CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditumbuk 236 Kali Di Muka Sampai Tak Dapat Nak Cam, Lunyai Teruk

21-12-2021 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1855| Komen: 1

Florida: Wajah Miriam Gutierrez hampir tidak dapat dikenali selepas dia menerima 236 tumbukan daripada Amanda Serrano sepanjang pertarungan 20 minit di Amalie Arena, Florida kelmarin.


Dalam pertarungan tinju kelas lightweight itu, Serrano melepaskan 37 tumbukan hanya pada pusingan pertama.

Petinju dari Puerto Rico itu kemudian meraih kemena­ngan ke atas Gutierrez dengan keputusan sebulat suara ­pe­ngadil selepas tamat 10 pusingan.

Serrano berjuang untuk memastikan dia dapat menentang jaguh tinju Ireland, Katie Taylor, sekali gus bakal menjadi pertarungan terbesar dalam sejarah tinju wanita.


Miriam Gutierrez (kanan) bersama Amanda Serrano selepas pertarungan, Foto: Via Utusan


Selepas menyebabkan muka lawannya bengkak teruk dan berubah daripada wajah asal, Serrano menyuarakan rasa hormat terhadap ketabahan Guterrez.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Miriam Gutierrez. Dia tidak lemah.

“Dia lawan yang kuat. Dia beritahu keadaannya lebih baik kali ini berbanding ketika bertarung dengan Katie Taylor sehingga terpaksa berehat selama setahun.

“Dia baru sahaja bertarung bulan lalu dan dia memenangi pertarungan itu. Saya bertarung de­ngan Gutierrez seorang pe­ninju yang hebat,” katanya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 21-12-2021 11:53 AM
beza btol....

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.236560 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top