Insiden pengasas produk kecantikan rebah ketika berucap di atas pentas bukan dibuat-buat bagi meraih perhatian netizen.
Perkara itu didedahkan sendiri pengasas produk terbabit dikenali sebagai Muhammad Iddin Syah Mohd Fauzi yang menyifatkan beliau terlalu penat hingga menyebabkan dirinya rebah di atas pentas. Katanya, dakwaan netizen kononnya situasi itu adalah gimik semata-mata merupakan tuduhan tidak berasas serta perlu dihentikan serta-merta. Sebelum ini, satu video berdurasi 45 saat tular di laman media sosial apabila pengasas produk itu rebah ketika berucap pada satu majlis yang diadakan baru-baru ini.
|
ADVERTISEMENT