CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sempat Sampai Kampung- Ibu Ayah Cedera, Dua Beradik Maut Kemalangan

17-12-2021 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3556| Komen: 26

Bentong: Niat dua beradik bersama keluarganya untuk pulang menghadiri satu majlis pertunangan, tidak kesampaian apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan.


Dua beradik itu maut, manakala tiga yang lain termasuk ibu bapa mereka cedera apabila kenderaan pelbagai guna yang dinaiki, terbabas sebelum terbalik di Kilometer 44.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, di Bentong awal pagi Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kemalangan yang dipercayai berlaku pada 3.20 pagi itu melibatkan sebuah keluarga yang dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor menuju ke Kelantan.


Foto: IPD Bentong


Dalam kejadian tersebut Wafa Safia Mohd Hairy, 17, dan adiknya Adam Haiqal Mohd Hairy, 12, disahkan maut di tempat kejadian.

Bapa mereka Mohd Hairy Ahmad 44, mengalami retak tulang belakang dan ibu mereka Zuraini Zolkifli, 44, retak tulang tangan kanan manakala anak bongsu mereka Fahmi Eyman, 10, dilaporkan parah di kepala.

Menurut Kamarulzaman, kejadian berlaku ketika pemandu dipercayai cuba untuk memotong sebuah kenderaan semasa di selekoh namun gagal mengawalnya akibat keadaan jalan yang licin dan kenderaan itu berpusing beberapa kali sebelum terbalik.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat kedua beradik dan mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Bentong bagi rawatan dan bedah siasat. -CARI

Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 17-12-2021 03:13 PM
yang selamat tu sebab dok depan pakai seat belt.

yang duduk belakang tu macam kain dalam tumble dryer what do you expect

Quote acik79 17-12-2021 03:22 PM
Ya Allah siannya mereka…
Quote kuewTiau 17-12-2021 03:41 PM
Innalillahiwainnailahirojiun...
L/raya Karak ni kalau hari tak hujan pon bawak 60-80 duk lane kiri @ tengah, ini kan pula hari hujan, jalan basah.
nak nak yang lepas terowong.

Quote Thunderclouds 17-12-2021 03:50 PM
I kalo blk kg lalu hiway karak lam hujan jarang naw xbselisih ngn keta accident. Kalo bukan alik ni,alik sana. Salam Takziah. Hati2 d jln raya semua.
Quote bakingsoda 17-12-2021 03:53 PM
Kelantan fasa 3 mana boleh buat majlis???
Quote ulamalu 17-12-2021 04:01 PM
Ayah dia mesti rasa bersalah sgt.
Quote KIM.K 17-12-2021 04:08 PM
Ada orang dah biasa travel time kul 1-5 pagi ni sejuk
Tak takut eh hallucination/delusion time tu
Quote hareeeesah 17-12-2021 05:02 PM
Takziah.. sedihnya hilang 2 anak. Pasti takkan sama rasanya lagi, semoga kuat..
Quote msdummy.2018 17-12-2021 05:23 PM
Thunderclouds replied at 17-12-2021 03:50 PM
I kalo blk kg lalu hiway karak lam hujan jarang naw xbselisih ngn keta accident. Kalo bukan alik ni, ...

Mmg rajin jer accident nk2 tmbh dlm hujan..tuh blum ckp ko jalan dg  riders..skt naw hati aku....lori pub sama..yg aku xfhm manusia ni treat lebuhraya klk mcm lebuh raya plus selatab...hapa  ko hingt ko blh bw 120km perjam kat nkt tinggi, lentang, kg sg dua tuh? Dh eksiden pas tuh menyushkn sma org..pigi dah! Sndr bw laju sndr nk slahkan jalan...dah sah2 jalan tuh mmg corner kiri kanan...ko bw jer 80 xblh?
Quote zamnie 17-12-2021 05:34 PM
Innalillahiwainnailahirojiun. Sedih sgt kesian, moga family ni tabah dgn dugaan
Quote Belibis 17-12-2021 05:46 PM
Decaffeinated: yang selamat tu sebab dok depa ...

Dominic torento jer boleh selamat walaupun kereta guling2.
Quote faraway1 17-12-2021 05:54 PM
So bapak lah punca, tak berhati hati memandu di jalan raya buat anak anak meninggal?
Quote namr 17-12-2021 06:00 PM
Amenda apaknya dekat selekoh pun nak memotong ke
Quote mikasa 17-12-2021 06:06 PM
Nak potong diselekoh + pulak bawak laju...best combo utk kenderaan yang titik graviti tinggi
Quote mikasa 17-12-2021 06:07 PM
Edited by mikasa at 17-12-2021 06:10 PM
namr replied at 17-12-2021 06:00 PM
Amenda apaknya dekat selekoh pun nak memotong ke


Aku kerap guna hiway ni. Jalan selepas Janda baik menghala ke Bentong 2 lorong je. Jadi lorong kiri banyak lori dah occupied. Jadi bila tak sabar ..terpaksa laa potong . Kebanyak  selekoh pulak bukan di jalan yang rata
Quote keane.somewhere 17-12-2021 06:11 PM
Dah tahu Jalan basah buat apa nak memotong....jaga jarak jelah dengan kenderaan depan...ni memang bawa laju lah
Quote keane.somewhere 17-12-2021 06:13 PM
Sbb tu Jalan tak biasa penting pakai Waze...atau Google maps ...kita boleh nampak keadaan jalan
Quote monreyes 17-12-2021 06:17 PM
apa je lah nak kejar dorang ni...
Quote edoraixora 17-12-2021 07:37 PM
Lebuhraya KL-Karak ni, kalau hujan janganlah bawak lelaju, menempah maknanya tu.
Jalan licin selekoh banyak, nak2 pulak kat selekoh S di Sungai Dua tu.
Longkai pun rajin curah minyak masa2 hujan ni.

Berambi2 lah aokmer semer, toksoh nk lelaju sangat mengkala hujan ni.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.044930 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top