CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mengandung Cepat Sangat Pun Salah, Isteri Ayie Floor88 Terima Komen Sinis Dan Negatif

29-12-2021 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5416| Komen: 56

Berita bunting pelamin dan kehamilan isteri vokalis kumpulan Floor88, Ayie iaitu Tasha Awie mengundang pelbagai reaksi daripada peminat dan netizen.

Namun disebalik perkhabaran gembira itu, ada juga suara sumbang mempersoalkan mengenai usia kandungan dan tempoh perkahwinan pasangan ini yang baru memasuki dua bulan.

Tidak berkecil hati dengan pertanyaan sensitif itu, Tasha atau nama sebenar Nur Natasha Ahmad Nawawi, 22, mengakui sudah terbiasa dengan pelbagai komen daripada netizen.


Foto: IG

Lebih-lebih lagi dia memahami kedudukan suaminya yang merupakan seorang selebriti dan dikenali ramai.


"Sejujurnya tak ambil hati pun baca komen netizen itu sebab dah biasa tengok komen-komen negatif macam tu.

"Cuma kalau melibatkan isu keluarga yang tak boleh dipertimbangkan baru la saya akan buat sesuatu.

"Tak apa la saya maafkan mereka yang tulis komen negatif macam tu. Hidup kena tenang-tenang sahaja, apabila doa yang buruk-buruk takut benda tu akan berbalik pada orang yang cakap tu," katanya kepada mStar.




Sebelum itu, menerusi Instastory Tasha memberitahu dia menerima banyak pertanyaan netizen mengenai kehamilannya yang kini berusia sembilan minggu.

"(Ramai tanya) eh awalnya mengandung? Ini semua rezeki Allah bagi pada saya dan saya pun tak sangka secepat ini. Mungkin sebab subur?

"Masa nikah sampai hari kelima saya period (datang haid) dan rezeki yang kita dapat ni tak patut dipertikaikan. Sentiasalah bersyukur.

"Terima kasih semua atas ucapan dan doa kalian semua. Doa yang baik-baik, InsyaAllah doa baik itu akan kembali kepada anda juga," ujarnya.



Pada Khamis lalu, Ayie berkongsi berita gembira kehamilan isterinya itu selepas dua bulan mendirikan rumah tangga.

Ayie memaklumkan Tasha sudah hamil sembilan minggu dan teruja kerana bakal bergelar bapa muda.

Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah, 24, berkahwin dengan Tasha pada 21 Oktober lalu.




Sekadar informasi, bunting pelamin merupakan istilah yang digunakan kepada wanita yang hamil sejurus selepas perkahwinan dan usia kandungan lebih lama dari tempoh perkahwinan itu.



Dalam sudut perubatan, doktor akan mengira usia kandungan dari tarikh hari pertama seseorang wanita datang haid serta last menstrual period (LMP) dan bukannya tempoh hubungan kelamin dilakukan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bebawang 29-12-2021 09:28 AM
Gelinya tgk video pre senggama atas katil...muka dua2 pun nan hado je aku tgk
Quote Kurex 29-12-2021 09:30 AM
Badan bini dia lagi jantan dari dia
Quote stingergodiva 29-12-2021 09:31 AM
Kurex replied at 29-12-2021 09:30 AM
Badan bini dia lagi jantan dari dia

Sedap peluk kheunz? Kushen penuh.....
Quote stingergodiva 29-12-2021 09:32 AM
Tambah sorang lagi umat baginda.....

Tahniah
Quote missyL 29-12-2021 09:37 AM
Skang org mmg xmalu kan jual produk siap buat vid hampir senggama.
Demi duit
Quote Prickford 29-12-2021 09:41 AM
Kan best kalau dia keep it down low psl pregnancy ni.
Quote Kurex 29-12-2021 09:55 AM
stingergodiva replied at 29-12-2021 09:31 AM
Sedap peluk kheunz? Kushen penuh.....

Taknak la peluk bini dia
Quote ketupatnasi 29-12-2021 09:59 AM
aiiyohhhh.. peyot pun nak kena declare kah?
Quote mamajawie 29-12-2021 10:12 AM
geli je vid pra jimak tu..cam lahanjeng
Quote jari10 29-12-2021 10:21 AM
Bodo betul la..please keep on privacy your personal life lah
Quote umbut 29-12-2021 11:03 AM
Bini lagi besar dari laki. Dah ngandung keep private x leh ke. Semua nak tayang. Jimak pun nak tayang. Nasib ayie hencem cuma x cukup zat
Quote Masukkeluar 29-12-2021 11:05 AM
taknak org kutuk, ko xpyh la post. tggu beranak la baru post
Quote MistrezHermanaz 29-12-2021 11:07 AM
xde masalah pun bunting pelamin..video tu, dh nape..demi likes
Quote slyfynx 29-12-2021 11:39 AM
Bodoh ;a.
Mende ko dah kencing, pastu tunjuk kat orang.
Jadahnye
Quote TeropongThaico 29-12-2021 11:48 AM
Geli tgk precnancy test tu... Apale org skrg suka tunjuk bekas kena peepee tu pd org.
Just announce tak blh ke? Org dedulu announce mulut je takyah bukti pun org percaya gak ahaks*
Quote Reira77 29-12-2021 01:01 PM
Rempit sgt laki bini
Quote anony-mous 29-12-2021 01:04 PM
Gelinya tgk bergmbor byk2 dgn natang clearblue tu. Darat sungguh perangai. Ni mesti kg.com both laki bini
Quote anony-mous 29-12-2021 01:05 PM
mamajawie replied at 29-12-2021 10:12 AM
geli je vid pra jimak tu..cam lahanjeng

Bila ramai komen baru perasan pasal video pre jimak tu. Jijik yach! Dgn badan bini double bdn laki. Yeksss!!!
Quote exclusive_vvip 29-12-2021 01:16 PM
Bebawang replied at 29-12-2021 09:28 AM
Gelinya tgk video pre senggama atas katil...muka dua2 pun nan hado je aku tgk

teringat video kakak nilopak dok celah kangkang si jambang tu masa memula kawen..hihi

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.066846 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top