CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Omicron, Mutasi Covid-19 Yang Terakhir?

20-12-2021 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1839| Komen: 5

Dubai: Kemunculan Omicron sekali lagi ‘memporak-perandakan’ dunia apabila varian baharu Covid-19 itu didakwa lebih mudah berjangkit dan kebal vaksin berbanding varian terdahulu.


Keadaan itu sekali gus merencatkan rancangan hampir kesemua kerajaan di seluruh dunia untuk memulihkan sistem ekonomi dan sosial yang sebelum ini sudah pun terjejas.

Sebagai contoh, kadar jangkitan Covid-19 di Eropah yang dilaporkan meningkat mendadak sebelum ini, semakin kritikal dengan penularan Omicron dan banyak negara mula melaksanakan pelbagai sekatan bagi mengekang varian itu.


Foto: AFP

Penasihat saintifik di Vesta Care, Emmanuel Kouvousis percaya, koronavirus akan terus mendominasi dunia sekiranya masih banyak negara tidak mempunyai pelan tindakan yang kukuh.

“Jika saya boleh membuat jangkaan, saya ingin katakan Covid-19 akan terus berada di semua tempat sekurang-kurangnya untuk lima tahun lagi sejak ia muncul.

“Kemungkinan juga Omicron adalah mutasi yang terakhir, dengan dua lagi strain dominan dijangka muncul sebelum pandemik benar-benar berakhir,” katanya kepada Arab News.


OMICRON MENDOMINASI

Sehingga 1 Disember, jumlah penduduk yang dijangkiti Omicron di Afrika Selatan sudah mencecah 8,561 orang, dengan 11 negara Eropah merekodkan kes jangkitan.

Pihak berkuasa kesihatan United Kingdom (UK) pula meramalkan kes Omicron di negara itu boleh meningkat sebanyak sejuta kes menjelang hujung tahun ini.

SALAH FAHAM VAKSIN

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Perubatan di Kumpulan Intelligent Care, Konstantinos Dimitrakopoulos berkata, masih banyak masyarakat mendapat maklumat salah mengenai vaksin Covid-19 sehingga menyebabkan mereka menolak untuk mengambilnya.

“Vaksin tidak menghalang anda daripada dijangkiti Covid-19, mahupun menyebarkannya kepada orang lain. Namun, vaksin berkesan untuk mencegah anda daripada mempunyai komplikasi teruk atau kematian akibat Covid-19.

“Jika kita mahu vaksin menjadi alat pencegahan paling berkesan, kita perlu memastikan berbilion-bilion penduduk divaksin dengan segera, namun itu mustahil untuk dilakukan,” ujarnya.

Selain itu, sela masa pengambilan vaksin yang terlalu lama antara dos pertama dan kedua juga menyebabkan vaksin tidak berkesan sepenuhnya mengawal penularan jangkitan.

Katanya, bekalan vaksin yang tidak menyeluruh menyebabkan masalah tersebut terus meruncing.

 
EROPAH BERTINDAK

Beberapa negara Eropah mula mengenakan sekatan Covid-19 yang lebih ketat bagi mengekang gelombang jangkitan Omicron.

Antara negara yang mengambil pendekatan itu termasuk Perancis, Britain, Cyprus, Austria, Denmark dan Ireland.

Di Paris, pertunjukan bunga api pada malam Tahun Baharu dibatalkan, Denmark pula menutup teater, dewan konsert dan taman hiburan, manakala Ireland mengenakan perintah berkurung pada waktu malam.

Perdana Menteri Ireland, Micheal Martin berkata, sekatan baharu yang lebih ketat diperlukan bagi melindungi rakyat daripada Omicron.

“Siapa kata semua ini mudah? Kita semua penat dengan Covid-19 dan sekatan yang diperlukan, namun apa pilihan yang kita ada? Katanya.

 
OMICRON DI 89 NEGARA

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan varian Omicron kini sudah dikesan di 89 negara dan kes melibatkan varian itu meningkat dua kali ganda melibatkan penularan tempatan.

Persoalan utama mengenai Omicron masih belum terjawab, terutamanya mengenai kadar keberkesanan vaksin Covid-19 mencegahnya dan sama ada varian itu boleh menyebabkan komplikasi teruk. - CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 20-12-2021 10:51 AM
Pehni depe nak adap currency crash pulak.  Dah pueh hati menyekse orang dengan Covid..

@pengecatbintang


Quote jahcomel 20-12-2021 11:01 AM
xcaye lh...
Quote pengecatbintang 20-12-2021 06:15 PM
tumpanglalu74 replied at 20-12-2021 10:51 AM
Pehni depe nak adap currency crash pulak.  Dah pueh hati menyekse orang dengan Covid..

@pengecatbin ...

This is what a currency crisis looks like.

It has already started on the periphery in countries like Turkey, Argentina & Brazil.


It will move into the Euro, British Pound, Australian Dollar & the US Dollar as events progress.


If you owned Turkish Lira today, you're now broke.



[twitter]https://twitter.com/Ben__Rickert/status/1472439138779467777[/twitter]
Quote pengecatbintang 20-12-2021 06:16 PM
omicron ni mudah merebak tp x bahaya...

jgn takott yea
Quote kakikuDibibirmu 20-12-2021 11:00 PM
Apabila manusia terlampau takut sangat dengan demam selsema

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.353903 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top