CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uyaina Arshad Dan Raja Syahiran Selamat Bernikah, Wang Hantaran Rahsia

21-12-2021 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10322| Komen: 64

Lebih dua tahun berkenalan, pelakon Uyaina Arshad akhirnya selamat bergelar isteri kepada penyanyi Raja Syahiran dengan sekali lafaz pada pukul 9 pagi, Selasa di Colony Star Boulevard, KLCC, Kuala Lumpur.


Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, dinikahkan oleh abang kandungnya iaitu Mohd Attaful Uzair Arshad dengan disaksikan oleh Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan, Mohd Abd Nasir Abdullah.

Pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini melahirkan rasa syukur acara akad nikahnya berjalan dengan lancar biarpun berdepan dengan pelbagai dugaan.

Foto: mStar 



“Alhamdulillah... majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pada hari ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.

“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir buruk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami,” katanya kepada mStar.


Foto: mStar 

Pemilik nama Syahiran Raja Azhanrianshah, 28, menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang tangan emas kepada Uyaina.

Tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua belah pihak dan memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran atas persetujuan kedua belah keluarga.

Majlis akad nikah mereka dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja seramai 100 orang dan mereka masih belum merancang untuk melangsungkan majlis resepsi.

Dalam pada itu, pasangan ini memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu mereka namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan bimbang dengan penularan varian baharu Covid-19.

Foto: mStar

“Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing,” ujarnya.

Memilih #URS sebagai tanda pagar rasmi walimatulurus mereka, yang merupakan akronim ‘Uyaina Raja Syahiran’ dan juga merupakan singkatan bagi perkataan ‘Yours,’ dengan sebutan yang sama.

Selain itu, #HinggaAkhirWaktu juga menjadi tanda pagar pilihan pasangan ini disebabkan oleh lagu yang dicipta oleh Syahiran bersama Uyaina dan dihadiahkan kepada Ummi kepada aktres itu, Siti Noor Farah.

Muzik video lagu #HinggaAkhirWaktu ini akan dilancarkan pada Januari tahun hadapan.

Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombongan merisik keluarga Syahiran pada Julai 2019. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 3chanceno 21-12-2021 10:20 AM
Tahniah pada pengantin
Quote stingerboss 21-12-2021 10:30 AM
Have to admit...the upcoming name in the industri..boleh menggacara dgn baik....lakonan tak bertiang ....cuma satu yg aku tak boleh angst(tagline org belah selatan)...gedikznya.....

kahkahkahkah
Quote slyfynx 21-12-2021 10:30 AM
Sian aku sbb aku haram la tau sape dua2 ni.
But anyway, tahniah dan semoga berkekalan ke akhir hayat
Quote SherryZass 21-12-2021 10:31 AM
Wuu..ramai yg bernikah bulan ni. Tahniah & cantik tarikh hari ini, 211221.
Quote ais_kosong 21-12-2021 10:52 AM
Tahniah.. Selamat Pengantin Baru..
Quote supernaturalee 21-12-2021 11:10 AM
comel raja shahiran


Quote Normabaru 21-12-2021 11:17 AM
Barakallah
Quote awanysss 21-12-2021 11:30 AM
cantik uyaina,,
Quote Thunderclouds 21-12-2021 11:42 AM
بَارَكَ اللَّهُ فِيكَ

Tahniah. Santek tarikh nikah.



Quote prince_marhaen 21-12-2021 11:44 AM
whoareyussss sangat nak rahsia-rahsia.... kuasekkk...
Quote irvene 21-12-2021 11:45 AM
yg jantan ni sumpah tak kenal
Quote naina 21-12-2021 11:52 AM
Cantiknya persalinan nikah Uyaina
Simple tapi cantik sangat
Material tak kejung
Quote hanahani 21-12-2021 11:54 AM
Ohh mereka la nikah. MC fedtri yahya
Quote zuliana29 21-12-2021 11:54 AM
tahniah  21.12.21
Quote NFBZCantik 21-12-2021 11:55 AM
Barakallah. Moga kebaikan utk perkahwinan kalian
Quote sunquick 21-12-2021 12:00 PM
selamat pengantin baru...barakallah...
Quote sofinamini 21-12-2021 12:01 PM
laki dia tu artis ke ? tak kenal
Quote kiah_mai_pulak 21-12-2021 12:16 PM
semoga bersara lps nikah. aminnnnnnn
Quote cmf_shya 21-12-2021 12:21 PM
tahniah..semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.036823 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top