CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kena Bayar RM2.3 Juta Lepas Lahirkan Bayi Pramatang Songsang

28-12-2021 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3239| Komen: 32

Seorang wanita Florida terkejut apabila menerima bil hospital AS$550,000 (kira-kira RM2.3 juta) selepas melahirkan bayi lelakinya yang pramatang.


Independent UK melaporkan, Bisi Bennett, 38, yang bekerja di syarikat insurans melahirkan bayi lelaki diberi nama Dorian pada 12 November 2020 di dalam kereta, sewaktu suami membawanya ke hospital.


Kredit foto: CBS Morning

Dorian dilahirkan dalam keadaan songsang, namun dia pada mulanya tidak menangis.

"Badannya masih bersambung dengan tali pusat ketika kami berdua dibawa hospital.


"Mereka kemudian memotongnya (tali pusat) dan perkara terakhir yang saya dengar ialah 'dia mempunyai nadi' sebelum mereka membawa saya," katanya ketika berkongsi kisah itu, baru-baru ini.

Dorian terpaksa ditahan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) selama hampir dua bulan sehingga 7 Januari lalu.

Sebagai kakitangan syarikat insurans, Bennett tidak bimbang kerana dia sudah memilih Hospital AdventHealth Orlando, hospital kerana berdekatan dengan rumahnya dan menjadi panel syarikat insuransnya, United Healthcare.

Bagaimanapun, lain yang terjadi apabila pihak hospital memberikannya bil perubatan tinggi semasa dia bersiap sedia untuk keluar dari wad dan pulang ke rumah

"Saya sangat kecewa apabila melihat bil setengah juta dolar kerana sudah melakukan segala-galanya untuk mengelakkan dikenakan caj tinggi," katanya kepada CBS Mornings.

Walaupun Bennett dilindungi oleh insurans, bilnya tinggi disebabkan oleh fakta bahawa kanak-kanak itu dilahirkan pada 2020 dan memerlukan penjagaan hospital sehingga 2021.

Di samping itu, majikannya menukar panel penjagaan kesihatan kepada UMR pada 2021 yang menyebabkan berlaku masalah.


Kredit foto: CBS Morning

Hospital mengebil kepada kedua-dua pihak UMR dan United Healthcare untuk kedua-dua tahun, dan bukannya United Healthcare untuk 2020 dan UMR untuk 2021.

Bennett dikenakan bayaran sedemikian apabila kedua-dua syarikat tidak bersetuju untuk menampung bil berkenaan kerana kesilapan pentadbiran.

"Saya menghubungi hospital beberapa kali hanya untuk memberitahu mereka, 'Hei, kamu semua mengumpulkan bil, kamu perlu membahagikannya'," katanya

Di sebalik panggilannya, bil yang sama dihantar kepadanya berulang kali dan dia diberi pelan pembayaran bulanan hampir AS$ 46,000 (kira-kira RM192,689)

Isu mengenai bil itu diselesaikan pada Oktober lalu selepas portal berita kesihatan dan sains, Kaiser Health News menghubungi syarikat insurans yang kemudian merujuk pihak hospital.

Bennett berkata, dia terpanggil untuk berkongsi kisah itu kepada umum.

"Kesihatan bukan hanya ketika anda berada di hospital, ia juga meliputi layanan apabila seseorang didiscaj dari hospital," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 28-12-2021 12:52 PM
so...aper kesudahannya?
Quote Decaffeinated 28-12-2021 01:02 PM
2 bulan hospital private ko pun tau that's the rate, ummah US kot. Splitting the bill tu dah settle kan so apa isunya?

Moral of the story jgn beranak di US, gitu ka?

Quote Aikiko 28-12-2021 01:26 PM
Cc to mrs.mckenzie[em:22:]
Quote ellejo 28-12-2021 01:30 PM
kakpam gimana?
Quote pinksarah 28-12-2021 01:31 PM
Aikiko replied at 28-12-2021 05:26 AM
Cc to mrs.mckenzie[em:22:]

acik kenzie tu beranakkan anak2 dia dkt malaysia ke kt florida?

klu kt malaysia, nampak betul cerdik laki nya..
Quote Artemesiaa 28-12-2021 01:43 PM
Insuran kalau dari majikan selalu jadi macam ni makin lama makin kurang yang mereka nak tanggung
Quote Shazid 28-12-2021 02:25 PM
Kesiannya...
Quote Suchi 28-12-2021 03:01 PM
Edited by Suchi at 28-12-2021 03:03 PM

Syukur di Malaysia subsidi sampai 96% jika tak silap laa

Iols kena emergency czer dah amik wad kelas 2 kot ke satu tak pasti bil kena pun dlm 500 lebih jelaa.
Time bersalin normal kena RM10 ja utk caj bersalin tu.

Awal bulan ritu jaga anak kat sepital gomen pun kena RM38 ja utk 3 hari.Bil termasuk PCR & RTK test, xray peparu, ujian darah, ubat2 dan makan minum pesakit dan penjaga.
Iols suka menu hospital sebab eat clean.
Quote pasa 28-12-2021 03:10 PM
dekat US ada hospital kerajaan ke

byr seringgit dah kira regitered blh masuk ward dah.

company insurnace yg salah masing2 tak nak bayar claim byk cantik.
Quote JunkMail 28-12-2021 03:47 PM
Aku tak faham apasal healthcare diorang mahal sangat sangat sangat.. ke ini sebenarnya normal rate sebab kita kat Malaysia aman² sahajo bayar murah. Aku buat ACL kat private pun kena 45k insuran bayar. Kat separa gomen murah sikit dalam 35k. Kalau kat US agaknya kena 4 juta
Quote Aikiko 28-12-2021 05:46 PM
pinksarah replied at 28-12-2021 01:31 PM
acik kenzie tu beranakkan anak2 dia dkt malaysia ke kt florida?

klu kt malaysia, nampak betul cer ...

Ofcoz beranak di Msia tapi kita tggu anak sheols yg ke-3 plak takkan tak accident kan depa laki bini

Kita tggu sheols duk bangga sgat nun america tu  mau tak terduduk nak bil hspital even klau us citizen pun
Quote buapakperut 28-12-2021 05:48 PM
bil healthcare kat us memang tinggi, syukurlh kat malaysia kita dapat murah dan macam2 support untuk ibu lepas bersalin. 2 juta gilerr ... gugur hidung si retis malaysia hidung mikel jackson tu kalau nak membayo
Quote Decaffeinated 28-12-2021 05:50 PM

Kenapa?


Quote Decaffeinated 28-12-2021 05:51 PM
JunkMail replied at 28-12-2021 03:47 PM
Aku tak faham apasal healthcare diorang mahal sangat sangat sangat.. ke ini sebenarnya normal rate s ...

Sebab dorang kuat saman menyaman.


Quote mama_cat 28-12-2021 06:06 PM
Suchi replied at 28-12-2021 03:01 PM
Syukur di Malaysia subsidi sampai 96% jika tak silap laa

Iols kena emergency czer dah amik wad kela ...

seminggu jaga anak kat ward, turun kilos hahahahaha.. adududud.... makanan penjaga pun ala ala eat clean...ada org tk suka, tapi ntah pasaipa aku mmg suka, sbb mcm take a break dri makanan minyak2, extra salty yang kita selalu makan kat luar..
Quote mama_cat 28-12-2021 06:09 PM
pinksarah replied at 28-12-2021 01:31 PM
acik kenzie tu beranakkan anak2 dia dkt malaysia ke kt florida?

klu kt malaysia, nampak betul cer ...

klau melekat no 3, mau ka kena vaksin bagai sebelum boleh dtg beranak.. hehehehehe... boleh jamin depa mai beranak kat sini, sbb laki dia mcm tak keja, insured ka? ka qualify medicaid tapi harusla tak pompang kat medsos sbb jatuh stended...
Quote mama_cat 28-12-2021 06:10 PM
JunkMail replied at 28-12-2021 03:47 PM
Aku tak faham apasal healthcare diorang mahal sangat sangat sangat.. ke ini sebenarnya normal rate s ...

depa kata healthcare is a commodity... bila acik2 USA mai tempat lain, pakat2 peghak buih tgk medical bil tak membankrupkan depa...
Quote matchstick 28-12-2021 06:10 PM
Ok. Tak jadi nk pack bag n migrate oversea

Tadi baca artikel fmt pasal ex Malaysian tu ter-inspirasi kejap
Quote Suchi 28-12-2021 06:19 PM
mama_cat replied at 28-12-2021 06:06 PM
seminggu jaga anak kat ward, turun kilos hahahahaha.. adududud.... makanan penjaga pun ala ala eat ...

Betul turun berat, nk plak iols mmg penat sgt2 tak cukup rehat n tidur pastu makan plak eat clean. Iols plak takde pun kunyah2 menda lain sbb anak tak nak mkn sgt makanan tu so iols yg makan walau pun ade yg iols cuma amik lauk je.
Iols suka dorang bg sayur byk2 n sup dada ayam seketul besor tu
Org lain maybe tak suka tp bg iols yg dh biasa makan menu eat clean mmg suka sgt makan dada ayam tu.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.190474 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top