Seorang wanita di Missouri, Amerika Syarikat ditangkap kerana membunuh teman lelakinya dengan menggunakan sebilah pedang pada malam menjelang Hari Krismas, lapor laman berita Wion News semalam.
Brittany Wilson, 32, ditemui di luar rumah teman lelakinya dengan pakaian berlumuran darah pada malam hari kejadian, kata polis. Wanita itu dilaporkan memberitahu polis bahawa dia telah membunuh teman lelakinya, Harrison Stephen Foster, 34, yang ditemui dengan beberapa kesan tikaman pada badannya. Motif pembunuhan masih belum diketahui. Wanita itu kini ditahan polis, manakala bon ikat jamin ditetapkan sebanyak AS$2 juta (RM8.37 juta).
Brittany berdepan pertuduhan membunuh dengan niat dan perbuatan jenayah menggunakan senjata. Menurut beberapa laporan, wanita itu sendiri yang menghubungi polis selepas pukul 11 malam (waktu tempatan) pada Jumaat lepas. Apabila anggota-anggota polis memasuki kediaman tersebut, mereka mendapati teman lelakinya sudah tidak bernyawa. Sumber: Kosmo
|
chilly replied at 28-12-2021 04:58 PM
Mugshot senyum manis lagi minah ni. Tikam boipren sebab to set him free dari entiti yang banyak berk ...
ADVERTISEMENT