CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wanita Dakwa Fizi Ali Pemalas, Langsung Tak Bantu Buat Kerja Rumah Jadi Punca Bercerai

17-12-2021 03:43 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 14489| Komen: 56|Original author: Oleh: Saiful

Ramai masih terkejut dengan kisah penceraian Fizi Ali dan Shakilla Khoriri.

Mana tidaknya, ramai yang sangka mereka bahagia bila tengok di media sosial, namun hakikatnya adalah sebaliknya.



Foto: IG

Walaupun memaklumkan mereka sudah bercerai namun Fizi atau Shakila langsung tidak memberitahu punca perpisahan mereka.

Namaun ada pula netizen di Facebook memuat naik status, mendakwa punca penceraian adalah disebabkan sikap Fizi yang langsung tak nak membantu isteri melakukan kerja rumah.



Namun Shakilla menafikannya.

"Saya baru baca artikel yang mendakwa kononnya Fizi tak membantu buat kerja rumah... apabila kakak (individu menulis status) itu cakap fasal bidai baru saya teringat posting video itu dah lama. Minta maaf kalau sesiapa yang baca dan salah faham, saya tak sangka orang akan mempertikaikan kerja rumah yang saya pernah buat sebelum ini dengan mengaitkan apa yang berlaku antara saya dengan Fizi sekarang.

"Saya anggap perkongsian saya dahulu sebagai kesalahan sendiri sampai membawa maksud lain apabila kami berpisah. Saya masih waras dan masih ingat sampai sekarang tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan sepanjang kahwin dengan Fizi dia tak pernah tolong saya.

"Kalau Fizi atau keluarga dapat tahu dakwaan ini mesti mereka rasa tak best. Saya sendiri pun rasa tak best sebab sepanjang kami kahwin, Fizi sangat membantu saya menguruskan hal rumah tangga... masa saya buat kerja-kerja tu siapa jaga Ameena? Fizi la yang buat semua," katanya kepada mStar.



Wanita tersebut mendakwa dia pernah melihat satu video lama di mana Shakilla menyatakan Fizi lansung tak membantu.

Spekulasi itu dibuat apabila Shakilla meminta Fizi memasang bidai tapi akhirnya terpaksa melakukannya sendiri.



"Fasal buat kerja rumah ni memang saya yang nak buat sebab saya suka bertukang, saya suka buat benda-benda yang saya tak mampu buat tapi saya nak buat juga.

"Fizi pula akan ambil langkah untuk tak campur tangan kerja-kerja saya sebab takut kalau salah nanti saya marah pula! Idea kami lain-lain, jadi dia bagi saya kebebasan untuk buat ikut cara saya dan dia pula ambil bahagian jaga Ameena.

"Video yang saya kongsi itu hanyalah untuk projek khas dalam rumah sahaja contohnya renovasi untuk tempat permainan Ameena dan sebagainya, tapi benda-benda asas lain semua Fizi yang buat. Kalau saya pergi penggambaran, Fizi la yang buat semua... dia memasak, basuh baju dan jaga Ameena."



Shakilla juga sempat memohon orang ramai menghentikan spekulasi mengenai perpisahan mereka.

"Saya harap orang-orang di luar sana cukup-cukuplah mengorek salah silap kami dan kalau boleh janganlah keluarkan sebarang spekulasi mengenai perceraian kami.

"Saya tahu ramai yang nak tahu punca tapi kami berdua dah sebulat suara tak akan berkongsi sebab perpisahan ini... cuma saya beritahu kami berdua kuat berdepan ujian ini dan minta doakan yang terbaik untuk kami.




"Perpisahan ini satu pembelajaran untuk kami jadi lebih matang, memahami salah silap masing-masing, sejujurnya saya sangat beruntung kerana pernah ada suami yang baik. Dia kawan, suami dan ayah yang sangat baik... mungkin saya seorang isteri dan ibu yang tak sempurna, tapi tak apalah kita lupakan semua itu.

"Kami berdua dah sepakat untuk fikirkan jalan terbaik... untuk kakak yang muat naik status itu, kalau terbaca artikel ini saya minta maaf kalau status dan video lama saya itu membuatkan semuanya salah faham."-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cari-Saiful 17-12-2021 04:19 PM
"Saya baru baca artikel yang mendakwa kononnya Fizi tak membantu buat kerja rumah... apabila kakak (individu menulis status) itu cakap fasal bidai baru saya teringat posting video itu dah lama. Minta maaf kalau sesiapa yang baca dan salah faham, saya tak sangka orang akan mempertikaikan kerja rumah yang saya pernah buat sebelum ini dengan mengaitkan apa yang berlaku antara saya dengan Fizi sekarang.

"Saya anggap perkongsian saya dahulu sebagai kesalahan sendiri sampai membawa maksud lain apabila kami berpisah. Saya masih waras dan masih ingat sampai sekarang tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan sepanjang kahwin dengan Fizi dia tak pernah tolong saya.
Quote swateng1 17-12-2021 05:29 PM
kakak yang menulis status tu sejenis suka acah2 buat palatau macam dia pulak tempat luahan masalah depa ni.
Quote msdummy.2018 17-12-2021 05:31 PM
Kakak yg tulis status ni forrumer sini kah? Ayat dia sebijik mcm dlm.benang lagi satu
Quote idril 17-12-2021 05:36 PM
byk jer kakak2 tu dalam forum cari ni
Quote nylliette 17-12-2021 05:38 PM
msdummy.2018 replied at 17-12-2021 05:31 PM
Kakak yg tulis status ni forrumer sini kah? Ayat dia sebijik mcm dlm.benang lagi satu

kakak bawang mana ni memandai buat conclusion, helok kena saman je org ceni
Quote fadz84 17-12-2021 05:43 PM
Kak hasanah sgt yg menulis tu..
Quote asfaz 17-12-2021 05:53 PM
msdummy.2018 replied at 17-12-2021 05:31 PM
Kakak yg tulis status ni forrumer sini kah? Ayat dia sebijik mcm dlm.benang lagi satu

Yg benang lagi satu tu dia copypaste
Quote kiah_mai_pulak 17-12-2021 05:55 PM
mcm komen dlm porem je
Quote Lula2 17-12-2021 05:59 PM
Tengok nama profile ada II tu hmmmmm
Sibuk naww cari punca org cerai dah kenapa? Gigih buat post mcm serba tahu
Quote Suchi 17-12-2021 06:09 PM
swateng1 replied at 17-12-2021 05:29 PM
kakak yang menulis status tu sejenis suka acah2 buat palatau macam dia pulak tempat luahan masalah d ...

Menyampah, iols ada baca gak sbb ramai yg share kat fb
Memandai2 je la acik2 fb nih, dia buat tanggapan berdasarkan apa yg org post kat socmed.

Apa yg iols perasan Kila tu mcm jenis yg kasar2 skit so maybe dia saja je tulis ayat2 gitu utk caption je pun.

Tuan badan diam tak bgtau punca cerai org lain lak memandai2.
Quote Acikporemkau 17-12-2021 06:10 PM
Dah tu cerai kenapaaa
Quote fair_iza 17-12-2021 06:19 PM
Killa pula yg kena minta maaf. Kepochi nya kakak tu mcm dia duk serumah
Quote SpyLeman 17-12-2021 06:22 PM
Iols baru kenal mereka berdua ni sejak isu cerai. Pastu iols bergegas ke IG memasing. Iols pun rerasa nak tau punca perceraian since tgk kt IG tu dedua mcm syg menyayangi. But again, weols x blh judge hidup org based on socmed. Itu semua dunia tipu2
Quote irvene 17-12-2021 06:53 PM
aku taknak komen pasal isu laki dia buat hal. sbb bini dia pun menafiakn. tp aku nk komen, mmg ada jantan keparat yg pemalas tlg bini. bini pun bekerja, keluar pagi balik mlm. sama2 la urus hal rumah tangga, jgn anggap ko sorang je penat telor. bini pun sama
penat jugak. ada ye mak yg manjakan sgt anak jantan, tu yg naik kepala bt bini tu mcm hamba.
Quote mimiQo 17-12-2021 06:58 PM
irvene replied at 17-12-2021 06:53 PM
aku taknak komen pasal isu laki dia buat hal. sbb bini dia pun menafiakn. tp aku nk komen, mmg ada j ...

Kan..mmg ada sejenis manusia begini... Dia thu penat dia jer... Dhtu org lain xpenat? Mmg ada laki mcm ni... Balik kerja stu bnda xlarat nk buat sbb pnt... Trus terbongkang ats katil mcm dia sja kerja dlm dunia ni...
Quote irvene 17-12-2021 07:28 PM
mimiQo replied at 17-12-2021 06:58 PM
Kan..mmg ada sejenis manusia begini... Dia thu penat dia jer... Dhtu org lain xpenat? Mmg ada laki ...

tahu main handphone je. lapar makan, ngantok tido. ulang2 mcm ni, sampai mampus. jawab la ko di akhirat nanti.
Quote minahmanja 17-12-2021 07:44 PM
msdummy.2018 replied at 17-12-2021 05:31 PM
Kakak yg tulis status ni forrumer sini kah? Ayat dia sebijik mcm dlm.benang lagi satu

kannn... aku baca awal2 tu rasa mcm dejavu.. rasa mcm penah baca ayat sebijik ni smalam .. hahaha kantoi la
Quote naina 17-12-2021 09:33 PM
70% gaji untuk anak sahaja? Biar betikkk
Rumah,kereta? Keperluan rumah.
Apa yang mahai sangat tu
Quote Normabaru 17-12-2021 11:03 PM
jauh betul beza sera dgn kila ni..

yang sekor masih xcerai pon buka aib rumah tangga sendiri like nobody business

tp yg kila ni dh cerai pon tutup aib sendiri even mmg itula pon yg jadi

kaka heran siapa laki siapa bini dlm kes ni..tp xpela..life must go on.depa dh settle..acik2 move forward pls..

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.256046 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top