CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Tiri Bunuh Anak Sebab Berebut Telefon, Bapa Tak Sedar Tidur Sebelah Mayat

20-12-2021 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1821| Komen: 7

Lampung: Seorang lelaki tidak menyangka dia tidur bersama mayat anaknya yang sebelum itu dibunuh oleh isterinya dalam satu kejadian di Tulang Bawang Barat, Lampung.


Menurut pihak berkuasa, pembunuhan itu berlaku apabila suspek yang merupakan ibu tirinya menolak mangsa sehingga kepalanya terhantuk ke lantai sebelum menekap mulut serta hidungnya selama 20 minit.

Jurucakap polis, Sunhot P Silalahi berkata, suspek menolak mangsa selepas berang melihat kanak-kanak berusia dua tahun itu berebut telefon bimbit dengan anak kandungnya.


Foto: Agensi

“Suspek menceritakan dia menekup mulut dan hidung mangsa dengan niat untuk membunuhnya selepas kanak-kanak itu terkena sawan akibat kepalanya terhantuk ke lantai.


“Selepas mangsa meninggal dunia, suspek meletakkan mangsa di atas tilam dengan posisi seperti tidur dan ketika kejadian, bapanya tiada di rumah kerana bekerja sebagai penghantar barang,” katanya.

Selepas bapa mangsa pulang ke rumah, dia tidak mengesyaki apa-apa lalu tidur di sebelah mayat anaknya dan dia hanya menyedari tentang anaknya ketika cuba mengejutnya.

Jelas Sunhot, lelaki itu terkejut melihat badan anaknya keras dan sejuk, lalu memanggil jiran sebelum membuat laporan polis.

“Ibu tiri mangsa ditahan dan dia mengakui membunuh mangsa kerana geram dengan perangai suaminya yang enggan tinggal berjauhan dengan keluarganya, selain mentuanya sering menghinanya,” ujar Sunhot. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 20-12-2021 10:44 AM
oh wow..
sakit jiwa bila baca news macam ni
Quote Mamason 20-12-2021 10:45 AM
Bunuh anak sbb suami xnak pindah selain mertua suka hina?  complicated kes ni
Quote Supersirap 21-12-2021 09:20 AM
Sedihnya baca berita ni
Quote Shazid 21-12-2021 09:24 AM
Adoiiiiii...anak kecil jgk yg jadi mangsa.....
Quote TetapBitter 21-12-2021 09:38 AM
@Friska jgn bunuh ank tiri ya
Quote manehnya 21-12-2021 10:27 AM
betina indon mmg cold hearted hati kering kan...
Quote buapakperut 21-12-2021 11:17 AM
Mbak friska tersenyum sinis

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.142489 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top