CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaji, Elaun Lim Guan Eng Sebagai Ketua Menteri Cecah RM45,000 Sebulan

16-12-2021 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2595| Komen: 23

Mahkamah Sesyen di sini semalam diberitahu, jumlah pendapatan Lim Guan Eng ketika berjawatan Ketua Menteri Pulau Pinang mencecah RM45,000 sebulan sepanjang 10 tahun perkhidmatannya sejak 2008.


Bekas Timbalan Pengarah Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang (UPEN), Mohd. Farulizam Che Meh berkata, ketika memegang jawatan itu, gaji hakiki Guan Eng sebanyak RM14,175 manakala jumlah elaun yang diperolehinya pula sebanyak RM30,200 untuk tempoh sebulan.

Saksi pendakwaan ke-20 itu berkata, Guan Eng, 61, bagaimanapun turut mengisytiharkan harta dan pendapatan sampingan beliau dalam portal web Pulau Pinang.


Foto: The Star


Ujar Mohd. Farulizam, Guan Eng yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 11 Mac 2008 dan memegang jawatan itu sehingga 14 Mei 2018 turut mendapat pencen kira-kira RM20,000.

Menurut saksi, Guan Eng yang juga menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih turut mendapat elaun sebanyak RM5,500.

Beliau menyatakan demikian ketika membacakan kenyataan saksi pada perbicaraan kes rasuah Guan Eng berkaitan projek terowong dasar laut dan jalan utama di negeri itu.

Saksi berkenaan bagaimanapun tidak disoal balas oleh pihak pembelaan ketika memberi keterangan pada prosiding tersebut.

Mohd. Farulizam merujuk kepada dokumen surat perakuan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertajuk `Perakuan Tentang Kedudukan Atau Jawatan Yang Dipegang Oleh YB Lim Guan Eng bertarikh 3 Julai 2020.’

Ujarnya, dokumen itu dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang dipohon di bawah Seksyen 55(1) Akta SPRM 2009.

Saksi juga merupakan bekas Ketua Penolong Setiausaha Kanan bagi Bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana antara tugas beliau termasuk menyelaraskan dan menguruskan gaji, elaun dan kemudahan Ketua Menteri, Exco dan ADUN.

Ujarnya, sebagai Ketua Menteri, Guan Eng tidak boleh memegang apa-apa jawatan berpendapatan dan tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersial atau tidak boleh memiliki dan memegang apa-apa jawatan dalam syarikat.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi didengar tanpa kehadiran Guan Eng selama dua hari berturut-turut kerana tertuduh dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak Ahad lalu bagi menjalani satu prosedur perubatan keesokan harinya (Isnin).

Peguam Haijan Omar bagaimanapun memaklumkan, anak guamnya sudah dibenarkan keluar dari IJN dan bersedia untuk menghadiri perbicaraan hari ini.

Guan Eng didakwa atas pertuduhan pindaan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli dilantik melaksanakan projek itu yang bernilai berbilion ringgit. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 16-12-2021 01:13 PM
negeri kaya,biaq pi lah MB dpt gaji banyak mana pun..tapi yg pelik,bila  negeri miskin kedana mcm kelantan tu yb2 tak nak kalah naikkan elaun dgn pakai mercedes

Quote airmineral 16-12-2021 01:20 PM
elaun lagi byk drpd gaji? elaun ape tuuu
Quote kemaruk 16-12-2021 01:30 PM
macai DAP dapat 30 ringgek je hahahahaha
Quote krustykrab 16-12-2021 01:31 PM
tripleid replied at 16-12-2021 01:13 PM
negeri kaya,biaq pi lah MB dpt gaji banyak mana pun..tapi yg pelik,bila  negeri miskin kedana mcm ke ...

Kot celah mana kaya nya...ramai jgk yg miskin papa kedana kt sana.

Quote awanysss 16-12-2021 02:01 PM
45k itu bukan reasonable ke..
bos aku buat duit atas angin sgin cheque je pun dekat 25k..
itu bukan siapa2 pun, ni menteri, pd aku 45k tu reasonable
Quote TeropongThaico 16-12-2021 02:47 PM
Itu yg pakat berebut nak jadi wakil rakyat
Quote tripleid 16-12-2021 02:53 PM
krustykrab replied at 16-12-2021 01:31 PM
Kot celah mana kaya nya...ramai jgk yg miskin papa kedana kt sana.

Negeri #3 paling tinggi GDP.kayo la tuu..



Quote krustykrab 16-12-2021 03:42 PM
tripleid replied at 16-12-2021 02:53 PM
Negeri #3 paling tinggi GDP.kayo la tuu..

Kalau masih ramai yg susah dlm negeri tu, baik la pemimpin esp DAP jgn ambik gaji elaun byk2 sgt, kata berjyang utk rakyat. Puihh
Quote Orix 16-12-2021 03:45 PM
habistu gaji MB kelate brp pulop weyyy huk alohhhh
Quote tripleid 16-12-2021 04:14 PM
krustykrab replied at 16-12-2021 03:42 PM
Kalau masih ramai yg susah dlm negeri tu, baik la pemimpin esp DAP jgn ambik gaji elaun byk2 sgt,  ...

kat mana2 pun ada org miskin.mana ada negara dlm dunia ni takde org miskin


negara plg kaya di dunia pun ada org miskin ini kan pula p.pinang..tp atleast kemiskinan kat peneng antara terendah dlm msia
Quote krustykrab 16-12-2021 04:16 PM
tripleid replied at 16-12-2021 04:14 PM
kat mana2 pun ada org miskin.mana ada negara dlm dunia ni takde org miskin



Mmg la, tu aku x nafikn..tp dah katanya berjuanh demi rakyat kan, tak rasa bersalah ke dpt gaji elaun byk2 mcm tu sedangkn ramai lagi yg miskin.
Quote krustykrab 16-12-2021 04:18 PM
Orix replied at 16-12-2021 03:45 PM
habistu gaji MB kelate brp pulop weyyy huk alohhhh

Politaik srmua sama bebal..kat mulut berjuang demi rakyat tp nafsu kebendaan tu mmg x blh tolak..peduli haper rakyat miskin duduk dlm reban ayam janji aku kayoooo
Quote tripleid 16-12-2021 04:52 PM
krustykrab replied at 16-12-2021 04:16 PM
Mmg la, tu aku x nafikn..tp dah katanya berjuanh demi rakyat kan, tak rasa bersalah ke dpt gaji el ...

So kalau ada rakyat miskin dlm negeri tu mb pun kena bagi gaji level keje kilang ke?

kalo gaji mb kena berkadar terus dgn jumlah penduduk miskin sesebuah negeri,maka mb kelantan cuma layak terima gaji 50ringgit jah sebulan
Quote krustykrab 16-12-2021 04:54 PM
tripleid replied at 16-12-2021 04:52 PM
So kalau ada rakyat miskin dlm negeri tu mb pun kena bagi gaji level keje kilang ke?

kalo gaji mb ...

Aku x ckp dia kna terima gaji sama mcm pekerja kilang..tp beragak la kan jumlah tu
Over nawww ko ni
Quote tripleid 16-12-2021 04:59 PM
krustykrab replied at 16-12-2021 04:54 PM
Aku x ckp dia kna terima gaji sama mcm pekerja kilang..tp beragak la kan jumlah tu
Over nawww ko n ...

Stakat 40k sebulan utk mb negeri maju penang taklah banyak mana..gaji PM dekat 100k sebulan takde pun rakyat bising,padahal keje goyang telor je pon.penasihat kliling pinggang
Quote krustykrab 16-12-2021 05:23 PM
tripleid replied at 16-12-2021 04:59 PM
Stakat 40k sebulan utk mb negeri maju penang taklah banyak mana..gaji PM dekat 100k sebulan takde  ...

Apa pulak org tak bising...rakyat bising tp ada diorh kisah?
Rm40k ko ckp tak byk mana...
Quote tripleid 16-12-2021 05:47 PM
Edited by tripleid at 16-12-2021 06:23 PM
krustykrab replied at 16-12-2021 05:23 PM
Apa pulak org tak bising...rakyat bising tp ada diorh kisah?
Rm40k ko ckp tak byk mana...


40k utk gaji menteri besar x byk mana..klau tukar ke usd baru $10k

Gaji pm singapo $200k sebulan
Quote krustykrab 16-12-2021 06:08 PM
tripleid replied at 16-12-2021 05:47 PM
40k utk gaji menteri besar mmglah ciput..klau tukar ke usd baru $10k

Gaji pm singapo dekat $200k  ...

Tak payah la nk tukar ke usd..makan minum berak kencing pun kt msia
Quote R2D2 17-12-2021 04:20 PM
gaji, elaun RM45K tak cukup
kena cari extra



dlm SR, mhd
aily, Rani Kulup Fans
tak ada berita ni
media lain ada
pelik sungguh


Screenshot_3.png

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.062160 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top