CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Along Exists Saran Rancangan Hiburan Di TV Dikurangkan

21-12-2021 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2649| Komen: 8

Komposer dan anggota kumpulan Exists, Azhrul Nasir atau Along menyarankan agar stesen televisyen di negara ini mengurangkan penayangan program-program berbentuk hiburan.


Along menerusi perkongsian di Instagram (IG) berkata, tindakan itu perlu bagi menghormati mangsa banjir di seluruh negara.

“Rasanya program hiburan boleh dikurangkan atau ditunda dekat TV tu bagi menghormati mangsa banjir seluruh negara.

“Kes Covid-19 baru reda sikit sahaja. Kasihan tengok dia orang semua ni ada yang tidur dalam kereta, masjid, tepi jalan. Ada yang kena halau dari mall (kompleks beli belah).

“Sudah macam tsunami. Takkan nak tunggu tsunami betu-betul,” tulisnya.

Foto: Utusan Online


Cadangan Along itu disambut baik netizen yang rata-rata bersetuju program hiburan dikurangkan buat sementara waktu.

Pengguna IG, asyrefkdkl mencadangkan agar pihak stesen penyiaran menyiarkan bacaan al-Quran dalam tempoh kritikal ini.

“Kalau semua siaran TV boleh buat bacaan al-Quran pun okay.

“Rancangan hiburan itu tunda seminggu dua pun tak ada hal,” tulisnya di ruangan komen. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WargaMalaysia 21-12-2021 02:47 PM
yea..apa salahnya sekali sekala hiburan yg x berfaedah dikurangkan..asyik ketawa, berangan dan nyanyi memanjang je...tgk2 bala/musibah dah kat depan mata
Quote bulalof 21-12-2021 04:24 PM
memang terlalu melampau byknya rancangan hiburan tak berfaedah terutamnya di stesen tv berbayar.
Quote Kurex 21-12-2021 05:01 PM
Bang, baik kau suruh orang jangan buang sampah merata.. hayoooo
Quote dudaberhias 21-12-2021 05:09 PM
masalahnya program2 tu tak lakuuu pun... biar lah di teruskan sebab orang pun tak hengenn nak nengokkk time2 ni... setakat dua tiga je program hiburan yang best...

buang masa je nak hentikan program industri hiburan yang dah sedia sendu...

fikir positif je... biar la sape2 dekat tempat penetapan sementara banjir dapat tengok... mana tahu boleh menceriakan sikit hari mereka.
Quote awenda507 22-12-2021 03:06 PM
asalkan rancangan hiburan tu tak terlalu melekakan rasenye takda masalah kot..
Quote stingerboss 22-12-2021 03:09 PM
Edited by stingerboss at 22-12-2021 03:10 PM

Macam aku nak carutkheun aja spesis sekor ni...mungkin dia tak tahu seandainya ada talian astro yg boleh diikuti oleh mangsa2  yg terperangkap atas bumbung rumah masing masing for two days dek naik air banjir...ko ingat derang takmo nonton GV8 kewww?

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote stingerboss 22-12-2021 03:15 PM
awenda507 replied at 22-12-2021 03:06 PM
asalkan rancangan hiburan tu tak terlalu melekakan rasenye takda masalah kot..

Kalau aku tak nonton ko nak suruh aku buat apo?

Ko nak suruh tv pancarkheun bacaan ayat ayat suci quran sepanjang hari, persis seperti ada kemangkatan the big royals families kewww?





Quote doubleharmonic 22-12-2021 03:22 PM
makin seronok lah upiak tak mandi sebab lagi lambat nak tersingkir khenss? nasib baik misai kontot dah tersingkir awal kalo tak mesti bakalan gunakan musibah banjir ni pulak untuk modal drama airmata mingguan heshe khenss?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.043251 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top