CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Upiak Isil Ada Deria Keenam Dari Kecil, Sering Dengar Suara Ghaib

17-12-2021 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3871| Komen: 34

Penyanyi dan peserta program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Upiak Isil, 36, mendedahkan dirinya mempunyai keistimewaan deria keenam sejak kecil membolehkan dirinya mendengar suara-suara ghaib di luar kawalannya.


Menurut Upiak, sungguhpun ia barangkali dianggap sebagai satu kelebihan buat sesetengah pihak, namun baginya ia bukanlah sesuatu yang diingininya.

“Kalau boleh saya memang tak nak benda-benda ini. Saya tak dapat melihat, keistimewaan itu cuma tertumpu pada rasa dan pendengaran saja.

“Masih saya ingat, kalau ada orang mati, misalnya di kawasan kejiranan di rumah di Indonesia, kalau masa nak tidur, mesti ada dengar suara-suara ghaib. Mungkin ada antara si mati itu mahu meminta tolong kerana ada urusan di dunia yang tidak beres,”katanya.

Foto: Utusan Online


Upiak berkata demikian semasa ditemui di konsert GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, baru-baru ini.

Selain itu, penyanyi lagu Tak Tung Tuang ini juga mengaku dek kerana keistimewaan itu, empat bulan kebelangan ini dirinya sering terkena kerasukan termasuk sebelum terbang ke Malaysia untuk menyertai pertandingan di pentas GV.

“Ini kejadian betul. Saya selalu kena rasuk dan bukan satu yang cuba ‘mengambil-alih’ badan saya ini. Banyak! Setiap kali terkena, keluarga termasuk makcik dan pakcik sayalah yang akan berusaha membawa saya berubat di kampung.

“Sampai dah tak tahu nak berubat macam mana lagi sebab masih belum benar-benar pulih. Benda itu tidak dapat mengambil alih badan saya sepenuhnya, cuma separuh.

“Saya bukan tidak cuba melawan, tetapi adakala tetap tewas juga, tidak sedarkan diri,”katanya.

Berkongsi lanjut, Upiak juga tidak menolak, setelah bertemu dengan perawat-perawat alternatif dan tradisional, rata-ratanya mengatakan kejadian ini mempunyai kaitan dengan pendamping keturunannya.

“Mungkin zaman datuk nenek dulu agaknya. Kalau ada yang pernah dan tahu mengenai perkara sebegini, ia bukan sesuatu yang mustahil. Orang-orang dulu percaya pada benda begini.

“Jujurnya, saya tak boleh menolak benda ini. Kata perawat yang mengubati, kalau ditolak, saya akan jadi bodoh, seperti orang yang tak tahu apa-apa. Jadi, apa yang boleh saya lakukan ialah meletakkan penjarakkan padanya.

“Ia tidak pernah hilang dari saya, cuma ada jarak. Saya juga sentiasa amalkan ayat Kursi dan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pendinding. Tak cuma itu, ada juga pesanan orang lama agar saya bawa juga bawang putih dan garam ke mana-mana. Tak boleh percaya sangat, tapi kita cuba buat jugalah bagi menjaga diri,”katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 17-12-2021 03:03 PM
dengar suara bibik friska ke?
Quote mendeluk 17-12-2021 03:07 PM
Ntahler dia ini merapu lah. Belum lagi haritu terjumpa article indon kata , reporter senaraikan artis2 yang boleh dengar benda ghaib etc. i meant indon dgn benda2 mcm ini berpisaaah tiada. Belum lagi yang bukak account ig mak esah bagai kat indon nun.

Kalau kat malaysia, dah kena tangkap dah. Syukur aku dari malaysia
Quote dua_chzy 17-12-2021 03:09 PM
Merapu kunun. Bod MPS tu boleh pula korang layan bila porumer bercerita ada kuasa sakti macam Upiak.

Btw, ini sumpahan keturunan. Tak senang mahu buang. Tu la bodoh keturunan nusantara ni pi berkawan dengan makhluk ntah hapa2 untuk jaga kebun la, pasang pendiding la, jaga keluarga la. Udahnya anak cucu kau yang sengsara.
Quote mendeluk 17-12-2021 03:32 PM
dua_chzy replied at 17-12-2021 03:09 PM
Merapu kunun. Bod MPS tu boleh pula korang layan bila porumer bercerita ada kuasa sakti macam Upiak. ...


Sape je oii yang layan bod MPS itu. Aku tak.
Quote scrocth 17-12-2021 03:37 PM
Upiak ni dr cita xmandi, gaduh dgn designer, cerita2 tahyul mmg xsesuai masuk dlm industri. Kecuali heshe hire publicist yang boleh filter statement2 xsemenggah n kg.com tu. Xsekolah tinggi xpa dek, tp jgn obvious sgt IQ tu rendah. Wat malu industri jer. Tp industri hiburan msia, mmg suka golongan mcm ni.
Quote selipar_hijau 17-12-2021 03:54 PM
buang je la upiak ahad ni, dah meluat eh kuat drama
Quote kotakominami 17-12-2021 04:34 PM
Tanda depresen....malas mandi..mulot jahat..dgr suara ghaib...semoga cepat sembub
Quote Adrif 17-12-2021 04:42 PM
kenapa upiak ni

haritu cerita malas mandi. ni cerita dengar suara halus pulak
Quote helicornia 17-12-2021 05:56 PM
Org seberang klu bercerita susah aku nk percaya.kena siasat dulu
Quote faraway1 17-12-2021 05:59 PM
So mental disorder?
Quote zie_indah 17-12-2021 09:11 PM
Hahahahah upiak demi gv8 deria apa lak slps ni
Quote stingerboss 17-12-2021 09:18 PM
faraway1 replied at 17-12-2021 05:59 PM
So mental disorder?

Mental disorder iteww ko....

Me me me me.....

Kahkahkahkahkah
Quote orkidorkido 17-12-2021 09:57 PM
Aku cuba bersimpati & empati dengan dia ni, tapi macam tak boleh dah urghhh
Quote me12345 17-12-2021 09:59 PM
Kalau x mandi berhari hari kotor, syaitan ....sila kuar
Quote hzln 17-12-2021 10:10 PM
Adrif replied at 17-12-2021 04:42 PM
kenapa upiak ni

haritu cerita malas mandi. ni cerita dengar suara halus pulak

IMG_20211217_220851.jpg
Quote Madel 17-12-2021 10:18 PM
Dah tak mndi 10 hari, nko baca ayat kursi n ayat2 suci pun tak guna..badan tu kasi bersih dulu dari hadas kecil n besar, mndi wajib elok2.
Baru la tak lekat menda2 tak elok tu.
Quote watymuchaz 18-12-2021 05:13 AM
Next week cite apa pulak.. [em:22:]
Quote fahima80 18-12-2021 05:19 AM
hzln replied at 17-12-2021 10:10 PM

Dah jelas 2 simptoms ni ada pada Upiak. She needs treatment.
Quote Nozot 18-12-2021 07:27 AM
mendeluk replied at 17-12-2021 03:32 PM
Sape je oii yang layan bod MPS itu. Aku tak.

bod mps boleh percaya lagi dari si upiak nie

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.087459 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top