CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Suka Makan Bangkai Haiwan, Rasa Macam Stik Mahal Katanya

20-12-2021 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3290| Komen: 36

London: Seorang wanita medakwa dirinya sebagai ‘orang gua’ dan mempunyai tabiat suka makan haiwan yang dilanggar kenderaan.

Sarah Day, 34, dari Colchester berkata, dia sering menghentikan keretanya untuk mengutip bangkai haiwan yang dilanggar seperti tikus, rusa, arnab dan burung merpati.

Katanya, kesemua haiwan itu berasa enak seperti ‘stik mahal’.


Foto: Agensi

“Saya hanya mengutip bangkai haiwan sekali seminggu dan peti sejuk saya ketika ini sudah dipenuhi dengan stok.

“Pada pandangan saya, daging tikus lebih lazat berbanding ayam,” katanya.


Selain itu, Day juga memberitahu, dia hanya mengutip bangkai haiwan yang tidak terlalu rosak kerana ia selamat dimakan.

Jelasnya, bangkai haiwan yang mempunyai banyak kecederaan selepas dilanggar boleh mendatangkan risiko jangkitan kuman. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shi_jewel 20-12-2021 10:57 AM
owww she's sweet but a psycho. at nite she's screaming. i'm ma ma ma ma ma out of mind....
she'll make you curse, but she's a blessing. she'll rip your shirt within a second lalala
Quote gaara_X 20-12-2021 11:11 AM
kutip binatang kena langgar free..kalau tangkap binatang nanti kena denda...ahaks!!
Quote zorrro_03 20-12-2021 11:28 AM
oleh kerana ia adalah amalan orang2 kulit putih maka ianya great.  yeay !
Quote Dwdrum 20-12-2021 11:34 AM
zorrro_03 replied at 19-12-2021 07:28 PM
oleh kerana ia adalah amalan orang2 kulit putih maka ianya great.  yeay !

Ala.... Semua pernah makan bangkai... Cuma beza jenis species bangkai saja... Ko makan western steak premium yang yakini halal jakim... Juga daging lama dry or wet aged...
Quote buragazz 20-12-2021 11:37 AM
Macam niki semalam dia kata dia suka makan makanan busuk ada dia sebut apa ntah nama nya nasi campur satu ingredient lagu pastu tutup dalam bekas simpan 3 bulan pastu makan.. aku punya la kembang tekak masa dia cakap tu.. nasi basi pun aku dah meloya...
Quote zorrro_03 20-12-2021 11:55 AM
Dwdrum replied at 20-12-2021 11:34 AM
Ala.... Semua pernah makan bangkai... Cuma beza jenis species bangkai saja... Ko makan western ste ...

ye lah.  sebab tu aku suruh kau bersorak sorai meraikan perempuan pengutip makanan free tersebut...  lagi pula beliau membantu membersihkan kawasan sekitar juga  
Quote doubleharmonic 20-12-2021 12:18 PM
buragazz replied at 20-12-2021 03:37 AM
Macam niki semalam dia kata dia suka makan makanan busuk ada dia sebut apa ntah nama nya nasi campur ...

bodou ke bosou ke hapa nama tu kan chuolss? kembang loya sangat tekak yachh masa dia tunjuk vt makanan busuk tu? dah la orang masih trauma upiak busuk tak mandi lepas tu tambah pulak natang makanan busuk ni pulak motip? dengan masalah banjir lagi double triple busuk yachh gv tahun nihhh

Quote Artemesiaa 20-12-2021 12:22 PM
Ada je geng macam dia ni kat sana jenis suka kutip haiwan yang dilangar dapat bekalan makanan percuma
Quote Artemesiaa 20-12-2021 12:24 PM
buragazz replied at 20-12-2021 11:37 AM
Macam niki semalam dia kata dia suka makan makanan busuk ada dia sebut apa ntah nama nya nasi campur ...

Tinggi probiotoc tu sebenarnya baik untuk kesihatan tapi baunya busuk buat ramai jadi tak lalu
Quote ninja9 20-12-2021 12:26 PM
buragazz replied at 20-12-2021 11:37 AM
Macam niki semalam dia kata dia suka makan makanan busuk ada dia sebut apa ntah nama nya nasi campur ...

dia tak  cakap sakit perut ka

Quote dua_chzy 20-12-2021 02:05 PM
Edited by dua_chzy at 20-12-2021 02:07 PM
buragazz replied at 20-12-2021 11:37 AM
Macam niki semalam dia kata dia suka makan makanan busuk ada dia sebut apa ntah nama nya nasi campur ...


Bosou. Hada bosou ikan, hada bosou sayur. Diperam dengan isi buah keluak (weol panggil 'pangi') dan wajib letak halia hutan Borneo yakni tuhau (di Sarawak dipanggil 'tepus'). 3 bulan tu exaggerating sangat. Biasanya orang peram seminggu dua ja karna jika diperam 3 bulan mampus la kau nak makan dengan masamnya, busuknya. Weol kalau tak makan mentah, biasanya goreng campoq sayur2 kampung ngan cili putih Sabah. Ini makanan eksotik weol. Serupa budu, belacan Melayu lah.
Quote dudaberhias 20-12-2021 02:09 PM
Ok je apa dia buat ni, nampak macam gila tapi dapat la dia bersihkan jenjalan dan tidak mengsia2kan binatang tu. Kita pun makan bangkai nyah, ikan masin, budu, cencalok, belacan hari2 dok menterdarah nasi lemak tu pun ada ikan bilis aka bangkai jugak cuma dah di masak
Quote Samerosie 20-12-2021 02:16 PM
Dia makan roadkills.  Kalau freshly killed tak pelah dia sanggup tapi kalau dah berhari2 kat jalan uweks jugalah pengotor dan berulat.

Dekat Australia, ada org kutip roadkills ni lepas tu dia tolak (jual) kat zoo.  
Quote Punat_button 20-12-2021 02:30 PM
saje buat sensasi

dorang bukan ada konsep halal jakim so why bother

janji masih panas

Quote MissVixen 20-12-2021 02:34 PM
dua_chzy replied at 20-12-2021 02:05 PM
Bosou. Hada bosou ikan, hada bosou sayur. Diperam dengan isi buah keluak (weol panggil 'pangi') da ...

Teringin nak cuba. Kalau kedai makanan biasa ada jual ke? Hidangan tu dipanggil apa kalau nak pesan?
Quote dua_chzy 20-12-2021 03:00 PM
Edited by dua_chzy at 20-12-2021 03:01 PM
MissVixen replied at 20-12-2021 02:34 PM
Teringin nak cuba. Kalau kedai makanan biasa ada jual ke? Hidangan tu dipanggil apa kalau nak pesa ...


Takda sis. Kalau datang kat Sabah ni, banyak gerai tepi jalan jual tapi aiol nasihatkan usah la membeli.  Rasa hanat ja. Tak ramai ummah reti buat ni. Soal kebersihan juga ai is ragu2 jika beli tepi jalan kesah la yang jual tu Muslim. Aiol biasanya makan bosou buatan orang2 yang ai kenal ja sis. Tapi if nak terai kat Shoppe rasanya hada Muslim jual yang dah siap goreng/masak. Uol terai bosou sayur dulu sebagai permulaan. If suka baru hapgred terai bosou ikan. Jangan silap beli bosou bakas - ni babi ni. If uol nak beli bosou sayur mentah (belum goreng), pun boleh. Persis kimchi siked bau ngan rasa. Tapi kimchi lagik pedas. If uols nak goreng sindri, uols goreng letak hirisan halia ngan bawang merah banyak huntok kasik hilang hanyir pehtu letak la daun kucai ka hapa2 kasik wangi. Jiia mahu lebih pedas, boh cili padi seketul2 masa goreng. If suka letak bilis goreng. Salamat mencoba.

Quote KIM.K 20-12-2021 03:02 PM
Roadkill yang slow roast kena matahari tu ada mat saleh cakap bau macam derian
Quote Buritan 20-12-2021 03:11 PM
zorrro_03 replied at 20-12-2021 11:28 AM
oleh kerana ia adalah amalan orang2 kulit putih maka ianya great.  yeay !

Sbb rasa mcm stik mahal adakah setara dgn stik di MENATE yg diva hazwan tak tau tuu
Quote buragazz 20-12-2021 03:40 PM
dua_chzy replied at 20-12-2021 02:05 PM
Bosou. Hada bosou ikan, hada bosou sayur. Diperam dengan isi buah keluak (weol panggil 'pangi') da ...

Haa yer Bosou.. Si Nikki ckap 3 bulan.. terima kasih diatas pencerahan...

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.165520 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top