AM
Apa2 saja le labu
Baran tu tetiba dtg ke mmg sedia ada dlm diri. Cuma skrg yg mudahkan ia tercetus
Jgn naik kaki tgn pd badan dak pompuan tu udah
Nak baran gi baran jejauh....syoh..syoh...
Quote slyfynx 29-12-2021 11:49 AM
Ni mesti dah ade mende nk jadi kes, so buat blanket statement dulu sblm api mara x gitu?
Quote innocent_me 29-12-2021 12:20 PM
Hai tunang usop.
Bawak2 fikir la sebelum kawin tu keputusan muktamad ke tidak.
Nanti dah la laki tak hensem, kaki baran dan duit pun pesen idok le kaya mana.
Baik kau cari yg muka elok, peel elok sesuai dgn wajah anda.
Perangai baran ni bukan muncul sebulan dua, tapi dari sifat sanubari.
Hati2..tu lah kebaikan bertunang, banyak sifat bakal laki/isteri muncul untuk dipertimbangkan semula.
Quote 4cupcakes 29-12-2021 12:33 PM
Tertekan pasaipa tu? Kalau gaduh2 manja tu biashe la.. tp kalau gaduh2 xmanje tu perlu dipertimbangkan
Quote anony-mous 29-12-2021 12:39 PM
mamajawie replied at 29-12-2021 10:00 AM
terpaksa setuju dengan ayat2 ko nokss..sebab teha ni muka lain maciam kira lawa la walaupunnn tera ...

Yonnyboi dgn bini dia awat? Sesuai jah sbb bini dia bukan lawa mana pon. Yg ucop ni i setuju, jauh sgt beza plus ucop ni pon mcm xyakin dgn diri heols & he’s nobody. Kalau ank naza group, maybe x ketara sgt la perbezaan tu
Quote berusjamban 29-12-2021 12:44 PM
Lawa nya tunang dia ni. Camne la boleh dapat kat keladak kepam ni...
Quote cheezel 29-12-2021 12:49 PM
Ni mesti ada wartawan picisan tny pstu dia pun bendul g cerita. Wartawan tiktok zaman skrg ni asal boleh buat cerita hot. Apa dia kezzahh
Quote MatDeghem 29-12-2021 12:55 PM
Lepas kawin bukan sekadar panas baran....bakal jadi sewel

kena ikut rentak binik yang cun melecun. bersedia lah sop






Quote Reira77 29-12-2021 12:56 PM
Fiance dia baik pikir habis before kahwin. Dah la muka tak brp siap, baran lagi, pitih pun tak ramai. Kang menyesal.
Quote Normabaru 29-12-2021 02:12 PM
berusjamban: Lawa nya tunang dia ni. Camne  ...


Usop ni Gigi pon mancung ke depan pastu selekeh (sendiri ngaku) celah mana la si ank Mami ni blh terpikat..oh lupa..ank Mami khuenssss

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.044230 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top