CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dulu Kami Di Utara Kena Musibah, Kini Kami Nak Balas Jasa Di Lembah Klang"

20-12-2021 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3403| Komen: 25

Petaling Jaya: “Inilah semangat kita”.

Demikian tulis bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tersentuh hati ketika membaca kiriman tangkap layar mereka yang datang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Lembah Klang.


Dalam kiriman tersebut, netizen bernama Roy Azman menulis: “Kami bantu sebab dulu masa kami di utara kena musibah, banyak yang dari Lembah Klang datang membantu dan memberi sumbangan. Kali ini kami nak balas atas jasa anda semua”.




Mengulas keprihatinan insan bernama Roy Azman itu serta ramai lagi yang menghulurkan bantuan, Najib berkata, inilah semangat kita, saling bantu membantu.


“Kita tak lupa pada mereka yang pernah membantu dan kini giliran mereka untuk turun, tanpa perlu disuruh, tak perlu dipaksa. Sebenarnya, pada setiap bencana di negara ini, kita akan dapat lihat betapa rakyat Malaysia akan berganding bahu tanpa kira agama dan bangsa untuk bantu pelbagai agensi penyelamat.


Foto: FB

“Dengan kehadiran sukarelawan seperti ini, kita bukan menidakkan kerja keras anggota-anggota penyelamat tetapi ia akan mengurangkan beban, sekali gus kita dapat menyegerakan kerja memindahkan mangsa banjir,” tulis beliau.

Najib kemudiannya menulis: “Kepada semua sukarelawan yang turun tanpa disuruh, datang tanpa menunggu untuk membantu, saya ucap terima kasih dan saya tabik semangat anda semua! Apapun, ketika tiba di kawasan yang terjejas, pastikan kita koordinasi dengan agensi penyelamat dan pastikan turut jaga keselamatan diri anda”. -CARI

Sumber: Utusan Online
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keane.somewhere 20-12-2021 10:58 AM
Anak buah kawan meols baik orang nye kesian dia kena banjir
Quote Mamason 20-12-2021 11:04 AM
Tu lah kata menteri besar dok atas kayangan tgk sj lah...sbb dia tau rakyat sesama rakyat akan bantu...
Quote stingerboss 20-12-2021 11:10 AM
Jgn menghulurkheun bantuan for the sake of bantuan...pastikheun segala bentuk bantuan yg ingin dihulurkheun is targetted one..bukan main sembrono sedangkheun kejadian banjir ini satu situasi yg boleh membahayakheun jika tidak ada perancangan yg betul....walau asas niat utk membantu iteww tentunya dgn niat yg baik....

Bak kata anak jiran aku...org yg nak menolong...go down to the ground..instead of naj menolong org yg jadi mangsa banjir...yg menolong iteww sebdiri tak.mustahil jadi mangsa juga yg perlu ditolong akhirnya...dah bertimpa timpa kerja menyelamat
Quote krustykrab 20-12-2021 11:11 AM
Sibuk je si najibun munafiqun ni nak mencelah...puihhh
Quote milanhawkin 20-12-2021 11:13 AM
tahniah rakyat malaysia. faith in humanity.
Quote zjen 20-12-2021 12:17 PM
tengkujuh belum berakhir,  satu mesia kene stand by ...  ramalan cuaca dr gomen xleh caya sgt,   aritu ckp utara kene berjaga jaga ...  mana tau tetiba hujan besar pusing ke Selangor  
Quote namr 20-12-2021 12:22 PM
Diamlah najis
Quote Artemesiaa 20-12-2021 12:44 PM
Syukur dan syabas yang sudi hulurkan bantuan.  Dalam kecemasan bantuan macam ni benar2 dialu2kan.  Tapi hari ni katanya pihak berkuasa dah mula ambil alih process menyelamat.  Yang persendirian kena dapatkan kebenaran dulu kalau nak membantu.
Quote mojarean_X 20-12-2021 01:07 PM
Mulianya bossku. Tetap sayang rakyat.
Quote downiey 20-12-2021 01:29 PM
terima kasih volunteer
Quote airmineral 20-12-2021 01:43 PM
tq sukarelawan
Quote doubleharmonic 20-12-2021 01:46 PM
lepastu nanti noreen2 kayangan ni yang dapat nama kan?
Quote gekkou 20-12-2021 02:09 PM
x de central yang manage the sumbangan from ngo and individuals
so we have to contact here and there tanya sendiri kat pps apa x cukup, apa terlebih
even kena check twitter one by one
Quote prettyuglybabe 20-12-2021 02:11 PM
i bangga sangat perpaduan rakyat malaysia..
tapi dirosakkan oleh mereka yang gila kuasa..
sedangkan bila rakyat kesusahan, rakyat juga yang paling cepat ke depan membantu..
Quote matseh 20-12-2021 02:19 PM
Bantu lah yg mana boleh. Wang ringgit dan tenaga.
Quote xy_daen 20-12-2021 02:29 PM
Sibuk nak menyelit gak ye Najibun disaat rakyat sedang susah? Asal dapat tumpang kan kan kan...
Quote pyropura 20-12-2021 03:54 PM
Kena wajib lah bantu, Selangor negeri.DAP tu kan tempat Melayu2 Kedah Kelantan Ganu semua berjamaah datang berlonggok carik makan dgn.Poodfanda, Speedmart, DIY, Ekonsev dll. company Cina selet kunis Dap.
Quote tripleid 20-12-2021 05:04 PM
pyropura replied at 20-12-2021 03:54 PM
Kena wajib lah bantu, Selangor negeri.DAP tu kan tempat Melayu2 Kedah Kelantan Ganu semua berjamaah  ...

Mujur ada kl, selangor,penang negeri2 maju ni..tempat ank2 muda melayu cari rezeki..tapi tiap kali pru balik kg pangkah pas
Quote KIM.K 20-12-2021 05:06 PM
Najib pun nak selit
Ce buat gimik sekali hantar bot 2-3 bijik
Or treler bantuan

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046888 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top