CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wany Hasrita Berehat Daripada Media Sosial

16-12-2021 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2980| Komen: 19

Description: Wany Hasrita mendedahkan dirinya telah mengambil pendekatan untuk berhenti seketika daripada menggunakan platform media sosial bagi memberi ruang buat dirinya untuk berehat.
Wany Hasrita mendedahkan dirinya telah mengambil pendekatan untuk berhenti seketika daripada menggunakan platform media sosial bagi memberi ruang buat dirinya untuk berehat.


Menurut Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, tahun 2021 sememangnya telah memberikannya banyak pengajaran terutamanya menerusi fasa jatuh dan bangun.

Katanya lagi, waktu yang terluang itu telah dimanfaatkan dengan menyertai aktiviti berkhemah di hutan.


Foto: IG

“Tahun 2021 saya dipenuhi dengan fasa jatuh dan bangun. Banyak sebenarnya perkara yang saya belajar.

“Apa yang membuatkan saya berasa agak ‘down’ itu ada berkait rapat dengan hal peribadi saya. Iman seseorang itu pun boleh naik dan turun, ini kan pula mental manusia.

“Baru-baru ini pun, saya ambil keputusan untuk berehat setika daripada menggunakan media sosial tetapi tidaklah lama sangat sebab saya pun ada tuntutan kerja,” katanya kepada MH.



Enggan mengulas lanjut mengenai sebab utama dia berehat seketika daripada media sosial, Wany menyifatkan perkara tersebut sebenarnya terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

“Lebih kurang empat hari saya deactivate akaun media sosial. Kemudian saya buat aktiviti masuk ke hutan untuk program perkhemahan. Di situ saya berehat seketika dan tenangkan diri.



“Sebenarnya, setiap perkara yang berlaku pasti ada penyebabnya. Apa yang buatkan saya ‘trigger’, saya tak boleh nak kongsikan kerana ia melibatkan hal yang sangat sensitif.

“Antara sebab lain mungkin saya terlampau fokus pada kerja sampai tiada masa untuk beri perhatian pada diri sendiri. Mungkin ini masanya untuk saya mengasingkan diri sekejap dan kemudian kembali semula dengan fresh start,” kongsinya lagi.

Ketika ditanya adakah media sosial ini merupakan platform yang sangat toksik, ini reaksi balas yang dikongsikan oleh pemenang anugerah Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu.


“Nak kata media sosial saya ni toksik pun tak juga sebenarnya. Saya jarang menerima komen-komen yang buruk melainkan ada benda yang saya buat.

“Jadi, pada hari-hari biasa saya jarang dapat komen-komen negatif atau kutukan. Saya sangat bersyukur dengan perkara tersebut. Saya cuma ingin berehat dan tenangkan diri buat seketika,” akhirinya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerboss 16-12-2021 12:48 PM
You will not be missed.....lainla lopak.....

Sekian
Quote LadyCarefree 16-12-2021 01:03 PM
Rumah baru duduk berdua dengan mak, eloklah spend time dengan mak hias rumah tanam2 hati happy dengan mak.
Quote bambimbom 16-12-2021 01:27 PM
boifren ko buat hal ke sis?

“Lebih kurang empat hari saya deactivate akaun media sosial. Kemudian saya buat aktiviti masuk ke hutan untuk program perkhemahan. Di situ saya berehat seketika dan tenangkan diri.


empat hari pun nak kecoh ke?
Quote Mary_jane 16-12-2021 01:33 PM
Putus cinta ka?
Quote tikusmontok 16-12-2021 01:39 PM
stingerboss replied at 16-12-2021 12:48 PM
You will not be missed.....lainla lopak.....

Sekian

Lobenaks ke uols
Quote stingerboss 16-12-2021 02:02 PM
tikusmontok replied at 16-12-2021 01:39 PM
Lobenaks ke uols


Why dont you be the judge.....?

Because i dont want to be seen as being  defensive.

Kahkahkahkahkahkah
Quote dudaberhias 16-12-2021 02:47 PM
ok selamat berehat dikkkk.... tak muncul dah pun takpe... rasanya acik2 forum tak menantikan pun...
Quote helicornia 16-12-2021 07:20 PM
4 ari je pun..ingat 4 bln
Quote woven11 16-12-2021 07:28 PM
Fefeling diva ko ye. Baru 4 hari dah tak boleh hidup tanpa social media ke dik. Cukup kan 4 tahun baru layak ko nak kecoh dik
Quote jijiezie 16-12-2021 09:02 PM
Nak fokus persiapan kawin kot..bln 1 thn katanya
Quote jijiezie 16-12-2021 09:04 PM
Sibuk nak buat persiapan kawin ke. Dgr2 bln 1 thn dpn
Quote gekkou 16-12-2021 09:04 PM
4 hari je acik wani kau jauhi media sosial?
baik buat 4 bulan terus
p join kelas vokal
Quote missmeornot 16-12-2021 10:23 PM
Menangis si wany baca komen2 acik porum tapi betul la kata2 acik porum. Xde sape kesah la..kalau deactivate terus pun xpe. Bak kata pepatah..ada tak menambah xde tak berkurang..haa gitu la
Quote Aquagurlz 16-12-2021 11:42 PM
jijiezie replied at 16-12-2021 09:04 PM
Sibuk nak buat persiapan kawin ke. Dgr2 bln 1 thn dpn

Dia kwin dgn spe
Quote jijiezie 16-12-2021 11:57 PM
Aquagurlz replied at 16-12-2021 11:42 PM
Dia kwin dgn spe

Dgn sape x pasti plk, tp dr sumber yg blh dipercayai kawen bln 1
Quote WeAiNe 28-12-2021 09:37 PM
ingatkan 4 bulan rupanya 4 hari apoooooooo
Quote Cik_jantung 28-12-2021 10:10 PM
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 08:59 AM

...........
Quote awenda507 28-12-2021 11:39 PM
Alahaiii wany. 4 hari jeee
Quote gideoncross 29-12-2021 01:09 AM
Cik_jantung replied at 28-12-2021 10:10 PM
Jadah betul... 4 hari jer punnn.. haha

Trgelak iol bca bab 4 hri tu.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.133614 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top