CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM40,000 Hangus, Mangsa Kebakaran Flat Di Cheras Menyesal Simpan Duit Dalam Rumah

20-12-2021 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2306| Komen: 18

Tatkala tragedi banjir masih melanda negara, khabar duka melibatkan flat Sri Johor di Cheras turut mengundang hiba netizen.

Paling terkesan tentunya wanita ini yang tinggal sehelai sepinggang selepas wang tunai kira-kira RM40,000 dan barang kemas miliknya musnah dalam kebakaran di tingkat empat Blok 31 flat tersebut pada Ahad malam.

Tialai Mary, 37, yang bertugas di sebuah hospital swasta di sini berkata, beliau menerima panggilan daripada kakaknya memaklumkan tentang kebakaran tersebut kira-kira jam 9 malam.


Foto: Sinar Harian

"Semasa sedang bekerja saya dengar bunyi siren bomba tetapi saya tak syak apa-apa. Kemudian saya terima panggilan daripada kakak memberitahu rumah kami terbakar sebelum bergegas pulang ke rumah.


"Saya sampai lebih kurang jam 10 malam saya terus cari keluarga dahulu dan lihat anak kakak saya sudah berjaya turun," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian tengah malam Ahad.

Menurutnya, rumah tersebut merupakan rumahnya sendiri dan beliau sudah menetap di situ bersama keluarganya sejak 17 tahun yang lalu.

"Ada tujuh orang tinggal dalam kediaman itu dan semuanya tidak cedera. Namun, apabila sudah jadi macam ini, saya menyesal kerana menyimpan wang tunai di rumah," katanya.

Turut hadir di lokasi kebakaran, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim serta Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar.

Sementara itu, Komander Operasi Kanan Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.17 malam.

Katanya, seramai 35 anggota dan 11 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, BBP Hang Tuah, BBP Sri Hartamas, BBP Keramat dan BBP Cheras telah bergegas ke lokasi kebakaran.

"Setibanya di lokasi, kita mendapati semua unit kediaman itu musnah 100 peratus.

"Operasi pemadaman kebakaran menggunakan teknik jentera khas dilaksanakan sebelum kebakaran dipercayai berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya jam kira-kira 11.30 malam tadi," katanya satu kenyataan pada Isnin.

Nordin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca kebakaran dan pihaknya sedang menjalankan kerja baik pulih di lokasi kejadian. - CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucim 20-12-2021 10:57 AM
Simpan di bank pun kdg kena rampok..simpan di rumah hangus kebakaran..simpan dlm tanah hanyut dibawa banjir..nak simpan kat mana lagi agaknya
Quote keane.somewhere 20-12-2021 11:03 AM
kucim replied at 20-12-2021 10:57 AM
Simpan di bank pun kdg kena rampok..simpan di rumah hangus kebakaran..simpan dlm tanah hanyut dibawa ...


Beli locker...lepastu beli peti safe saiz kecik

Letak dalam locker paling bawah. Sebab api x jilat Bahagian bawah.

Kalau rumah Teres setingkat susah risiko banjir pulak. So beli rumah terus dah siap rak batu Bahagian atas dekat dgn bumbung
Quote kucim 20-12-2021 11:05 AM
keane.somewhere replied at 20-12-2021 11:03 AM
Beli locker...lepastu beli peti safe saiz kecik

Letak dalam locker paling bawah. Sebab api x jila ...

Idea yg bagus juga..beli safe box besi kan..yg kalis api...kalau rumah kg pulak cmne
Quote makadek 20-12-2021 11:11 AM
Nanti dewa dtg nangis2 bg bantuan
Quote copy_paste 20-12-2021 11:14 AM
kucim replied at 20-12-2021 10:57 AM
Simpan di bank pun kdg kena rampok..simpan di rumah hangus kebakaran..simpan dlm tanah hanyut dibawa ...

xyah simpan, joli atau bersedekah,
kurang2 merasa jugak guna hasil titik peluh tu,

Quote keane.somewhere 20-12-2021 11:17 AM
kucim replied at 20-12-2021 11:05 AM
Idea yg bagus juga..beli safe box besi kan..yg kalis api...kalau rumah kg pulak cmne

Rumah kayu ke?

Kalau rumah kayu kat Kampung meols ada rumah yang design dalam tangga batu tempat simpan safe box.....saiz Nye besar sebesar tangga tu
Quote Artemesiaa 20-12-2021 11:22 AM
Bala bertimpa2 dengan banjir tambah pulak kebakaran bekalan air pulak terputus.  Tak tahu apa bala nak datang pulak kata Tuan Sadik Sigaraga dalam Tiga Abdul.
Quote keane.somewhere 20-12-2021 11:27 AM
keane.somewhere replied at 20-12-2021 11:03 AM
Beli locker...lepastu beli peti safe saiz kecik

Letak dalam locker paling bawah. Sebab api x jila ...

Kat rumah meols guna locker, simpan duit, dokumen, laptop, hardisk, kunci pendua dll

Biasa eletronik bahagian atas.....buku yang saiz besar dan berat bawah sekali...just nak Kasi berat, biasa buku Sejarah Selangor Dan buku Pantun Melayu yg tebal tu

Kalau bencana...Benda ni la meols angkot..letak tempat tinggi ke atau ke mana...so far belum kena bencana alam la. 5-Compartment-Steel-Locker-putrajaya-Cyberjaya-bangi-kajang-sungai-besi-1.jpg
Quote shiraloveyou 20-12-2021 11:42 AM
Duit tu kalau simpan kt asb,dpt jgk dividen walaupyn sikit...apa2 pun takziah buat owner...
Quote cheezel 20-12-2021 12:06 PM
40k cash tu. Nangis
Quote kucim 20-12-2021 12:31 PM
keane.somewhere replied at 20-12-2021 11:17 AM
Rumah kayu ke?

Kalau rumah kayu kat Kampung meols ada rumah yang design dalam tangga batu tempat  ...

Idea yg bagus..tp tak rasa tergugat ke dah la peti tu kat tangga
Quote kucim 20-12-2021 12:32 PM
copy_paste replied at 20-12-2021 11:14 AM
xyah simpan, joli atau bersedekah,
kurang2 merasa jugak guna hasil titik peluh tu,

Kan... joli sampai tinggal vulu
Quote keane.somewhere 20-12-2021 01:25 PM
Edited by keane.somewhere at 20-12-2021 01:27 PM
kucim replied at 20-12-2021 12:31 PM
Idea yg bagus..tp tak rasa tergugat ke dah la peti tu kat tangga


Entah...orang dulu2 kat kg meols buat camtu....tapi boleh buat tangga ke dapur macam tu...unless rumah uols fully kayu susah juga la.

Orang dulu2 buat camtu banyak sebab sebab kdg2 ada org hantar ilmu hitam bawah tangga.
Quote pyropura 20-12-2021 03:45 PM
40k tu banyak dlm.bentuk brg.kemas tu. Emas pada koliang kicap kan dianggap permanent possesions, tak boleh dijual/dispose.
Quote ultra78 20-12-2021 06:50 PM
RM40k cash simpan dlm rumah? Adoi..
Quote musangbodoh 20-12-2021 11:35 PM
kesian dan kasihan
Quote misc 20-12-2021 11:43 PM
Lain kali simpan 50k atau 30k. Angka 4 tu tarak ong maaa.
Quote Kitty_catz 21-12-2021 08:18 AM
umo 37 tawun, simpan cash bawah bantal??? apoooooooooooooooo


gigih meols ingat nenek mana yg tak reti pegi bank tu, yennadeiii!

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.057126 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top