CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kilang Kisar Cili Tepi Tandas Sampai Air Terpercik Dalam Mesin, Penuh Tahi Tikus Dan Lipas

20-12-2021 02:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16093| Komen: 41

Description: Georgetown: Kisar cili tepi tandas. Itu gambaran keadaan menjijikkan dikesan di sebuah kilang memproses cili kisar dan kicap yang diserbu pihak berkuasa.
Georgetown: Kisar cili tepi tandas. Itu gambaran keadaan menjijikkan dikesan di sebuah kilang memproses cili kisar dan kicap yang diserbu pihak berkuasa.

Premis itu antara dua kilang di Jalan Patani, di sini, yang diserbu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menerusi Op Bersih.

Pegawai Kesihatan BKKM JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, pihaknya khuatir air di tandas berkenaan terpercik ke dalam pengisar cili berkenaan sekali gus boleh menyebabkan keracunan akibat bakteria e-coli.

Foto: Harian Metro

Menurutnya, ketika pemeriksaan pihaknya menemukan najis tikus di beberapa tempat perapan selain beberapa bekas penyimpanan cili boh dan kicap yang tidak bertutup.


"Selain bahan makanan yang diletakkan di atas lantai, kita dapati keadaan lantai di hadapan tandas dan mesin pengisar agak lecak dan dikhuatiri air itu terpercik ke dalam mesin pengisar.

"Bekas gentian kaca yang digunakan bagi proses perapan kicap dan cili juga tidak sesuai digunakan dan dikhuatiri mereput, menyebabkan pencemaran dan keracunan," katanya ketika ditemui, di sini.

Katanya, pemilik kilang itu memaklumkan premisnya sudah beroperasi hampir 100 tahun dan diusahakan empat generasi keluarga itu selain memberitahu, cili dan kicap berkenaan dipasarkan di sekitar negeri di utara.

Dalam serbuan kedua di sebuah kilang mi sanggul pula, katanya, pihaknya menemukan tikus dan lipas di bahagian stor penyimpanan bahan makanan.

Katanya, selain berkarat, troli yang digunakan bagi meletakkan mi sanggul itu tidak bertutup dan dialas menggunakan kertas surat khabar.

"Turut ditemukan ialah kotak racun dalam stor penyimpanan makanan dan kita sudah mengarahkan supaya ia diasingkan bagi mengelakkan keracunan makanan.

"Kedua-dua kilang terbabit masing-masing menerima tiga dan satu kompaun mengikut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM9,000 selain diberi notis penutupan selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983," katanya.

Difahamkan, pemeriksaan pernah dilakukan terhadap kedua-dua kilang itu pada tahun lalu, namun keadaan masih tidak berubah.

Dalam perkembangan sama, Mohd Wazir berkata, berikutan kilang mi sanggul berkenaan mempunyai sijil halal dan logo Makanan Selamat Tanggungan Industri (MeSTI) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihaknya akan memanjangkan isu mengenai tahap kebersihan kilang mi sanggul berkenaan kepada pihak terbabit.

"Kita memandang serius perkara ini dan penggunaan logo itu mesti ditarik balik kerana mengelirukan pengguna, sehubungan itu kita syorkan syarikat lain yang mempunyai sijil halal dan MeSTI supaya sentiasa menjaga tahap kebersihan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zaianim 20-12-2021 02:27 PM
Kotornya! nampaknya penguatkuasa kena selalu buat spot check mcm ni
Quote prettyuglybabe 20-12-2021 02:40 PM
macam kuil kelly pulak main claim 100 tahun
Quote Shazid 20-12-2021 02:42 PM
Brand ape ni...nasiblah lah tak pernah beli mi sanggul
Quote shernazz 20-12-2021 02:44 PM
Brand apa
Lingham.ke?huhu
Quote Skuau 20-12-2021 02:59 PM
kalo dh...'didapati bersalah'...habaq la brand apa...hukum tp bagi 'orng mkn'...apa hala tujunya???
Quote Mooverine 20-12-2021 03:08 PM
haishh cuba la inform terus apa jenama-jenama tu..
Quote cheezel 20-12-2021 03:12 PM
So dah 4 generasi pengotorla?
Quote cheezel 20-12-2021 03:13 PM
Bagus penguatkuasa penang. Buat kerja. Byk check premis kotor. Tp tula asyik nk rahsiakn nama premis
Quote anakmak 20-12-2021 03:18 PM
Evil punya enforcement kere
X habis susahkan rakyat
Dah terbukti
Bgtau nama la
Tukar undang2 bodo x leh reveal nama Co
Dah sah2 kotor
Gila ke apa
Nama negara Islam
Kebersihan failed dr kayangan sampai ke ummah miskin


Quote Hizert 20-12-2021 03:20 PM
Patut aku lalu pagi tadi, ramai wartawan kerumun takde sop. Memang kena dah ni.. ala RM9k nk rasa ape sgt laa.
Quote mclaren 20-12-2021 03:25 PM
Kenapa suspek Lingham's?

Saje checked alamat Lingham's...
Lot 1956
Jalan Bangi Lama Batu 1 1/2
43500 Semenyih
Malaysia

So bukan Pulau Pinang.
Quote mclaren 20-12-2021 03:28 PM
Lagi satu Lingham's ada HAACP, macam rasanya takkan nak ambil risiko premis kotor macam tu.
Quote Mamason 20-12-2021 03:39 PM
Adoi jenama ape ni?  Kena share laa utk rakyat berwaspada apooo laa senyap rahsia bagai tu
Quote ezacbee 20-12-2021 03:58 PM
Hizert replied at 20-12-2021 03:20 PM
Patut aku lalu pagi tadi, ramai wartawan kerumun takde sop. Memang kena dah ni.. ala RM9k nk rasa ap ...

Kilang pe?

Quote green~tea 20-12-2021 05:22 PM
Urghhhhhhhh... tak pernah beli cili kisar.. basuh, rebus dan blend sendiri je selama ni sejak kecik...
Quote handbagpink 20-12-2021 05:41 PM
Bukan company orang melayu or india ni. Orang dekat2 situ tau kilang tu memang kotor. Produce cili kering tu tak pasti. Yang tau kicap & sos je.
Quote kakikuDibibirmu 20-12-2021 05:44 PM
Pulau Pinang dengan kilang kotor berpisah tiada
Quote prettyuglybabe 20-12-2021 05:46 PM
shernazz replied at 20-12-2021 02:44 PM
Brand apa
Lingham.ke?huhu

kalau google kat situ jumpa kilang cina je..
satu memang kilang buat kicap..
Quote dodolgemok 20-12-2021 06:49 PM
Biasa yg biat benda taik sebegini pasti brand xkenal. Maklumlah, nak apply sijil bersih pon xmampu, setakat tepi longkang jah buat cili. Kahkahkah

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.060159 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top