CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selalu Jadi Mangsa Keganasan Domestik, Lebih 22 Ribu Suri Rumah Bunuh Diri

17-12-2021 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1273| Komen: 6

New Delhi: Berdasarkan data yang dikeluarkan Biro Rekod Jenayah Kebangsaan India (NCRB), seramai 22,372 suri rumah di negara ini membunuh diri pada tahun lepas.


Jumlah itu bersamaan dengan purata 61 kes bunuh diri setiap hari atau satu kes setiap 25 minit.

Suri rumah menyumbang sebanyak 14.6 peratus daripada 153,052 kes bunuh diri di India pada 2020 dan lebih 50 peratus daripada jumlah itu menunjukkan golongan wanita lebih banyak ‘meragut nyawa sendiri’.

Sejak 1997, NCRB mula mengumpul data bunuh diri berdasarkan kategori pekerjaan dan lebih 20,000 suri rumah melakukan perbuatan itu setiap tahun.

Gambar Hiasan, Foto: AFP


Banyak laporan mengaitkan perkara itu dengan masalah keluarga atau perkahwinan, namun sebab paling utama adalah mereka sering menjadi mangsa keganasan domestik.

Pakar kesihatan mental, Dr. Usha Verma Srivastava memberitahu, wanita merupakan golongan paling berdaya tahan, namun toleransi mereka juga mempunyai tahapnya.

“Banyak wanita di negara ini terpaksa berkahwin awal dan kehidupan mereka terikat selepas menjadi isteri serta ibu, selain menjadi mangsa keganasan domestik.

“Mereka tidak lagi dapat mengejar cita-cita atau impian menyebabkan suri rumah cenderung bunuh diri untuk ‘membebaskan diri’,” katanya kepada BBC.

Verma Srivastava memaklumkan, satu per tiga daripada wanita di negara ini membunuh diri selepas lama menjadi mangsa penderaan rumah tangga. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gampang2 17-12-2021 11:26 AM
Cuba tanya diri sendiri kenapa mai ke dunia
Quote Artemesiaa 17-12-2021 11:33 AM
Dah boleh jangka berita dari mana
Quote matbad 17-12-2021 03:26 PM
mcm biasa teejadi sbb mabuk. arak haram melimpah ruah. aku xpaham knp bangsa ni megah dgn mabuk? aku cuba cari jawapan kat kawan2 yg bangsa ni. dorang cuma ckp, minum ja lah sbb dah besar. punahhh. mangsa smua pompuan. kes rogol antara dorang besepah kat sini. tp tertutup sbb depa pentingkan maruah, kasta dan pecayakan sial. punahhh
Quote ifanonline 17-12-2021 04:13 PM
budaya kekelingan bangsa india ni sama di mana2...
Quote anony-mous 20-12-2021 02:56 AM
Walaupon ramai, tp xnampak surut bilangan rakyat sana. Rugi la bunuh diri je. Alang2, bunuh laki tu sekali. Dpt kurangkan 44 ribu warga india
Quote copy_paste 20-12-2021 08:46 AM
matbad replied at 17-12-2021 03:26 PM
mcm biasa teejadi sbb mabuk. arak haram melimpah ruah. aku xpaham knp bangsa ni megah dgn mabuk? aku ...

tambah lagi,wanita disana tak dihargai langsung..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.075568 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top