CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suri Rumah Trauma Dicabul Di Tempat Letak Kereta Tamarind Square

29-12-2021 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5550| Komen: 48

Seorang suri rumah yang selesai membeli barang runcit melalui detik cemas apabila dicabul oleh seorang lelaki tidak dikenali yang muncul arah belakang.

Insiden itu menimpa mangsa, seorang wanita tempatan berusia 31 tahun itu ketika dia sedang menuju ke tempat letak kereta di Tamarind Square, Cyberjaya Selangor.


Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, kejadian itu berlaku pada 21 Disember lalu, kira-kira 11 pagi ketika pengadu bersama anak perempuannya berusia dua tahun.

“Pada jam lebih kurang 11.45 pagi setelah selesai membeli barang di Village Grocer Cyberjaya, pengadu bersama anaknya telah pergi ke kawasan parkir di tingkat 2 Lot 637 untuk mengambil kenderaannya.

“Ketika menuju ke arah keretanya, mangsa secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki bangsa tidak pasti dan tidak dikenali dari arah belakang dan terus memeluk dan meraba mangsa.

“Mangsa yang terkejut dan panik terus menjerit dan meminta pertolongan namun tiada siapa berada di tempat kejadian.

“Jeritan mangsa menyebabkan suspek melarikan diri ke arah tidak pasti,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mangsa yang trauma dengan kejadian tersebut menghubungi suaminya untuk meminta bantuan.

Wan Kamarul berkata, mangsa tidak sempat melihat muka suspek kerana memakai penutup mulut, juga tidak dapat mengecam warna baju suspek. Namun, ketika itu suspek memakai seluar panjang berwarna hitam.


Ihsan Instagram netizen

Pemeriksaan polis juga mendapati tiada kamera Litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian. Tetapi, pegawai penyiasat telah meminta semakan pergerakan mangsa melalui CCTV untuk mengesan sama ada suspek mengekorinya.

Polis masih berusaha mengenal pasti suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 354 Kanun Keseksaan. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 29-12-2021 08:47 AM
Trauma:

[youtube]tgW_DRgVIi0[/youtube]
Quote shernazz 29-12-2021 08:50 AM
Eh jimbit.punya penyangak...
Gila lah...
Dia mmg aim sapa sapa yang alone kat situ kot..
Quote Cik_jantung 29-12-2021 08:50 AM
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 08:55 AM

..........
Quote epullipan 29-12-2021 08:54 AM
sebab bentuk body ngn muka cun kot,tu kena raba
Quote dua_chzy 29-12-2021 08:55 AM
Seksi tu.

Kontrol the way you're clothed. Not men's penises.
Quote kakikuDibibirmu 29-12-2021 08:57 AM
Padan muka kena rogol, siapa suruh tak pakai tudung? -Tuan Guru Nk Aziz-
Quote Suchi 29-12-2021 08:59 AM
India ke?
Ni bukan body seksi kalau dh gila seks mana dia kira body helok ke idok janji boleh pegang.
Quote Simunggu 29-12-2021 09:00 AM
mcm tau pula tempat tu tiada cctv
Quote Prickford 29-12-2021 09:01 AM
kakikuDibibirmu replied at 29-12-2021 08:57 AM
Padan muka kena rogol, siapa suruh tak pakai tudung? -Tuan Guru Nk Aziz-

Mak aihh... ada arwah cakap macam ni ke?

Orang pon dah takde, nak fitnah bukan2, elok diam je la.


Quote kakikuDibibirmu 29-12-2021 09:04 AM
Prickford replied at 29-12-2021 09:01 AM
Mak aihh... ada arwah cakap macam ni ke?

Orang pon dah takde, nak fitnah bukan2, elok diam je la ...

Video itu besi tersenyum sinis

[youtube]fPvHwMQEGns[/youtube]
Quote dua_chzy 29-12-2021 09:05 AM
Prickford replied at 29-12-2021 09:01 AM
Mak aihh... ada arwah cakap macam ni ke?

Orang pon dah takde, nak fitnah bukan2, elok diam je la ...

Ada.

Nah bukti.

Tengok minit 3:49 ke ataih.

[youtube]gdZNScfeyyk[/youtube]


Quote dua_chzy 29-12-2021 09:06 AM
kakikuDibibirmu replied at 29-12-2021 08:57 AM
Padan muka kena rogol, siapa suruh tak pakai tudung? -Tuan Guru Nk Aziz-

Konek dengan matw hada kaitan.
Quote tomiko_haza 29-12-2021 09:45 AM
kakikuDibibirmu replied at 29-12-2021 08:57 AM
Padan muka kena rogol, siapa suruh tak pakai tudung? -Tuan Guru Nk Aziz-

Tak payah nak kaitkan arwah tuan guru. Ni bkn msalah pakai tudung ke apa..kalau mmg jantan dh tk reti jage pelir org pakai serubung 7 lapis pun ttp kene jgk. Mcm this women pakai simple pun bole kene raba padahal xseksi pun.
Quote Prickford 29-12-2021 09:47 AM

"Taken out of context once again... he was referring to the minister that doesn't adorn the attire lah..... shouldn't look anymore into it... She can take hundreds of millions but complain about 70k for a compaign??!?"

Bila highlight situ, itu je la yg korang nampak. Macam kau potong2 lagu lepas tu jadi remix

Quote kakikuDibibirmu 29-12-2021 09:52 AM
Tak apa, kita boleh becky, kita boleh becky, kita boleh becky

[youtube]brGPjz2pXYI[/youtube]
Quote pyropura 29-12-2021 09:55 AM
Kat Medan Asam Jawa pun terjadi bende ni?
Quote kakikuDibibirmu 29-12-2021 09:56 AM
Tamar Hindi tersenyum sinis
Quote supernaturalee 29-12-2021 10:23 AM
Bangsa ape x pasti
Melarikan arah mana pun x pasti


Yg pasti akak telah diraba

Hanat pny jantan

Anyway asam Jawa petak ni cantik dlm building
Ada bnyk area sgt nice utk ootd
Luas
Cuma panas sbb angin x masuk  
Quote xAthenax 29-12-2021 10:27 AM
1 nafsu kalah dengan 9 akal, no?

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.043066 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top