CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Imej Satelit Dedah Lokasi Nahas Pesawat MH370 Di Hutan Kemboja?

21-12-2021 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6302| Komen: 50

London: Teori Konspirasi kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 nampaknya belum berakhir apabila semakin banyak pihak tampil mengemukakan penelitian dan penyelidikan mereka.


Terbaharu, seorang juruterbang, Andre Milne dari Unicorn Aerospace percaya dia dan pasukannya semakin hampir menyelesaikan misteri kehilangan MH370.

Berdasarkan laporan penyiasatan yang diperoleh, Milne mendedahkan satu imej satelit yang disifatkannya sebagai ‘kesan MH370 terhempas’ jauh di dalam hutan di Kemboja.

Foto: Utusan

Dia memberitahu kepada Express.co.uk, imej satelit itu sudah pun dirujuk kepada pihak di Pentagon dan White House serta bercadang untuk melaksanakan misi pencarian menggunakan helikopter pada awal 2022.


Komunikasi terakhir pesawat itu direkodkan di Laut China Selatan, kira-kira 38 minit sejurus berlepas dari lapangan terbang.

Data radar menunjukkan MH370 dilencongkan dari laluannya dan hilang kira-kira 200 batu nautika di barat laut Pulau Pinang.

Namun, Milne percaya pesawat itu terhempas di Kemboja selepas menyatakan ada bukti menunjukkan isyarat ‘ping’ terakhir pesawat itu dikesan di negara tersebut.

“Dua pasukan sudah dibentuk untuk melaksanakan misi pencarian pesawat itu dan terus terang saya katakan, hampir mustahil untuk sampai ke lokasi nahas dengan berjalan kaki.

“Sehubungan itu, kami akan menggunakan dron pengawasan bagi mengesahkan tapak nahas sebelum menghantar helikopter peninjau,” katanya.

Selain itu, Milne yakin imej satelit yang dirakam itu merupakan lokasi nahas MH370.

Katanya, dia sudah membuat perbandingan gambar sebelum dan selepas berdasarkan saiz pesawat dan kesan nahas. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keane.somewhere 21-12-2021 11:44 AM
Hutan Kemboja memang tebal...
Quote dua_chzy 21-12-2021 11:45 AM
Moga jumpa la. Boleh debunked macam2 teori konspirasi pasal MH370. Tapi akak kekal pircaya teori paling kontroversi yakni tentang the pilot himself.
Quote mesmerize 21-12-2021 12:18 PM
adeh bebaru ni kata ada engineer jumpa kat laut hindi dekat2 ngan perth
Quote batmana 21-12-2021 12:28 PM
Boleh jadi betul
Quote Skuau 21-12-2021 01:37 PM
dua_chzy replied at 21-12-2021 11:45 AM
Moga jumpa la. Boleh debunked macam2 teori konspirasi pasal MH370. Tapi akak kekal pircaya teori pal ...

hang dh dgr/baca teori Tun M???
Quote ninja boy 21-12-2021 02:11 PM
Apa teori Tun
Quote dua_chzy 21-12-2021 02:12 PM
Skuau replied at 21-12-2021 01:37 PM
hang dh dgr/baca teori Tun M???

Belom. Sharing bang. Ce cite.
Quote she 21-12-2021 02:41 PM
Teori apaaaa cer habaq mai
Quote Shazid 21-12-2021 02:55 PM
Moga2 betullah tu supaya boleh dirungkaikan lagi misteri ni.
Quote Simunggu 21-12-2021 03:40 PM
last last kena jumpa di planet marikh kononnya
Quote becir 21-12-2021 03:43 PM
dua_chzy replied at 21-12-2021 11:45 AM
Moga jumpa la. Boleh debunked macam2 teori konspirasi pasal MH370. Tapi akak kekal pircaya teori pal ...

i pun berat ke arah keje si pilot..sometimes the finding is just simple kan..bukan kena kidnap hijack etc..
Quote dua_chzy 21-12-2021 03:55 PM
becir replied at 21-12-2021 03:43 PM
i pun berat ke arah keje si pilot..sometimes the finding is just simple kan..bukan kena kidnap hij ...

Aiol dari dulu dikutuk bila taip pasal teori tu. Tapi rasanya hada basis yang kuat kot teori tu. Btw masih menunggu @Skuau share teori Tun Det.
Quote Orix 21-12-2021 04:00 PM
Skuau replied at 21-12-2021 01:37 PM
hang dh dgr/baca teori Tun M???

apa teori che det ?


tak silap iols dlu ms mh370 hilang che det salah kan manufacturer Boeing tu sendiri n ada jugak la dia selit2 mcm hint dia berkias yg dia rasa Boeing tahu mana plane tu berada
Quote 3480 21-12-2021 04:04 PM
Masih menunggu cita @Skuau
Quote ninja9 21-12-2021 04:15 PM
@Skuau tertunggu tunggu
Quote Kitty_catz 21-12-2021 04:17 PM
jgn le kutuk2 dulu sblm ada bukti

arwah pilot tu meols kenai, family heols meols kenai,

dlm plane tu yg turut terkorban kezen meols sendiri
Quote Skuau 21-12-2021 04:42 PM
kan ada kat 'youtube'....
Quote dua_chzy 21-12-2021 04:55 PM
Kitty_catz replied at 21-12-2021 04:17 PM
jgn le kutuk2 dulu sblm ada bukti

arwah pilot tu meols kenai, family heols meols kenai,

Kenal tak bermaksud rapat kan uols. Manusia2 yang hada mental illness ni suma nampak baik ja depan kita. Tapi apa sebenarnya hada dalam fikiran meka, Tuhan ja tau. Sebab tu jika si mental
tetiba succumb bertindak di luar jangkaan, ramai  takajut kerana kenal heshe selama ni sebagai seorang yang 'baik, pendiam, loving, family-man, etc'.
Quote dua_chzy 21-12-2021 04:56 PM
Skuau replied at 21-12-2021 04:42 PM
kan ada kat 'youtube'....

Ceh, teori tu.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.053678 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top