Kejadian banjir yang berlaku di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur membuatkan sesiapa sahaja terpukul dengan ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T.
Ramai mangsa banjir hilang tempat tinggal, musnah harta benda dan keperluan asas yang lain. Namun dengan sumbangan berterusan dan bantuan dari pelbagai pihak, sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang terlibat. Tular di media sosial milik Linda Rafar, di mana selebriti ini meminta agar orang ramai yang sedang bercuti tidak berkongsi gambar berlibur dan makanan di media sosial. Linda berharap pengguna media sosial yang tidak terkesan dengan banjir menjaga hati ramai pihak pada waktu getir seperti ini. “Tolong jangan lah post gambar makanan atau bercuti dulu masa rakyat terseksa dengan keadaan banjir.. Tak tolong tak apa, tapi tak perlu lah nak tunjuk dalam media sosial dalam keadaan tengah kritikal!!! "Tolong lah jaga hati ramai pihak yang tak makan dan terkesan,” luahnya.
|
mamajawie replied at 21-12-2021 11:32 AM
kalau share gambar acik dekat sofa ofis bleh x?
ezacbee replied at 21-12-2021 11:37 AM
Dgn perut berlipat
dejure replied at 21-12-2021 04:32 PM
Jgn lupa makaroni hangus dia tu
red_velvet replied at 21-12-2021 05:05 PM
Pos gmbo makan n cuti2 tak boleh.. pos gambo berniqab dgn mata hijau biru kuning boleh kan.. janji m ...
ADVERTISEMENT