CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza Belanja Frontliners, "Belilah Apa-Apa, Pisang Goreng"

17-12-2021 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8785| Komen: 51

Jika sebelum ini kecoh mengenai harga jam tangan bernilai ratusan ribu ringgit, kini penyanyi popular dan usahawan, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila sebuah video memaparkan dia memberi wang tunai sebagai ‘duit belanja’ kepada petugas barisan hadapan tular dalam media sosial.


Menurut pemilik akaun TikTok iaitu @cikjan_88, Siti, 42, disifatkan sebagai seorang artis yang sangat pemurah kerana sering memberi wang belanja untuk staf yang bertugas setiap kali hadir melakukan ujian calitan Covid-19.


Foto: IG

“Betapa merendah dirinya seorang Siti Nurhaliza. Setiap kali datang mesti belanja kakitangan yang bertugas,” tulis pengguna TikTok tersebut.


Difahamkan, situasi tersebut berlaku selepas Siti selesai menjalani ujian calitan Covid-19 di sebuah hospital swasta di ibu negara baru-baru ini.

Sementara itu, dalam video tersebut, individu berkenaan turut memberitahu pelantun Bukan Cinta Biasa itu memberi wang tunai kepada seorang kakitangan untuk dibelanja bagi membeli makanan.

“Mak Iti belanja, belilah apa-apa, pisang goreng,” kata Siti sambil menghulurkan duit sebelum diterima petugas tersebut.



Video tersebut seterusnya mendapat sambutan ramai dalam TikTok dan rata-rata netizen memuji sikap Siti yang merendah diri dan tidak menunjuk kemewahan dimilikinya selama ini.

“Bagusnya dia gelar diri sebagai Mak Iti walaupun ada gelaran,” puji seorang netizen.



“Cara Siti keluarkan duit pun nampak dia bukan seorang yang suka menunjuk. Patutlah rezeki dia tak pernah putus,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

Terdahulu, anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu pernah mencuri perhatian netizen selepas didakwa memiliki seutas jam tangan jenama mewah, Richarcd Mille yang dianggarkan bernilai RM1.1 juta. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acikporemkau 17-12-2021 05:19 PM
Cantik tk nmpak ageing pn
Quote stingerboss 17-12-2021 05:20 PM
Acikporemkau replied at 17-12-2021 05:19 PM
Cantik tk nmpak ageing pn

Tapi dressing org tua...

Bluweeekkkk
Quote mojarean_X 17-12-2021 05:22 PM
Bkn mudah bila ko dh popular tp still maintain humble.  Salute dgn Siti
Quote idril 17-12-2021 05:38 PM
tembam pulak tgk dia dalam video tu, dalam iG dia nampak kurus jer..... btw, siti ni mmg dressing org2 tua.... dia muda lagi what baru 42....
Quote msdummy.2018 17-12-2021 05:45 PM
Dia dh mmg kurus ker weh? Ker filter?
Quote KIM.K 17-12-2021 05:46 PM
Motif achi ni upload bagi duit kat FL?
Orang amik sekadar bersopan
Quote stingerboss 17-12-2021 05:48 PM
idril replied at 17-12-2021 05:38 PM
tembam pulak tgk dia dalam video tu, dalam iG dia nampak kurus jer..... btw, siti ni mmg dressing or ...

Laki kawen feeling nak yg muda..in the end bini nak feeling jadi tua....

Kahkahkahkahkah
Quote idril 17-12-2021 05:51 PM
stingerboss replied at 17-12-2021 05:48 PM
Laki kawen feeling nak yg muda..in the end bini nak feeling jadi tua....

Kahkahkahkahkah

cudnt agree more.....
Quote makadek 17-12-2021 05:58 PM
Sebijik cam baju aku tak sangka taste sama


Oklah memandangkan porem ni dah di hijek oleh stink ...aku dh malas nk berkuntum kat sini..bukak2 porem bersepah post dia..
Bai nk sambung coti2 malaysia
Utara trips
Quote Lula2 17-12-2021 06:00 PM
idril replied at 17-12-2021 05:38 PM
tembam pulak tgk dia dalam video tu, dalam iG dia nampak kurus jer..... btw, siti ni mmg dressing or ...

Dressing 40 an mcm mana
Quote stingerboss 17-12-2021 06:07 PM
idril replied at 17-12-2021 05:51 PM
cudnt agree more.....

Mak iti kehulu mak iti kehilir.....

Ko nak feel org tua sangat...laki ambik yg muda lagi yg this time masih nak terus feel muda baru padan muka ko...


Kahkahkahkah
Quote stingerboss 17-12-2021 06:08 PM
makadek replied at 17-12-2021 05:58 PM
Sebijik cam baju aku tak sangka taste sama



Happy omicron hunting...

Kahkahkahkahkah
Quote Normabaru 17-12-2021 07:32 PM
idril: tembam pulak tgk dia dalam vid ...


Mmg sbnrnya tembam..semalam ada lonching satu spa ni panggil dia Mai..Dr owner tu post kt ig dia..bambam betul dh mcm Saerah..tp posting tu xkuar kt ig mak Iti.tok laki dh 60an harus la selari dgn mak iti.hehehe
Quote Normabaru 17-12-2021 07:34 PM
makadek replied at 17-12-2021 07:58 PM
Sebijik cam baju aku tak sangka taste sama



Masuk je dia satu porum bau stink.sebok kumpul tacang sampai habis benang lama timbul Dr kuburan hehehe
Quote Normabaru 17-12-2021 07:41 PM
Berdiri sorang ni macam Saerah
IMG_20211217_193840_645.jpg

Yang berdiri dgn laki xde comparison so blh cover lagi
IMG_20211217_193847_259.jpg

Sekali berdiri ramai2 dgn perempuan lain..hamek ko..jauh sgt filter HP sendiri lari alignment dgn HP org lain
IMG_20211217_193835_485.jpg

Pemenat n taksubiyah jgn kecam kaka ye

It's the ugly truth:
Quote KBW2 17-12-2021 08:11 PM
Normabaru replied at 17-12-2021 07:41 PM
Berdiri sorang ni macam Saerah

Takpalah kita bagi setahun dia pun baru juga bersalin kan. Kalau tak kurus jugak harulaaaah, rumah ada gym, swimming pool bagai tapi dompot jua.
Quote imrb 17-12-2021 08:15 PM
totap org cop pencaras
Quote gekkou 17-12-2021 08:27 PM
siti pakai tudung dalam first pic nampak cantik molek je
pakai tudung jenis shawl ni muka nampk lonjong
aku teringat acik vida punya muka
jenis pakai tudung tutup pipi tembun

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.055769 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top