Embrio dinosaur menyerupai ayam yang hampir menetas berjaya ditemui saintis di china. Fosil berkenaan ditemui di Ganzhou di selatan China dengan penyelidik menganggarkan ia berusia 66 juta tahun.
Dipercayai, embrio itu adalah dari jenis dinosaur tidak bergigi atau oviraptorosaur dan dinamakan sebagai Baby Yingliang. Penyelidik, Dr Fion Waisum Ma berkata, penemuan itu adalah embrio terbaik pernah ditemui dalam sejarah penyelidikan spesies itu.
Penemuan itu juga berjaya memberikan penyelidik satu persefahaman antara dinosaur dan spesies burung moden. Rangka itu juga menunjukkan embrio dalam kedudukan melengkung dan ia adalah sifat burung sebelum menetas. "Indikasi ini adalah tingkah laku spesies burung moden pada awal kejadiannya dan berasal dari spesies dinosaur," katanya. Sumber: Harian Metro
|
damian_lee: mungkin juga bukan preserve .. ...
matbad replied at 24-12-2021 05:45 PM
yaaa. baca kat china pn dah bleh agak made in makmal sbb dorg ni canggih2
dua_chzy replied at 24-12-2021 11:53 PM
Motif korang tak percaya dinoso wujud?
ADVERTISEMENT