CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah Bergurau Nak Jadi Extra, Soffwany Yusof Tak Sangka Yusuf Haslam Ajak Berlakon Jadi Detektif

17-12-2021 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4601| Komen: 20

Anggota polis yang pernah viral, Soffwany Yusoff tidak menyangka gurauannya kepada pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam untuk berlakon dalam drama bersiri Gerak Khas Undercover akhirnya menjadi kenyataan.


Isteri kepada pelakon Raja Afiq ini berkata, dia yang selalu mengikuti suaminya ke set penggambaran drama tersebut juga terkejut ditawarkan watak besar iaitu Detektif Wani.


Foto: IG

"Saya ambil cuti panjang dan pada waktu itu banyak teman suami ke set penggambaran Gerak Khas Undercover. Mula-mula saya bergurau je dengan Datuk Yusof Haslam.

"Saya cakap pada dia kalau ada extra boleh tak saya nak masuk? Lepas tu Datuk macam impress, dia kata... lah, kau minat berlakon ke? Kenapa tak bagi tahu awal?


"Saya fikir dia bergurau je, selang beberapa hari pihak produksi telefon suami dan beritahu suruh saya bawa uniform polis dan gambar passport.

“Ingatkan dapat watak kecil-kecil sahaja, sekali masuk jadi watak polis Detektif Wani," katanya kepada mStar.



Soffwany atau nama sebenarnya Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff, 32, yang pernah viral gara-gara bersuara merdu ini mengakui agak gementar ketika pertama kali berada di set penggambaran.

Lebih-lebih lagi, dia perlu bergandingan dengan suami dan pelakon-pelakon hebat lain yang lebih berpengalaman.



"Rasa gementar dan gembira semuanya ada sebab drama Gerak Khas sudah dikenali ramai. Suami pula dah profesional dan saya ni baru nak berjinak dalam bidang lakonan.

"Selalu dekat rumah kita macam kawan-kawan, tetapi dalam drama ini watak kami bercinta. Tetap rasa malu-malu bila dalam skrip ada ayat mengorat, padahal dah jadi suami isteri," katanya.



Sementara itu, Soffwany memberitahu sesi pengammbaran drama itu tidak mengganggu kerjayanya sebagai salah seorang anggota Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Sebenarnya saya masih dalam tempoh bercuti panjang, memang tak ganggu tugas. Sebab cerita ini tentang polis juga, jadi tidak mengapalah.

"Kalau cerita lain mungkin agak susah sedikit," ujarnya.



Untuk rekod, penyanyi Nafas Cinta ini juga merupakan salah seorang bekas peserta program realiti Suara Viral 2020.

Soffwany mendirikan rumah tangga dengan Raja Afiq, 27, pada 19 September tahun lalu di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 17-12-2021 11:49 AM
ni nak promot retis sendu muka bajet2 cute kemut ala2 kucing mainecoon ke nak promot produk che pit untuk wanita yang dah lobjos
Quote mawarkhayalan99 17-12-2021 12:08 PM
bosannnnn. next
Quote prince_marhaen 17-12-2021 12:10 PM
sila beraturrrr ye masuk peti aissssss!!! nexttttt!!!!!
Quote Kurex 17-12-2021 12:19 PM
Muka jemu utk ditatap
Quote slyfynx 17-12-2021 12:25 PM
Kesahnye buat je sebarang kisah Rebecca (untuk yang join 9gag confirm faham) untuk promote pilem.
Promose produk untuk ***** mcm BBNU sgt.
Nk ketat la, ape la.
Aduiiiiii
Quote codenamedream 17-12-2021 12:33 PM
Senangnya dapat cuti panjang , Ker digantung tugas. Gittew iols fitenah
Quote Skydiva 17-12-2021 12:33 PM
Pernah jmp diorg ni, time tu tgh bercuti.. time tgh breakfast. Wife die freehair, tp kulit cantik. Laki die tu yg nampak kepam.. Dalam ramai2 org tgh breakfast tu, xde sape yg kenal melainkan adik i yg terpaksa tgk gerak khas time teman nenek. Tahniah la dpt blakon. Gerak khas mmg x perlukn bakat pn, sbb skrip n acting pn style zaman 90-an lagi.
Quote nazriatie 17-12-2021 12:58 PM
Skydiva replied at 17-12-2021 12:33 PM
Pernah jmp diorg ni, time tu tgh bercuti.. time tgh breakfast. Wife die freehair, tp kulit cantik. L ...

Dia on off ke pakai tudung
Quote Skydiva 17-12-2021 08:54 PM
nazriatie replied at 17-12-2021 12:58 PM
Dia on off ke pakai tudung

Maybe la.. pakai tudung mayb supaya org nmpk die suci kot. Tp mase nmpk die aritu die tak pakai tudung pn pegi breakfast. Pakai cap je, dgn ponytail terkeluar dari cap. Laki die pakai tank top, geli je, sbb kalau tgn muscle xpe lagi, ni style pakai tank top tp lengan cam lengan baby yg penuh lemak.
Quote jgfjhdjhg 17-12-2021 09:48 PM
Skydiva replied at 17-12-2021 12:33 PM
Pernah jmp diorg ni, time tu tgh bercuti.. time tgh breakfast. Wife die freehair, tp kulit cantik. L ...

sserius la sbb kenal dia dari kecik ...sampai la skrg kalau balik kampung pun bertudung je..jumpa kt shah alam pun bertudung gak
mybe mood honeymoon lupa nk pakai tudung kot
Quote nazriatie 18-12-2021 08:41 AM
Skydiva replied at 17-12-2021 08:54 PM
Maybe la.. pakai tudung mayb supaya org nmpk die suci kot. Tp mase nmpk die aritu die tak pakai tu ...

I pun geli tgk laki dia..ada 1 video kt ig bini dia, bini dia tgh pegang baby..si lelaki ni bt derk je..bila bini dia pggil sbb nk record muka laki tu, baru laki tu pegang2 bby, senyum2..mcm awkward plk
Quote gideoncross 19-12-2021 02:35 AM
dudaberhias replied at 17-12-2021 11:49 AM
ni nak promot retis sendu muka bajet2 cute kemut ala2 kucing mainecoon ke nak promot produk che pit  ...

Komen uol x prnh mngecewakan hahahaha.
Quote yondu 19-12-2021 04:09 AM
bini dia ni menggelikan bila tengok.  helooo kak, ko bukannya polis yg betul2 polis pun. setakat terpekik trlolong trgedik2 dgn suara ko yg x sedap mana tu, paatu acah2 mcm dia polis yg buat keja underground..hmmm pndg sblh mata je stakat join pncaragam
Quote hasniey 19-12-2021 09:58 AM
Skydiva replied at 17-12-2021 08:54 PM
Maybe la.. pakai tudung mayb supaya org nmpk die suci kot. Tp mase nmpk die aritu die tak pakai tu ...

Laa confirm eh xpkai tdg
Ke tudung dia buat style mcm rambut?dia kn suka lilit tdg mcm tocang.pkai klip rambut kt tdg
Quote Purpkehag 19-12-2021 11:09 AM
Apo ngumpat Pagi2, jum bantu mangsa banjir[em:1:]
Quote Hazelnut99 20-12-2021 02:41 AM
jgfjhdjhg replied at 17-12-2021 09:48 PM
sserius la sbb kenal dia dari kecik ...sampai la skrg kalau balik kampung pun bertudung je..jumpa  ...

Dia mmg on off pkai tudung.  Kt ig mmg memanjang je bertudung. Tp dulu rasa mcm pnah tgk dia post video kt tiktok,freehair.. i dh lupa nama tiktok dia apa. Xsure video tu still ada or dia dh hide.. tp video tu video baru. Time dia dh kawin
Quote anony-mous 20-12-2021 02:51 AM
For me dia lawa sbb kulit lawa. Lg sorang bini mamat sepah tu. Lg suka tgk bini mamat tu lawa tp x acah cute.
Quote kucim 20-12-2021 11:16 AM
Gedik je minah ni...dgn laki yg tak sepanas mana nama
Quote mamajawie 20-12-2021 11:36 AM
biasanya orang yg buat tudung ala2 rambut ni slalunya pakai tudung on off..ehhhh lantak la dia bukan dosa mari ke aku punn

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.046474 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top