Washington – Seorang wanita bertindak menyerang seorang lelaki warga emas kerana tidak memakai pelitup muka ketika makan walaupun dia sendiri tidak memakainya, lapor akhbar Metro UK kelmarin.
Kejadian berlaku di dalam sebuah pesawat Delta Air Lines yang sedang dalam penerbangan. Patricia Cornwall ditangkap oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) selepas insiden tersebut pada Khamis minggu lalu, demikian menurut polis Atlanta. Lelaki berusia 80 tahun itu dan penumpang lain menggelarnya sebagai ‘Karen’, nama panggilan menghina yang diberikan kepada wanita kulit putih yang angkuh dan tidak munasabah.
Kejadian dirakam di dalam pesawat yang sedang dalam perjalanan dari Tampa ke Atlanta itu dimuat naik di laman Twitter oleh akaun bernama ATL Uncensored. ‘’Pakai pelitup muka sialan!’’ jerit wanita itu walaupun pelitup mukanya sendiri diletakkan di bawah dagu. ‘’Duduk, Karen!’’ balas warga emas itu. Setelah bertengkar, wanita itu dilihat menampar lelaki warga emas terbabit. Dia kemudian ditahan oleh kru pesawat. Komen di klip video berkenaan menyatakan bahawa wanita itu ‘menggila’ di dalam pesawat dengan menumbuk, meludah, mencakar dan menuang air panas pada lelaki warga emas itu. Kapal terbang itu mendarat pada pukul 7.10 pagi (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta, dimana polis menunggu untuk menahan suspek. – CARI Sumber: Kosmo
|
kucingitam replied at 29-12-2021 10:18 AM
mmg org nama karen ni bermasalah kot eh..acik yg takmo pakai mask kat klcc tu pun nama karen gak kan ...
kucingitam replied at 29-12-2021 10:18 AM
mmg org nama karen ni bermasalah kot eh..acik yg takmo pakai mask kat klcc tu pun nama karen gak kan ...
ADVERTISEMENT