Tular video menunjukkan seorang suspek mencuri tabung sumbangan di sebuah masjid di Jepara, Jawa Tengah.
Menerusi video itu, pelaku dilihat dengan berhati-hati masuk ke dalam masjid dan mengambil tabung tersebut sebelum meninggalkan sepucuk surat memaklumkan bahawa dia terpaksa berbuat demikian akibat terdesak untuk membeli telefon bimbit bagi kegunaan sekolah anaknya. Selain itu, suspek turut berjanji untuk menggantikan duit yang dicurinya dalam tempoh setahun.
Berhubung kejadian itu, pengurusan masjid membuat laporan polis dan mengesahkan duit yang dicuri dalam tabung itu berjumlah 150,000 rupiah (RM44). Dalam pada itu, jurucakap polis, Rozi mengesahkan laporan yang dibuat dan memaklumkan kes akan disiasat untuk menahan suspek. “Dalam kes ini, suspek memang bersalah kerana mencuri, tapi polis akan menyiasat perkara sebenar dan jika memang benar dia orang susah. “Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk mendidik masyarakat supaya tidak melanggar undang-undang, biarpun keadaan terdesak,” katanya. Sumber: Utusan
|
Kurex: Penting ke cerita dari tanah leluhur ni?
zarulnazmi replied at 28-12-2021 01:36 PM
Penting. Untuk dijadikan iktibar agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama.
ADVERTISEMENT