CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikat Badan Pada Enam Anak Elak Hanyut Redah Banjir

21-12-2021 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2454| Komen: 7

Bagi memastikan keselamatan anak dan tidak dihanyut arus air, Fatima Ulama, 47, mengikat tali pada badan serta enam anaknya bagi mengharungi banjir dari rumahnya di Jalan Ceria 25/113 ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Emerald, Sabtu lalu.


Fatima berkata, dia membuat keputusan itu setelah anak sulungnya, Nur Mohamad Aisal, 26, mencadangkan supaya mereka keluar dari rumah sebelum air naik lebih tinggi.



“Paras air naik begitu pantas. Pada Sabtu petang, paras air naik sampai ke peha namun kira-kira pukul 8 malam, air naik sehingga paras dada.

“Tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, saya bersama sembilan ahli keluarga lain ambil keputusan untuk keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui di PPPS SJKT Ladang Emerald, Seksyen 25.

Secara kebetulan menurutnya, terdapat seutas tali yang ada di rumahnya dan mereka mengikatnya ke badan masing-masing.

Namun anak bongsunya, Nur Aisya-Uqasya Aisal, 5 serta cucu sulungnya, Mohd. Arrash Mikhail, 3, diletakkan di atas kolam air belon.

“Kami sekeluarga berjalan kira-kira lima kilometer dari rumah hingga ke PPS sambil mengharapkan tiada insiden tidak diingini berlaku. Setelah berjalan lebih 30 minit, kami selamat tiba di PPS kira-kira pukul 10 malam,” katanya yang sudah menetap di Taman Sri Muda lebih 20 tahun.

Fatima bagaimanapun agak terkilan kerana dia sekeluarga sepatutnya berpindah ke tempat lain esok kerana pemilik rumah sewanya itu mahu menetap di situ.

Jelasnya, dia terpaksa memberi banyak kelengkapan baharu apabila berpindah ke rumah sewa baharu. 


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 21-12-2021 12:41 PM
siannya jauh tu harung air banjir ...mlm lak tu..
Quote Artemesiaa 21-12-2021 12:46 PM
Nasib air tak laju kat situ kalau tidak membahayakan boleh hanyut bersama
Quote Thunderclouds 21-12-2021 01:38 PM
Bahaya ikat mcm tu. Skali kna bwk arus semua kena. Tringat kt geng scuba bomba dlu tu. Apa2 pn alhamdulillah suma xdak apa2
Quote Nnasda53 21-12-2021 01:42 PM
Alhamdulillah semua nya selamat.
Quote chandrahusin 21-12-2021 02:19 PM
agaknya nekad kalau selamat biar selamat sama2
klu bahaya pun biar bahaya sama2
Quote prettyuglybabe 21-12-2021 04:44 PM
mesti barang dalam rumah dia dah siap-siap dalam kotak kan..
Quote KIM.K 21-12-2021 04:58 PM
Insiden ni buat aku teringat sunnah nabi swimming, memanah berkuda
Berenang nak survive banjir
Memanah nak buru makanan/ikan
Berkuda for transport

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.058688 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top