CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempar Anak Lembu Lahir Berkepala Dua

20-12-2021 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1477| Komen: 5

Sekumpulan penternak digemparkan dengan salah seekor lembu melahirkan anak dengan dua kepala.

Anak lembu itu dilahirkan di sebuah kandang di Nova Venecia di Espirito Santo, Brazil, petang 13 Disember lalu.


Haiwan itu bagaimanapun tidak dapat bangun atau diberikan makan secara normal.


Foto: CEN

Bercakap kepada media tempatan, anak lelaki kepada pemilik lembu itu, Delci Busatto berkata, anak lembu mutan itu tinggal di kandang milik keluarganya dan menghadapi masalah untuk mendapatkan susu daripada ibunya.

Sebagai cara alternatif, ia perlu diberikan makan menerusi botol.

"Anak lembu itu sangat lemah. Ia perlu berbaring dan tidak boleh bangun.

"Disebabkan itu, anak lembu itu perlu diberi makan daripada botol," katanya.

Menurut Delci, keluarganya mendapatkan pandangan pakar daripada doktor haiwan, tetapi tidak diketahui punca yang menyebabkan anak lembu itu dilahirkan dengan dua kepala. -CARI

Sumber: mStar Online Daily Mail

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 20-12-2021 12:02 PM
tuhan apa lagi ni...
Quote Artemesiaa 20-12-2021 01:27 PM
Selalu dah jadi macam ni jarang bertahan lama
Quote Punat_button 20-12-2021 02:07 PM
kita ucapkan selamat kembali kepada wartawan cari membawa isu2 semasa dari Brazil. 2 hari senyap terperangkap banjir ka

Quote intan244 20-12-2021 05:41 PM
manusia pon ada kembar siam, x pelik kalau haiwan, jin pon ada. semua kuasa Allah swt
Quote musangbodoh 20-12-2021 11:24 PM
koyak...ypjp

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.369333 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top